Bukan mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Ia merupakan sebuah proses yang melibatkan ketahanan emosi dan fizikal untuk memastikan misi menurunkan berat badan itu berjaya dicapai!

Sama juga seperti cerita perjalanan wanita ini yang berjaya menurunkan sebanyak 20 kg dalam masa tiga bulan. Secara eksklusif bersama Majalah Hijabista, Izzah Syafiqah Mohd Nazib, 25, berkongsi tentang kisah penurunan berat badannya yang dapat memberikan inspirasi kepada anda semua!

Ingin tampil lebih yakin

Menurut Syafiqah, salah satu sebab dia ingin menurunkan berat badan ialah untuk tampil lebih yakin dan ingin membuat sebuah perubahan yang baru terutamanya mengenai imej dirinya. Selama ini dia tidak memandang serius terhadap proses penurunan berat badan ini, tetapi kali ini sudah tiba masanya untuk dia melakukan perubahan yang sebenar.

Bermula dari September 2021, Syafiqah mula menukar rutin kesihatannya dengan lebih serius dan tegas. Hanya memakan masa selama sebulan, berat badannya turun dengan begitu mendadak!

14 hari awal amat menyakitkan!

Tambahnya, untuk 14 hari awal merupakan sebuah proses yang amat menyakitkan! Dia tidak menyentuh makanan-makanan yang tidak berkhasiat yang selalu dimakan olehnya dan mula melakukan pelbagai jenis senaman.

IKLAN

Penurunan berat badan dari 70 kg sehingga 50 kg bukannya mudah. Saya menjaga pemakanan kerana saya percaya apa yang kita makan itulah yang paling penting. Cut sugar 100%. Punca utama kenaikan berat badan ialah gula berlebihan. Saya fokus pada pemakanan yang sihat seperti telur rebus, sup brokoli dan keledek bakar. Bagi senaman pula, peringkat awal saya lakukan jogging untuk keseluruhan badan.

Jenis senaman

Menurun Syafiqah, di awal pagi dia akan membuat senaman ringan seperti squat, lunges dan jumping jack. Apabila nampak penurunan, dia mula memfokuskan kepada senaman untuk bahagian badan tertentu. Untuk hasil yang terbaik, kini dia melakukan aktiviti berbasikal untuk mengecilkan bahagian bawah badan.

Lebih cantik lebih bermotivasi!

Biarpun sudah menurunkan berat badan, namun Syafiqah kini mempunyai misi baru untuk mendapatkan berat badan sebanyak 47 kg! Baginya, biarpun penat dan kadang kala perasaan malas itu hadir tanpa diduga, tetapi apabila dia melihat kejayaan dirinya dengan membandingkan semula berat badannya menerusi gambar-gambar lamanya, dia berasa bangga dan cantik! Lebih yakin dan bermotivasi untuk bertemu orang. Apa yang paling menarik apabila dia mampu untuk menyarungkan semula pakaian-pakaian lamanya. 

Baca lagi: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!

IKLAN

Perasaan malas sentiasa datang. Apa yang membangkitkan semangat saya semula ialah gambar. Saya suka melihat kemajuan saya melalui gambar yang ditangkap. Saya juga sukakan pujian. Apabila saya mendapat pujian yang positif menambahkan lagi semangat saya untuk meneruskan diet dan senaman.

Baca lagi: Miliki Bentuk Punggung Seksi Dengan Pilihan Senaman Squat Yang Mudah Ini! Lakukan Ketika Waktu Malam!

Anda harus serius untuk berubah

IKLAN

Sebagai seorang yang pernah mengalami masalah berat badan, Syafiqah menasihatkan untuk sentiasa serius jika ingin melakukan perubahan. Kalau sekadar cakap sahaja, pastinya ia tidak akan menjadi. 

Anda harus kenali badan anda serta misi yang ingin dicapai. Cari bentuk senaman dan rutin pemakanan yang bertepatan. Jangan ikut orang sekeliling semata kerana lain orang lain prosesnya. Malah, anda juga harus mempunyai mental yang kuat kerana anda akan menghadapi persekitaran yang mencabar seperti kawan-kawan ajak keluar makan dan sebagainya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI