Biasanya kita mesti nak pilih pakaian yang lawa, hijab yang cantik dan solekan yang on point. Namun, jarang sekali kita menitik beratkan pemilihan bra dalam kehidupan seharian kita. Mesti ramai yang bersikap ala kadar dan main beli sahaja sebab ingat tak penting kan? Salah tu sis!
Disclaimer: Pakaian dalam ini digayakan oleh model bukan Islam.
Sebenarnya pemakaian bra yang betul akan memberikan keselesaan yang maksima pada kita. Kalau salah beli, itulah yang jadi masalah apabila rasa terlalu ketat atau terlalu longgar hingga menjejaskan kesihatan payudara kita. Ish, takutlah!
Koleksi Fashionable Buat Kontur Badan Cantik
Kalau sis masih buntu nak pilih yang mana satu, jangan risau ada tau koleksi bra terbaharu yang sangat selesa dan juga sangat fashionable.
Siapa cakap bra itu kena boring? Memperkenalkan Fashion Favorites Collection by Triumph yang sangat sesuai buat mereka yang mahukan sesuatu yang bergaya dan berkualiti. Semestinya lain daripada lain, koleksi ini pastinya memberikan sentuhan elegan pada si pemakainya.
Selain itu, ia akan memberikan kontur yang semula jadi dan cantik pada tubuh badan kita. Seperti yang kita semua tahu, jenama Triumph ini sememangnya terkenal dengan kualiti premium dan akan memberikan sokongan dan coverage sepenuhnya untuk buah dada kita. No worries!
Ads
Pasti Tidak Tersilap Pilih Dengan Nasihat Pakar
Terdapat dua jenis stail dalam koleksi ini. Style Palm dengan corak flora yang menawan ini hadir dalam dua warna iaitu zamrud dan juga hitam.
Direka khas bagi menyokong aset anda itu dan menjadikannya terletak cantik di hadapan, ia sesuai untuk anda yang mahukan sentuhan mewah dalam pemakaian kerana rekaannya yang klasik dan romantis.
Ads
Style Fantasy pula menampilkan sulaman berwarna-warni dengan renda kelabu halus dan dilengkapi dengan tali yang sepadan. Reka bentuknya yang ringan memberikan rasa selesa dan bebas pada kulit. Bukankah itu yang kita mahukan? Oh absolutely yes!
Mudah untuk didapati, anda juga tak perlu pening untuk memilih saiz yang bersesuaian kerana pastinya ada pakar atau consultant yang akan membantu anda di cawangan berhampiran. Senangkan?
Ads
Style Fantasy
Style Palm
Yang lagi menarik, Triumph akan mengadakan promosi istimewa sempena dengan Anniversary Sale yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Melalui promosi 3+1, anda bakal mendapat sehelai bra percuma dengan setiap pembelian 3 helai bra. Untungnya!
Oleh itu, jangan lupa dapatkannya bermula 1 November ini sehingga stok masih ada. Klik sahaja laman web www.triumph.com untuk pembelian secara online atau terus ke butik Triumph yang terletak di serata Malaysia. Jangan susah hati. Bagi mudahkan pencarian anda, semak sahaja lokasi Triumph terdekat di sini https://bit.ly/2m02XFlSo what are you waiting for? Let’s shopping!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kelibat figura ini melintas di laman sosial memang cukup viral. Manakan tidak, dengan berkulit putih melepak tetapi cukup manis dan santun berhijab. Malah, Bahasa Korea yang luncur dari bait bibirnya menjadikan dirinya cetus fenomena tersendiri. Baru-baru ini video dia mengucapkan Salam Aidilfitri dalam tiga bahasa juga telah ditonton jutaan netizen di laman Instagram.
Cantik, manis orangnya. Gayanya yang santun pasti membuatkan sesiapa sahaja terpaku apabila berhadapan dengannya. Ada ketegasan dalam kelembutan, itulah Ayana Jihye Moon, 22 tahun. Dengan lebih 1.5 juta pengikut di Instagram, Ayana ternyata bikin rakyat Indonesia dan Malaysia jatuh cinta dengannya!
Memang sudah lama team Hijabista pasang niat mahu menjadikan dia sebagai gadis sampul hadapan. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mengetahui beliau berada di Malaysia, langsung Editor menghubungi untuk mengatur temu janji. Salam nyata disambut dan mualaf dari Korea ini setuju menjadi penghias muka surat untuk Edisi Travel ini.
Walaupun masa diberikan hanya sekejap, namun pengalaman bekerja dengannya amat menyenangkan dan memudahkan fotografi. Ternyata Ayana bukan sahaja cantik, tetapi cukup santun orangnya dan memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ayana?
Saya baru berusia 22 tahun dan berasal dari Korea. Saya bergelar mualaf sejak dari tahun 2012. Sekarang saya bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya juga bekerja untuk Wardah Beauty Indonesia.
Cabaran yang dihadapi selepas menjadi seorang mualaf?
Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Anda tidak boleh mendapatkan kerja kerana berhijab. Jika anda mendapatkan kerja, kadang kala anda perlu minum alkohol kerana itu budaya mereka. Jadi, banyak perkara yang haram untuk dilakukan. Pada pendapat saya, sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuh di sana.
Ayana selalu berulang alik ke Malaysia, Indonesia dan Korea. Bagamaina Ayana melakukannya?
Sebenarnya saya tidak kisah untuk berulang-alik kerana tujuan saya adalah untuk bekerja. Dan jika saya disuruh pergi ke Korea juga tidak ada masalah untuk terbang ke sana. Lagipun Korea adalah ‘hometown’ saya.
Cabaran yang dihadapi ketika mengembara sebagai seorang Muslimah?
Sebenarnya tiada masalah jika travel di Malaysia atau Indonesia. Alhamdulillah. Cuma kadang kala jika saya ada sesi fotografi di Korea, mereka tidak benarkan saya melakukannya. Selalunya mereka akan menyangkakan saya seorang rakyat Indonesia ataupun Malaysia jika saya berhijab. Tetapi, jika mereka mengetahui saya seorang rakyat Korea, mereka akan datang kepada saya dan menyuruh saya menanggalkannya sambil berkata ‘Are you crazy?!’ Jadi saya sememangnya perlu banyak bersabar dengan keadaan sebegitu.
Selalu berjauhan dengan keluarga kerana kesibukan hidup. Siapakah insan yang selalu berada di sisi Ayana?
Alhamdulillah walaupun saya baru bekerja selama 3 bulan setengah di Indonesia, saya telah bertemu banyak insan,rakan baik di sana. Mereka selalu membawa saya ke kelas ‘Kajian’ (kuliah). Seperti yang saya beritahu bahawa saya bekerja dengan Wardah Beauty, mereka semuanya begitu baik dalam melayan dan menjaga saya. Kadangkala mereka risau jika saya tidak makan. Mereka begitu menitik beratkan keadaan diri saya. Antara rakan baik saya di sana ialah Dian Pelangi. Di Malaysia pula ialah Hazra Ngah dan Farah Lee.
Lokasi bercuti kegemaran Ayana dan tempat yang ingin sekali Ayana lawati?
Sekarang saya berada di Jakarta, jadi saya mahu duduk di rumah sahaja. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana (ketawa). Sebelum ini saya pernah ke Japan, Hong Kong, China, Filipina. Kebiasaannnya adalah negara Asia.
Hidup anda kelihatan sempurna. Seperti komen yang ditinggalkan di Instagram anda, semua orang mahu menjadi seperti anda. Apa pandangan Ayana mengenai hal itu?
Tidak pernah saya merasakannya sempurna. Saya tidak pernah menyedari perkara itu. Saya merasakan ianya satu perkara biasa, normal apabila seseorang itu meninggalkan komen di akaun Instagram saya kerana ia juga berlaku kepada orang, Instafamous yang lain juga.
Jika mahu berkahwin nanti, apakarakter seorang suami yang dicari. Tidak kisahkah jika berbeza adat dan budaya dengannya?
Seorang yang mempunyai iman yang baik, personaliti yang bagus. Saya tidak kisah jika terdapat perbezaan kerana apa yang paling penting ialah perwatakannya.
Bagaimana untuk terus positif dalam hidup dan bagaimana Ayana menangani stress?
Bagi saya minum coke itu dapat menghilangkan stress saya (ketawa). Kehidupan saya pada hari ini sangat sibuk. Jadi, saya tiada masa untuk memikirkan apa-apa masalah. Saya hanya melakukan kerja saya sahaja.
Nasihat Ayana kepada gadis di luar sana yang sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Sangat susah untuk saya mengatakannya. Kadang-kadang, saya juga merasakan diri saya tidak cantik kerana ramai lagi gadis cantik di dunia ini. Saya Ayana, saya tiada apa-apa. Saya beri contoh Song Hye Kyo. Dia sangat cantik bukan? Namun, jika saya memiliki wajahnya pun, kita tidak akan boleh menjadi orang yang sama. Setiap seseorang itu ada keistimewaannya masing-masing. Segalanya datang daripada Allah. Jika kita tidak sayang diri kita, siapa lagi?
Siapakah Ayana dalam 10 tahun akan datang?
Saya mempunyai rancangan untuk menyambung pelajaran kerana mungkin pada usia saya sudah menganjak 30 an, tiada siapa mahukan saya lagi. Pada waktu itu mungkin orang sudah menyangkakan saya ini sebagai ‘nenek’. Jadi, saya mungkin akan menukar pekerjaan saya kerana industri ini sentiasa mahukan orang yang cantik. Di masa hadapan, saya mahu melakukan dakwah. Saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk sesiapa yang mahu menjadi Muslim di Korea ataupun di mana sahaja. Saya juga masih boleh dikatakan sebagai seorang ‘baby Muslimah’. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik dan menjadi pengaruh yang lebih bagus kepada orang lain.
Jurusan apakah yang Ayana mahu sambung?
Sebelum ini saya adalah seorang pelajar dalam bidang politik. Tetapi, saya menyedari hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi ahli politik di Korea. Sebenarnya, saya mahu belajar mengenai undang-undang, politik dan sesuatu yang serius. Ini kerana saya fikir mungkin saya boleh membantu Muslimah yang menghadapi masalah di negara mereka mengenai peraturan dan undang-undang. Bukan menjadi seorang peguam, tetapi saya hanya mahu menolong mereka dalam mendapatkan hak.
5 perkara yang orang tidak tahu mengenai Ayana.
Saya selalu minum coke setiap masa, lebih daripada apa yang anda tahu. Tinggi saya adalah 161cm. Tarikh lahir saya adalah pada 28 Disember. Saya ada seorang adik lelaki. Lagu Sabar oleh Ismail Izzani merupakan lagu Melayu kegemaran saya. Saya suka Kuey Tiaw, Sate Kajang dan Nasi Goreng yang super pedas!
Pernahkah ada orang yang mahu melihat Ayana jatuh dan membuli anda di media sosial?
Sebelum ini pernah ada orang yang mempersoalkan sama ada saya melakukan pembedahan plastik. Saya telah menjelaskannya dalam sebuah video di Instagram dan selepas itu tiada lagi yang mempersoalkannya. Saya tidak pernah mengambil peduli jika ada yang memberikan saya mesej negatif kerana terlalu ramai manusia gila di dunia ini. Jadi saya tidak kisah dengan semua itu.
Pendidikan merupakan medium terbaik yang mampu mengubah kehidupan seseorang, dengan adanya pendidikan bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat dipertingkatkan, malah ilmu yang tepat mampu membangunkan bangsa dan negara.
Namun, lebih dua dekad ‘diskriminasi pendidikan terhadap jantina’ yang menjadi perdebatan di seluruh dunia, telah memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak perempuan, mahupun wanita apabila mereka dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah demi menuntut ilmu.
Bagaimanapun, sekatan pendidikan itu langsung tidak memberi kesan kepada Srikandi Pendidikan Afghanistan, Shabana Basij-Rasikh untuk memenuhi impiannya yang tak pernah usai dan begitu cintakan ilmu dan pendidikan.
Beliau yang ketika itu masih kecil, sanggup menyamar sebagai lelaki demi menghadiri ‘sekolah rahsia’ bagi pelajar perempuan.
“Saya berumur enam tahun ketika Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan dan mengharamkan perempuan ke sekolah.
Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS
“Jadi, untuk lima tahun seterusnya, saya berpakaian seperti lelaki untuk mengiringi kakak saya yang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki. Kami menghadiri sekolah rahsia.
“Itu satu-satunya cara untuk kami mendapat pendidikan. Setiap hari kami akan menggunakan jalan yang berbeza supaya tiada sesiapa yang tahu ke mana kami pergi.
“Kami simpan buku dalam beg barangan runcit supaya kelihatan seperti kami keluar untuk membeli barang,” kongsi Shabana menerusi video syarahan Ted Talk yang telah ditonton lebih sejuta kali.
Jelasnya lagi, sekolah rahsia yang dihadirinya terletak di sebuah rumah yang memuatkan Lebih 100 orang pelajar perempuan, serta terpaksa berhimpit di ruang tamu kecil demi menuntut ilmu.
Tambahnya lagi, dia hanya dapat merasai nikmat menuntut ilmu sebenar apabila pemerintahan Taliban di Afghanistan tamat pada 2001.
Oleh kerana mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang, Shabana telah tersenarai bagi program pertukaran pelajar dan akhirnya berjaya menamatkan pendidikan menengahnya di Amerika Syarikat (AS).
Selepas itu, Shabana terus cemerlang mengejar kecintaan dalam pendidikan dan menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi, hingga akhirnya beliau mengenggam Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford serta dianugerahkan kedoktoran kehormat dari Universiti SOAS, London.
Sehubungan itu, ketika masih dalam pengajian di Middlebury pada 2008, Shabana telah mengasaskan sebuah Sekolah Kepimpinan di Afghanistan (SOLA) bertujuan membela nasib para wanita untuk mendapatkan hak sama rata untuk menuntut ilmu.
“Ketika ini, SOLA mempunyai hampir 100 pelajar dari 28 wilayah di seluruh Afghanistan.
“Sekolah kami menyediakan tiga program pendidikan kepada pelajar, iaitu pra-Gred 6, persekolahan menengah dan persekolahan tinggi,” ujarnya.
Untuk rekod, SOLA merupakan sekolah berasrama penuh khas yang dibangunkan Shabana demi menyediakan persekitaran selamat kepada pelajar wanita di Afghanistan.
Pada Ogos lalu, Taliban kembali menguasai Afghanistan apabila AS menarik tenteranya dari negara itu, hingga mengakibatkan impian pendidikan Shabana dan SOLA hampir terhenti sekali lagi.
Kembalinya pemerintahan Taliban merupakan cabaran terbaharu untuk SOLA dan seluruh komuniti pendidikan Afghanistan.
Namun, bagi Shabana, semangat perjuangan untuk membangunkan pendidikan wanita di tanah tumpah darahnya itu tidak akan pernah terpadam.
Menstruasi adalah salah satu proses penting dalam tubuh wanita yang sangat berhati-hati dan rawatan diri. Memastikan kebersihan yang betul semasa haid, dan makan dengan betul adalah kunci untuk meringankan kesakitan yang anda lalui.
Menghadapi pendemik dalam norma baru, jangan abaikan kebersihan diri anda terutama zone-V. Anda pasti berbahagia dengan petua kebersihan ini dan untuk menjamin keselamatan dan kebersihan zone V pastikan anda memilih tuala wanita yang tepat.
Mengganti tuala wanita dalam setiap 4-6 jam adalah peraturan utama untuk menetapkan kebersihan vagina. Darah haid, ketika dilepaskan dari tubuh menarik pelbagai organisma dari tubuh anda, yang membiak dalam kehangatan darah dan menyebabkan kerengsaan, ruam atau jangkitan saluran kencing. Mengganti tuala wanita anda secara berkala dapat mengekang pertumbuhan organisma ini dan mencegah jangkitan.
Mencuci vagina dengan kerap adalah sangat penting, kerana organisma melekat di badan anda setelah anda membuang serbet anda. Sebilangan besar individu membasuh diri dengan kerap, tetapi bukan dengan cara yang betul. Iaitu, dengan menggunakan tangan anda dari arah faraj ke dubur, bukan sebaliknya. Menggerakkan tangan anda dari dubur ke faraj boleh menyebabkan penularan bakteria dari dubur ke dalam faraj atau bukaan uretra yang membawa kepada jangkitan.
Walaupun menggunakan produk kebersihan vagina setiap hari adalah idea yang baik, menggunakan produk ini semasa haid dapat mengubah keadaan. Faraj mempunyai mekanisme pembersihan mereka sendiri yang berlaku semasa kitaran haid dan produk kebersihan buatan ini dapat menghambat proses semula jadi yang menyebabkan jangkitan dan pertumbuhan bakteria.
Membuang tampon dan pembalut anda dengan betul adalah langkah penting. Balut dengan betul sebelum anda membuangnya, supaya bakteria dan jangkitan tidak merebak. Pastikan anda tidak menyiramnya, kerana itu akan menyekat tandas menyebabkan air tersekat, menyebarkan bakteria ke seluruhnya. Mencuci tangan dengan betul adalah sangat mustahak setelah anda membungkus dan membuang tuala wanita, kerana anda mungkin menyentuh kawasan yang bernoda ketika membungkusnya.
Wanita cenderung menggunakan pembalut wanita, atau dua pembalut serentak semasa aliran berat yang merupakan teknik yang cekap. Walaupun boleh membuat anda kering dan mencegah pakaian bernoda, ia juga boleh menyebabkan jangkitan. Gabungan dua teknik menyerap darah membuat anda tidak menyedari keperluan untuk menukar pembalut wanita anda. Tanpa perubahan yang kerap, darah yang terkumpul mengundang bakteria dan menyebabkan jangkitan. Oleh itu, disarankan untuk menggunakan satu pembalut dan menukarnya sekerap yang anda boleh semasa aliran berat. Peraturan kardinal ini akan membantu anda kekal sihat dan menguruskan haid dengan lebih baik.
Istimewa sempena Hari Malaysia ini, Libresse® yang terkenal dengan perjuangan dan usaha mereka dalam mendidik dan memperkasa wanita Malaysia, melancarkan koleksi baharu Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad yang direka bagi mengembalikan keyakinan Zon-V melalui interpretasi moden corak Kebaya Nyonya. Menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghias rekaan bungkusan dan pad edisi ini adalah untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha mereka menormalkan tabu berkaitan Zon-V.
“Peranakan atau Baba Nyonya yang menggabungkan budaya Melayu dan Cina ini menghasilkan Kebaya Nyonya. Rekaannya yang menggunakan kain berkerawang mengikut bentuk badan ini amat dekat di hati rakyat Malaysia. Muncul pada era 1920-an, Kebaya Nyonya kekal menjadi ikon pakaian tradisi yang disukai ramai wanita Malaysia hari ini dan ini memberi inspirasi kepada kami untuk melancarkan koleksi edisi terhad Hari Malaysia yang turut meraikan perkembangan budaya wanita di negara kita,” kata Deenie Ong, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia.
Libresse® mewujudkan ruang agar kaum wanita bebas menjalani kehidupan anda tanpa perlu risau tentang tabu Zon-V dan usaha ini bermula dengan mengambil tahu dan menghargai Zon-V terdahulu. Rekaan V-Kebaya ini memberi mesej yang cukup kuat bahawa Zon-V adalah sebahagian daripada anda dan sepatutnya menjadi kebanggaan dan keyakinan kita.”
Pad Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad ini menawarkan ciri dan kelebihan produk Libresse® yang sama seperti yang ada pada pad Libresse® yang kekal menjadi kegemaran pengguna. Ini termasuklah rekaan SecureFit™ dengan bahagian hadapan lebih lebar, tirus di tengah dan berbelah di belakang supaya memberi padanan sempurna pada kontur badan wanita dan Deep Flow Channels (DFC) untuk penyerapan pantas. Kedua-dua ciri daripada Libresse® ini memberikan padanan yang lebih sempurna dan penyerapan unggul untuk perlindungan terbaik serta keyakinan menyeluruh.
Ikuti Shopee Vinda pada 8 September (Rabu), pukul 3 petang atau Facebook Watsons Malaysia pada 15 September (Rabu) pada pukul 12 tengah hari untuk menyertai Sesi Siaran Langsung Libresse V-Kebaya bersama personaliti Malaysia Ili Ruzanna dan Amanda Andrea, yang akan berkongsi lebih lanjut mengenai Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad serta tawaran dan hadiah eksklusif yang akan diberikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.