Mengorak langkah dalam rentak dunia fesyen tempatan dalam melebarkan sayap legasi selama hampir 10 tahun, kolaborasi dua anak muda, Izree Kai Haffiz (Kai) and Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) adalah gabungan terbaik dalam menjadikan jenama Fiziwoo terus gah mewarnai industri fesyen tempatan, mencurah nafas inspirasi kepada generasi muda yang bertatih membina nama dan kini, Fiziwoo sedang lincah ligat memahat kejayaan di peringkat antarabangsa.

LAMBAKAN PLAGIAT IDEA

Persaingan dunia fesyen hari ini tidak hanya wujud sesama pereka fesyen, malah kemunculan pengusaha jenama fesyen menjadikan industri lebih rancak dan berwarna-warni. Biarpun dari sudut amnya, ia merupakah sudut persaingan yang sihat namun, plagiat idea dari usaha pereka fesyen dan dijual dengan harga yang lebih murah tidak mencerminkan integiriti dan etika yang tepat.

“Jika di dunia Barat, mereka yang mempunyai wang dikenali sebagai pelabur. Mereka ini (pelabur) mengupah pelajar fesyen yang semangnya sudah memiliki teknik dan bakat yang kuat dalam berfesyen untuk menghasilkan rangkaian produk dan koleksi. Ini adalah cara yang betul. Apa yang salahnya ialah mereka menjadi pelabur dan mereka jualah yang menjadi pereka. Keadaan ini sememangnya tidak wajar dipraktikkan kerana ia tidak sihat. Jika kita lihat, ada sesetengah pengusaha hanya menciplak idea dari pereka fesyen seperti kami dan menjual produk itu sama ada lebih mahal atau lebih murah.

IKLAN

Jadi, bagaimana pula dengan kami? Bagi kami, jika pereka fesyen ingin melekkan harga yang sedikit tinggi tidak mengapa kerana kami bermula dengan idea yang kosong, dilampirkan pada sebuah papan idea dan menghasilkan lebih daripada 50 hingga 60 sampel untuk memilih 20 rekaan yang terbaik yang dapat dipamerkan kepada orang luar. Ia adalah sebuah proses yang panjang dan menelan kos yang tinggi. Tuntasnya, di sini pentingnya peranan pelanggan untuk bijak memilih kuantiti atau kualiti. Sudah pasti, kami sebagai pereka menjual kualiti bukan sebaliknya,” tegas kedua-dua pereka jenama Fiziwoo ini.

Istilah asal-untung ini boleh dilenyapkan apabila masing-masing tahu tentang tanggungjawab mereka sendiri. Barisan senior harus menasihati dan barisan junior harus rajin bertanya. 

GENERASI MUDA

IKLAN

Pereka muda hari ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap masa pasti sahaja ada pereka muda yang mewarnai dunia fesyen dengan idea yang lebih segar malar, berbeza dan unik. Namun, dunia fesyen tempatan lebih sengit dan padat. Mengulas lanjut mengenai hal ini, Fizi dan Kai menekankan bahawa pereka muda harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang bukan sahaja memfokuskan dalam bidang fesyen tetapi juga pengurusan perniagaan.

Kewujudan pereka muda dalam area gelanggang dunia fesyen sesuatu yang baik. Tetapi, mereka tidak boleh memandang dunia fesyen ini hanya untuk glamor semata-mata.

IKLAN

“Hari ini semua berlumba-lumba untuk menjana pendapatan kelangsungan syarikat. Begitu juga kami. Oleh itu, mereka haruslah tahu tentang teknik perniagaan terutamanya mengenai kos, pemasaran dan pengiklanan. Peniagaan ialah berkaitan tunai yang masuk dan keluar. Jika mereka tidak fasih mengenainya, barangkali akan hadapi kesukaran untuk menstabilkan jenama mereka. Ketepikan dahulu sudut mewah industri fesyen, fokuskan dahulu tentang hala-tuju perniagaan anda”, nasihat mereka.

Sumber gambar: Instagram FiziWoo, Izree Kai Haffiz (Kai) and Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi).

Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista Edisi Jawi! Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI