Anda semua pernah dengar tak mengenai bayam brazil? Selalunya kalau sebut mengenai bayam, ingatkan bayam tu hanya mempunyai satu jenis. Tetapi tidak.. Kalau anda nak tahu, banyak rupanya khasiat bayam brazil ni!
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Suku bayam-bayaman atau Amaranthaceae merupakan salah satu suku tumbuhan berbunga. Ianya turut dikenali sebagai ‘bayam sambu’ dan ‘kobis samba’.
Sayuran ini begitu meluas di negara Brazil sehingga dinamakan bayam Brazil. Sejak tahun 2015, rakyat Malaysia mula menanam bayam ini secara landskap dan sebagai sumber sayur-sayuran. Bayam Brazil adalah salah satu tumbuhan yang paling cepat tumbuh dan mudah ditanam. Tumbuhan ini tumbuh sehingga 30 cm tinggi dan mempunyai saiz daun kira-kira 2 hingga 3.5 cm lebar.
Kandungan nutrisi bayam brazil
Meninjau perkongsian daripada Root Of Science, kandungan nutrisi bagi 100 grams Bayam Brazil mentah adalah seperti berikut:
Kalori: 23kcal
Protein: 2.86g
Lemak: 0.39g
Karbohidrat: 3.63g
Serat: 2.2g
Gula: 0.42g
Kalsium: 99mg
Zat Besi: 2.71mg
Magnesium: 79mg
Kalium: 558mg
Vitamin C: 28.1mg
Vitamin A: 469mcg
Vitamin E: 2.03mg
Vitamin K: 483mcg
Sumber gambar dari Sirap Limau
Apa keistimewaan bayam ini berbanding bayam lain?
Mesti anda terfikir, bayam ini zahirnya kelihatan sama sahaja seperti bayam lain…jadi mungkin keistimewaannya juga sama. Tidak sama sekali! Keunikan bayam Brazil ini berbanding bayam yang lain adalah bayam ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan sebagai salad. Masyarakat di Brazil sering makan sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain dimakan secara mentah, ia juga sesuai untuk ditumis, direbus atau dikukus. Contoh masakan yang menggunakan bayam Brazil ialah:
Manfaat bayam Brazil adalah lebih kurang sama seperti sayur-sayuran hijau lain. Ianya mendatangkan banyak kebaikan dan bagus untuk kesihatan anda. Secara ringkasnya, dalam setiap 100 g bayam, terdapat 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut ialah manfaat kesihatan bayam Brazil yang boleh anda gunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda:
Anti-kanser
Ads
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Manakala bayam Brazil pula mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Menurut kajian lepas, kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%. Walaupun peratusannya tidaklah begitu tinggi, namun sekurang-kurangnya ia menjadi satu cara dan ikhtiar untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati.’
Selain tu, terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa sebatian flavonoid bertindak sebagai agen anti-kanser termasuk kanser prostat, kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan banyak lagi. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu mencegah mutasi sel yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.
2.Bagus untuk kesihatan mata
Bayam bazil mengandungi karotenoid iaitu zeaxanthin dan lutein, serta vitamin A. Zeaxanthin dan lutein membantu mengurangkan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Tambahan itu, bayam brazil ini membantu meningkatkan penjagaan mata dengan melindungi saraf optik dan menjadikan penglihatan lebih jelas. Malah, kandungan vitamin A ini dapat membantu meningkatkan pertahanan badan dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
3. Menguatkan tulang
Ads
Bayam merupakan antara bahan yang boleh menyumbang vitamin K untuk kesihatan kita dengan kandungannya yang agak tinggi. Seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan nutrisi diatas, bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Kalau anda nak tahu,tidak banyak makanan yang mengandungi vitamin K. Vitamin K ini membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K ini juga dapat membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot.
4. Mengekalkan kesihatan sistem pencernaan
Apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ‘bedal’ sahaja makanan yang tidak sihat, ianya akan membawa kepada masalah berat badan. Disebabkan itulah, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat seperti bayam brazil ini sangat penting. Pengambilan serat seperti ini sangat penting kerana ianya membuatkan anda berasa lebih kenyang lebih lama.
Bayam brazil ini memberikan anda sumber bekalan serat yang mencukupi dan mengawal portion makanan anda. Sekiranya anda mempunyai serat yang cukup dalam badan anda, anda boleh mengatasi masalah sembelit juga. Ha.. banyakkan khasiatnya. Tambahan itu, kandungan seratnya yang tinggi ini dapat membantu pergerakan makanan melalui usus dan memperbaiki sistem penghadaman anda.
Ads
5. Membantu masalah penuaan
Siapa je taknak menghentikan masalah penuaan dan terlihat muda kan? Terutamanya wanita, mestilah mahu terlihat muda sentiasa. Selain vitamin A, vitamin K, sebatian flavonoid dan karotenoid, bayam brazil juga mempunyai sebatian antioksidan. SebatianantioksidandaripadavitaminC ini pula membantu melawanradikalbebasdalamsistemselmanusia.
Radikal bebas ini terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis. Pengeluaranradikalbebas ini jugabolehdisebabkanolehpemakananyangtidaksihat,persekitaranyangtidaksihat,dangayahidupyangtidakseimbang. Disebabkan itulah, badankitabertindakbalasdenganmenunjukkanpenuaankulitdanfungsiorgan. Sebagai solusi kepada masalah penuaan ini, anda boleh lah mengamalkan pemakanan bayam brazil kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.
Ternyata, bayam brazil memiliki banyak khasiat dalam kesihatan. Mungkin, ini merupakan perkara baru juga buat anda. Antara khasiat kesihatan bayam Brazil ialah mampu melawan kanser, membantu penjagaan kesihatan mata, sumber vitamin K untuk tulang dan sendi yang lebih sihat, penjagaan sistem pencernaan, dan mencegah penuaan. Walau bagaimanapun anda perlu ingat bahawa bayam Brazil mempunyai kandungan asid oksalik yang agak tinggi, yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, pengambilan bayam brazil ini perlulah secara sederhana dan disertai sayur-sayuran dan makanan lain yang sama-sama berkhasiat.
Tahun Baru Cina bakal disambut tidak lama lagi, di negara Malaysia sudah tentu bukan sahaja bangsa Cina malah pelbagai bangsa lain juga turut meraikan bersama untuk memeriahkan lagi perayaan ini.
Menjadi salah satu perhatian adalah makanan yang menarik seperti Yee Sang yang menjadi simbolik setiap kali perayaan ini tiba. Pasti ada yang tertanya adakah boleh bagi umat Islam sertai perayaan ini? Boleh ke makan Yee Sang?
Persoalan ini telah pun terjawab di Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam tidak melarang hak agama lain sedangkan pada ketika zaman Rasulullah SAW turut hidup bersama masyarakat Yahudi, Nasrani, dan juga kaum musyrikin.
Maksudnya:Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”. (Fussilat: 33)
Islam juga menyuruh umatnya untuk ber-wala’kepada Islam dan barra’ dari kekufuran. Sebagai umat yang soleh, kita juga perlu rasa bangga dengan pegangan Islam serta menunjukkan jati diri muslim yang dapat membezakan dari golongan kafir.
Menurut nukilan S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, adat perayaan tahun baru Cina tiada kaitan dengan permasalahan akidah. Malah, ia menjadi satu cara bagi seorang muslim untuk bergaul dan memahami budaya orang bukan islam dalam pembentukkan masyarakat sosial yang harmoni.
‘Prosperity Toss‘ bersama Yee Sang!
Sumber dari Canva
Yee Sang atau juga dikenali sebagai Yusheng satu upacara makan bersama dengan sulaman ucapan kemakmuran sering dilakukan ketika perayaan tahun baru Cina. Ianya hanya popular pada kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura, bahkan, tidak menjadi satu budaya di China, Hong Kong, dan Taiwan.
Sumber dari Canva
Hidangan ini terdiri dari campuran tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran, dan juga aneka sos serta ramuan lain. Dari sudut pandangan Islam, tiada halangan jika makanan itu halal lagi baik. Firman Allah SWT:
Maksudnya:Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)
Amalan atau budaya ini dipandang tidak berkait dengan permasalahan akidah dan hukumnya harus bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang terhidang itu halal.
Bagi mereka yang gemar solek, sudah tentunya anda dah tahu cara untuk lakukan base seperti letakkan foundation, bedak asas, pemerah pipi, dan lain-lain. Pelbagai juga teknik yang sering tular di media sosial salah satunya seperti gunakan garfu untuk kontur hidung!
Hari ini, sis nak bincangkan tentang tren terbaru yang masih hangat diperkatakan dalam dunia solekan, kontur muka guna krim kontur berwarna KELABU!
Teknik ini dikongsi oleh seorang TikToker@roseandben yang telah memuat naik video itu pada tahun lepas. Video itu meraih sebanyak 19.9 juta viewer.
Jika terdahulu kontur muka lebih menggunakan warna yang warm sama seperti bronze muka. Tapi menurut Rose, gunakan dua warna cool untuk kontur muka manakala warm untuk bronze.
Sumber dari TikToker @roseandben
Letakkan bronzer pada kawasan yang kena cahaya matahari
Katanya, bronzer perlu diletakkan di kawasan di mana matahari akan terkena pada muka. Ini akan membuatkan kawasan itu lebih natural kerana warna warm yang menghiasi wajah membuatkan ia tampak lebih hidup.
Rose pula menyarankan untuk anda letakkan kontur berona cool itu di bawah tulang pipi dan bukan sama kedudukan di mana anda letakkan bronzer tadi. Jika letakkan kontur itu di bahagian atas tulang pipi, ia akan menyerlahkan lagi warna kelabu itu.
Sumber dari TikToker @roseandben
Anda boleh lihat di sini perbezaan menggunakan warna kontur cool dan bronzer yang lebih warm untuk membentuk muka. Ianya tampak lebih natural di bahagian kontur yang berwarna cool itu.
Sumber dari TikToker @roseandben
Hasilnya sungguh menawan dan kini anda boleh bentukkan muka tanpa warna yang terlalu ketara! Nak ala-ala natural, hanya letakkan sedikit sahaja dan anda bersedia untuk kelihatan cantik sepanjang hari.
Berdepan masalah saraf sejak berumur 11 tahun bukan menjadi penghalang untuk Nurmelissa Mohd Yadi menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kisah pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) ini mampu menjadi inspirasi dan pencetus semangat pelajar di luar sana.
Nurmelissa Mohd Yadi, 24 tahun merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Hijabi ini mengalami masalah saraf sejak berusia 11 tahun dan menyebabkannya tidak dapat berjalan dan berkerusi roda sejak di Tingkatan Tiga.
Sumber gambar dari Instagram UniSZA
Walaupun mempunyai kekurangan, Nurmelissa Mohd Yadi bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan mencabar diri untuk berjaya. Tambahan itu, dia jugaberbanggakerana mampu membuktikan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sepertinyabolehberjayawalaupun terpaksa bekerjaduakalilebihkuatdan membanting tulang lebih daripada orang lain.
Pada awalnya, gadis ini mengakui tidak mempunyai keyakinan yang tinggi disebabkan sedar akan kekurangan yang dimilikinya. Namun, dia berjaya bangkit dari perasaan itu dan tidak berputus asa untuk menamatkan pengajian. Melissa juga mengatakan bahawa keluarga, rakan dan para pensyarah merupakan pencetus motivasi dan tulang belakangnya untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Keluarga adalah pencetus motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi apa jua rintangan terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Sumber gambar dari Instagram UniSZA
“Selain itu sokongan rakan dan para pensyarah juga amat dihargai kerana banyak membantu saya menyelesaikan masalah ketika ketiadaan keluarga di sisi,” ujarnya menurut laman Getaran.
Mahu memberikan kesenangan buat kedua ibu-bapanya…
Ketika ditanya mengenai cita-citanya, dia mengatakan bahawa dia berhasrat untuk menggapai impian sebagai penterjemah bahasa Arab dan ingin memberikan kesenangan kepada kedua-ibu bapanya itu.
“Bapa saya, Mohd Yadi Taib bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, Saripah Abu Bakar bekerja di kedai makan dekat rumah di Kampung Losong (Kuala Terengganu).
“Saya harap kejayaan kecil ini dapat membanggakan dan menyenangkan mereka selepas sekian lama kami hidup susah,” jelasnya lagi.
Hijabi ini juga berharap kejayaannya itu dapat dijadikan inspirasi dan pembakar semangat kepada semua golongan OKU untuksentiasaberusaha sehabis baik dantidakberputusasawalaupundalamkeadaanserbakekurangan. Anak kedua dari enam beradik itu kini sedang mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...