Selain jerawat, kewujudan kumis di atas bibir juga menjadi salah satu masalah yang turut membelenggu kaum wanita. Sekali pandang kehadiran kumis ini membuatkan penampilan kita tidak begitu menarik dan boleh dilihat seperti seorang lelaki. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkannya sama ada melalui cara tradisional atau moden.
Perkongsian seorang gadis ini di laman twitter menggunakan nama akaun @padgielee memberitahu cara untuk menghilangkan kumis di laman sosial hanya mengambil masa selama 4 minit.
Thread yang dibuat ini juga mendapat ribuan retweet dan share di media sosial. Gadis ini memberitahu hanya dengan menggunakan produk bersesuaian dibeli dari drugstore untuk menghilangkan kumis yang boleh menyebabkan kita kelihatan seperti lelaki.
Wanita yang ada kumis boleh hilangkannya dengan menggunakan produk ini dan hanya ambil masa empat minit sahaja.
Ads
Hanya beli di drugstore tak sampai RM30.
Tapi tak boleh pakai lama takut hilang bibir.
Pilihan untuk yang malas nak threading atau cukur.
Ads
Akan tumbuh balik tapi halus dan kena rajin buang.
Boleh juga guna produk ini yang turut mengandungi pelembap.
Tumbuh balik bergantung pada hormon dan lebih baik letak produk dari buat threading.
Ramai tidak menyangka bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina, Datin Seri Maria Farida Atienza lebih mesra disapa dengan nama pentas Maria Farida kini sudahpun beusia 54 tahun.
Sehubungan itu, dek kerana mempunyai tubuh badan serta kejeliiaan persis dara yang dimilikinya, ibu seorang anak ini terpaksa berdepan pelbagai persoalan seperti, apa rahsia? Bagaimana kekal awet muda?
Malah, video Maria Farida bersama usahawan, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, pernah tular di aplikasi TikTok hingga penampilan Maria Farida yang tidak terlihat dimamah usia menjadi sorotan dan bualan warganet.
Namun, bukan emas yang menjadi perhatian orang ramai, tetapi penampilan Maria Farida yang seakan-akan anak dara yang menjadi tumpuan.
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan memberikan kata-kata positif tentang keanggunan dan kejelitaan yang dimiliki Maria Farida. tak kurang juga ada wargamaya yang terpegun dan tertanya-tanya akan rahsia kejelitaan beliau.
Terdapat satu tangkap layar dari Astro Gempak, di mana seorang jurusolek mengaku dia pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk maintain rupa parasnya. Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Jadi…apa lagi sis semua, kita pun kena mula dari sekarang nak maintan badan!
Semalam telah berlangsungnya satu majlis ijab kabul diantara pasangan sensasi paling popular iaitu pelawak dan juga pelakon, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu bersama pilihan hatinya seorang usahawanita, Fati Nikmatul Adawiyah atau Watie Hanifiah.
Majlis ijab kabul gilang gemilang pasangan ini berlangsung pada 8.47 malam semalam iaitu pada hari penuh barakah (Jumaat) pada tanggal 23 Jun 2023 bertempat di Putra Glass House, Shah Alam.
Hijabista sempat meninjau ruangan Instagram milik pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie pada hari ini dan mendapati masing-masing membuat hantaran beserta kapsyen ‘sweet’ ditujukan buat diri masing-masing sejak diijabkabulkan semalam.
Menerusi hantaran di laman Instagram milik Shuib, dia memuatnaik gambar bersama Isteri tercinta, Watie dalam rangkulan nya dengan memakai baju senada warna putih dan cream berserta sepatu yang sama dengan Watie.
Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah kapsyen ringkas yang ditulis pada hantaran berkenaan iaitu “Assalamualaikum, Cinta” dan telah dibalas oleh Watie dengan kapsyen “Wa’alaikumussalam Rindu”, dilaman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar serupa.
Menerusi hantaran sama juga, memaparkab pasangan ini sedang berada di lapangan terbang dan mungkin bakal pergi berbulan madu, meluangkan masa bersama sebagai suami isteri.
Hijabista difahamkan, hanya sekali lafaz Watie sah bergelatr suri hati kepada Shuib diiringi dengan linangan air mata pengantin perrmpuan sebaik sahaja lafaz sah itu disebut sekaligus menandakan termaterainya sebuah ikatan perkahwinan diantara merpati dua sejoli ini.
Watie menerima mas kahwin berjumlah RM8,288 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sekadar info, acara bersejarah buat pasangan yang mengambil keputusan mengikat pertunangan pada 6 Mei lalu selepas lima bulan mengenali hati budi turut mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Ramai wanita yang berdiet, setiap kali ajak makan mesti kata ‘eh, tak nak lah’ atau memang rasa nak muntah balik bila dah makan.
Padahal selera makan cukup membuak-buak. Demi mahu tampil langsing, sanggup tolak tepi juadah kegemaran. Begitu juga dengan gadis ini.
Tidak sanggup melihat diri yang rendah tapi gempal, gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim nekad buat perubahan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang turun 16 kg sebulan dalam masa satu bulan hanya dengan minum air putih dan tolak nasi!
Hai girls. Hari ni I nak share tips macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month.
Untuk pengetahuan semua, I punya tinggi 145cm. So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg? Tak tertanggung badan rasa.
So time tu I nekad nekad nekad, I kene diet (sebab masa tu nak masuk praktikal).
1. Hati kene kental beb. Kalau kejap nak diet kejap tak nak, jangan berangan lah berat tu nak turun. Serious talk. Yang penting uols kene ada goal korang.
2. Dari segi pemakanan, I tak makan langsung NASI, KUEW TIAW, MEEHOON, MEE, SPEGETTI, MAGGIE DAN ROTI (azab jugaklah). In one month tu memang i tak makan semua tu langsung. Mula mula tu nangis jugak lah tengok orang kat rumah ni makan nasi tu semua.
3. Next, I tak sentuh langsung semua benda yang manis manis. Coklat, Aiskrim, air gas dan segala adik beradik dia. (tapi kadang kadang terlepas jugak). Lagi satu paling pantang mak bapak dalam rules diet ni NO FAST FOOD.
4. So mesti korang bengang kan, semua tak boleh nak makan. Habis nak makan apa kan? Actually, banyak je makanan yang boleh makan.
Pagi: Telur 2 biji
Tengahari: Ambil lauk ayam, ikan, udang, ketam, dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting nanti uols sembelit pulak.
Petang: Makan lauk jugak. Menyirap jugaklah ibu sebab selalu habiskan lauk kat rumah.
Malam: Jarang makan malam, tapi incase kalau lapar, makan buah atau kudap kudap.
Kudap-kudap: Incase kalau lapar atau mulut korang memang jenis nak kena ada makanan dalam mulut kan. Caranya goreng ikan bilis letak dalam tupperware. So kalau lapar mengonyel je lah makan ikan bilis tu.
5. Okey part yang paling penting. EXERCISE. Pagi, petang, siang, malam buat zumba. Boleh pergi kat youtube search persian zumba. I follow step zumba yang tu. Hari hari buat sampai naik hafal jugak lah step dia. Tak kan boleh kurus kalau korang malas exercise, trust me.
6. Lastly, yang paling penting korang kene minum air putih. Putih tau bukan oren, purple hijau tu semua. Kalau korang rasa lapar je, minum air, lapar je minum air.
So tu je lah yang i buat dalam 1 bulan. Alhamdulillah hilang 16kg. So goodluck pada korang yang nak start diet tu ye. There is no success without sacrifice.
Dalam pada itu memandangkan banyak pertanyaan selepas Nur Shaerah membuat perkongsian tentang diet tersebut, maka dia menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya.
1. Dah berapa lama buat diet ni? Okey ramai sangat yang ingat I baru buat diet ni. Ada yang dok kata nanti after 2 month I akan gemuk balik lah semua. Fyi, I buat diet ni pada awal bulan MEI 2015 hinggalah hujung bulan MEI 2015 (bulan 6 tu nak masuk praktikal dah) So alhamdulillah dah lebih setahun dah, berat I pon masih maintain lagi.
2. Lepas stop diet makan apa? Okey banyak sangat orang tanya yang ni. Lepas je stop diet, I start makan balik. Tapi dalam kuantiti yang sikit lah. I just makan 1 genggam nasi je. Then I makan beras Faizah (sampai sekarang). I memang tak minum air manis ni. Kalau apa apa pon I memang akan minum air putih je (tak caya boleh tanya orang yang kenal kita) ??
3. Masih buat zumba ke? I still buat zumba. Tapi tak lah sekerap dulu.Tapi dalam seminggu at least mesti 3 kali. Dan I still guna Persian Zumba tu.
4. Buat atkins ke ni? Okey, yang ni tak tahu lah nak cakap macam ni. Actually I tak buat pon diet atkins sebab tak mampu follow segala rules dia. Sebab I still amik buah, makan kicap, makan sos. Kalau atkin tak boleh semua tu.
5. Jadual makan sekarang macam mana?
7.00 am Breakfast: Makan biskut, meehoon, roti, telur(wajib amik tau breakfast ni)
12.30 pm Lunch: makan macam biasalah, ada nasi, lauk, sayur
6.30 pm Dinner: Makan macam I makan lunch tadi. ( I memang akan elak kan makan malam)
Lagi satu makan tu jangan lah berulam air, lepas 30 minit makan, barulah minum air
6. Kenapa masa gemuk hitam, masa kurus putih? Pakai produk apa? Yang ni tak tahu lah jawab macam mana. Nak kata pakai produk apa pon tak tahulah, sebab macam macam pernah pakai. Mybe lah, I rasa sebab I minum air putih kot, tu yang jadi putih sikit. Lagi satu, lepas je bangun tidur I minum segelas air putih, nak tidur lagi segelas. Tu wajib.