Fiziwoo Studio membuat penampilan sulung di Minggu Fesyen KL 2023 sebagai barisan penyebaran Fiziwoo, menyasarkan pasaran dengan rangkaian produk yang lebih luas untuk jenamanya, sambil menarik ilham dari Gurun Sahara. Lebih sedekat di pasaran, rekaan fiziwoo studio lebih matang dan setiap rakyat malaysia mampu milikinya.
Debut dengan ‘1440 Sahara’, ia merakamkan keindahan pemandangan landskap Gurun Sahara dalam setiap minit dari matahari terbit hingga matahari terbenam dalam koleksinya. Menggunakan gaya artistik sapuan berus Vincent Van Gogh, Fiziwoo Studio mempamerkan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang menakjubkan melalui grafik bercetak pada fabrik mereka.
Mengimbau 10 tahun yang lalu, ramai yang menaggap jenama Fiziwoo ini hanya mampu oleh golongan VIP serta selebriti. Peka dengan permintaan ramai Fizzi dan Khai tak berdiam diri. Mahu setiap orang dari pelbagai peringkat merasai helaian mereka, ya wujudnya label Fiziwoo Studio baju sedia pakai.
“Kalau sebelum ini orang ramai menanggap rekaan kami terlampau atas, tak mampu untuk dimiliki. Dengan ada koleksi ini lebih berbaloi dan rekaan lebih matang dan pratikal untuk kegunaan harian,” ulas Hafizi Radzi Woo Pengarah Urusan Fiziwoo.
Fiziwoo Studio mengambil pendekatan fesyen Boho-Basics kontemporari untuk koleksinya yang terbaharu, yang menawarkan lebih luas pemilihan fabrik seperti renda kapas, kain sutera, jut kapas, sifon dan organza.
Palet warna yang luas, daripada ton matahari terbenam yang hangat seperti merah lembayung, oren batu pasir dan kuning tuscan kepada warna matahari terbit yang lebih dalam dan kaya seperti ungu muda, biru gelap dan magenta.
Ads
Inspirasi Fiziwoo tentang gabungan Boho Utilitarian untuk koleksi ‘Dune to Hamada’
Koleksi Musim Bunga Musim Panas 2024, Fiziwoo mendapat inspirasi daripada pakaian nomad dan cara ia melindungi orang Berber daripada keadaan cuaca yang melampau. Gabungan kesenian Bohemian dan Utilitarian fesyen menghasilkan kepingan yang unik dan serba boleh.
Selain itu, gabungan kesenian fesyen Bohemian dan Utilitarian menghasilkan karya yang unik dan serba boleh jelas terpancar dalam koleksi Musim Bunga Musim Panas 2024. Dengan jumlah 20 rupa, termasuk 10 untuk wanita dan 10 untuk lelaki, koleksi ini menawarkan lebih 60 helai yang berbeza.
Antara potongan yang menonjol ialah barangan berinspirasikan bohemia yang mengalir dalam helaian seperti seluar kaki lebar bercetak, baju satin cetakan selendang, dan skirt sifon berlipat lembut. Selain itu, koleksi ini turut menampilkan potongan berinspirasikan utilitarian seperti jaket tanjung Doum bersulam, seluar kargo bergaris, skirt pendek safari bersayap yang diperbuat daripada bulu dan baju jacquard timbul berkotak.
Ads
Rehatkan diri di atas sutera mewah
‘THE MONOGRAM’
Fiziwoo telah bekerjasama dengan Mocof, sebuah syarikat perabot modular yang terkenal di Malaysia, untuk memasuki pasaran perabot lembut rumah. Kerjasama mereka memperkenalkan koleksi produk peralatan tempat tidur yang ditampilkan Monogram Fiziwoo disulam pada kain kapas Mesir putih sutera mewah. Berpeluang temubual bersama duo hebat ini mereka berpendapat, hamparan tidur adalah tempat terakhir baik untuk merehatkan diri.
“ Secara peribadinya setiap orang punyai pengalaman dan cara untuk merehatkan diri, apa yang penting adalah keselesaan berehat di atas fabrik yang membuat anda lebih tenang bagi menamatkan penat dengan aktiviti harian,” ujar Fizi.
Ads
Koleksi yang menawarkan dua pilihan warna sulaman yang canggih: perak muda dan kelabu gelap. Perlu diingat bahawa Koleksi ‘Monogram’ adalah eksklusif dan boleh didapati dalam kuantiti terhad.
Koleksi peralatan tempat tidur oleh Fiziwoo x Mocof menampilkan fabrik kapas Mesir yang mewah dirawat dengan enzim untuk meningkatkan rasa lembut seperti sutera pada kulit, memastikan malam yang selesa dan tenang tidur.
Bermula dari 1 September 2024; koleksi akan tersedia untuk pembelian pada kedua-dua Fiziwoo dan laman web Mocof. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan koleksi itu di kedai fizikal Fiziwoo yang terletak di KL East Mall, serta kedai fizikal Mocof di Pavilion KL, Pusat Beli-belah Bangsar dan Setia City Mall.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
https://youtu.be/8ad4PZvpXfk
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang menerusi hantaran laman Instagram miliknya. Menurut Abby, ibunya iaitu Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini Mak dah takde.
“Sedekahkan AlFatihah utk Arwah Mak saya & Mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan disyurga terbaik disisiNYA. Pada yg kenal dgn Mak saya, Puan Hasnah binti Abu & ingin dtg ziarah, inshaALLAH Arwah Mak tersayang skrg masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialysis & terus meninggal) akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan” titipnya lagi.
Sumber gambar: Kosmo Digital
Melalui temubual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata; ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis. Tambahnya lagi, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga mempunyai masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” jelasnya lagi.
Usai hantarannya di Instagram itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.
“Salam takziah buat seluruh keluarga. semoga Allahyaryamah diampunkan dosanya & ditempatkan dikalangan orang beriman”
“Allahuakbar salam takziah… teringat kt mak sendiri tengah dialisis buah pinggang jugak 3kali seminggu”
“Alfatihah. Takziah untuk Puan Abby dan sekeluarga. Semoga mak ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Samalah kita pun da tak ada mak. Rindu tiada penghujung”
Al-Fatihah…Team hijabista turut menitipkan ucapan takziah buat buat Abby Abadi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Amin..
Bagi anda yang menggemari memakai baju rekaan warna putih, pasti sukar untuk menjaganya! Bukan sahaja risau kotoran daki melekat pada kolar baju, malah kotoran-kotoran lain juga jelas terlihat kalau terkena pada fabrik warna putih. Jangan memasak sambil memakai baju putih tau! Habis nanti melekat sambal ataupun kunyit yang semestinya susah untuk dihilangkan!
Asingkan pakaian yang berwarna putih apabila ingin menncucinya. Maksdunya, jika anda ingin mencuci pakaian berwarna putih, jangan campurkan dengan pakaian lain. Terutamanya pakaian yang berwarna kuat dan terang seperti warna merah ataupun biru. Ia akan menyebabkan penurunan rona pada pakaian yang berwarna putih.
Tip lain untuk menghilangkan kotoran pada pakaian warna putih ialah tambahkan sedikit perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam bilasan terakhir. Ini dipercayai dapat menghilangkan kotoran degil dan sekali gus menjadikan warna putih itu tampak baru! Jangan risau dengan bau cuka itu! Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.
Selain daripada cuka dan perahan jus lemon, anda juga boleh menggunakan peluntur klorin untuk mencuci pakaian putih kecuali linen atau pakaian yang bermaterialkan elastik. Ha! Satu lagi tip yang anda harus tahu, jangan kerap membasuh stokin bersama peluntur kerana ia akan menjadikan stokin longgar. Jika sekali-sekala tidak mengapa, kerana takut penggunaan peluntur dengan kerap boleh menjadikannya bertukar menjadi kekuningan.
Sumber gambar: Cottonbro
Tidak semua pakaian harus dicuci dalam mesin basuh. Jika material untuk pakaian itu hanya memerlukan proses rendaman sahaja, maka anda boleh rendamkan pakaian di dalam air panas jika material pakaian tersebut boleh bertahan dengan suhu panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadikan pakaian itu tahan lama dan lambat untuk pudar dan reput!
Tip terakhir ialah, anda boleh membasuh semula pakaian putih yang kotor jika masih ada lagi kotoran melekat pada pakaian. Jika kesan kotoran masih tidak hilang biarpun setelah ia kering, basuh semula kerana kotoran tersebut akan menjadi kekal setelah pakaian tersebut kering sepenuhnya. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kulit yang anjal merupakan salah satu petanda bahawa anda memiliki kulit wajah yang sihat. Tidak semua individu bertuah untuk memiliki kulit wajah yang anjal. Jika anda tak tahu bagaimana cara untuk memiliki kulit yang anjal, cuba amalkan penggunaan masker pisang dan yogurt ini.
Pisang mempunyai kandungan potassium dan zat besi yang tinggi hingga mampu membuatkan kulit wajah anda lebih anjal dan tidak kusam. Manakala yogurt pula berfungsi sebagai pelembap pada kulit wajah anda. Jadi, kombinasi kedua-dua bahan ini boleh membantu meningkatkan kolagen pada kulit anda.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...