Bergelar instafamous atau ‘influencer’ menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamor, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan.
Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah. Berusia 20 tahun Farah yang mempunyai follower berjumlah 236,000 di laman Instagram. Malah siapa sangka dalam usia masih muda itu, dia mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit dengan menjadi influencer serta model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk penjagaan wajah.
Hijabista berkesempatan mengundangnya ke studio untuk berkongsi pengalaman bergelar personaliti media sosial sejak tiga tahun lalu.
Buat Paid Review Sejak Sekolah Menengah
Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata dia memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.
“Saya terbabit dalam bidang ini ketika usia masih belasan tahun, itu pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200,000 pengikut. Produk pertama yang saya review adalah tudung. Selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.
“Memang pada masa ini, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas produk untuk membuat review produk. Jadi, daripada situ bermula segalanya.
“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantu saya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, menepati masa, menjaga mood dan banyak yang saya belajar dalam bidang ini.
“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor semata-mata adalah salah. Sebenarnya influencer boleh jadi tidak ada bakat tapi memiliki follower yang ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.
Tak Ambil Pusing Pasal Kecaman
Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.
“Memang kecaman akan diterima oleh mereka yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang diletakkan itu boleh saja disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactivate Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.
“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain paid review’.
“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari perkara negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang boleh jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang sudah mempunyai teman hidup ini.
Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia menyambung pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.
“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.
“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lebih suka mengikut cara sendiri dibandingkan memilih cara yang ‘gila’ untuk sesuatu paid review.
Belum Pernah Bercuti Dengan Rakan-Rakan
Memilih Santorinis sebagai tempat impiannya untuk bercuti, cerita Farah pengalaman ke Jepun atas urusan kerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Namun begitu akui Farah setakat ini dia belum pernah bercuti sendiri atau melancong bersama kawan-kawan. Sebaliknya lebih banyak travel untuk urusan kerja.
Dalam pada itu biarpun tampak lemah lembut dan sopan, Farah seorang yang ‘sempoi’ dan sukakan imej rockers.
“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau suka gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung pula sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika berumur 16 tahun. Ayah antara orang yang banyak memberikan galakan.
“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk membukanya,”jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri
Dapatkan Majalah hijabista terkini Di Pasaran SOLO TRAVEL EDISI MUSLIMAH
Instafamous terkenal, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari memang sering menjadi tumpuan ramai di media sosial apabila sering memuat naik video lucu bersama adik kesayangannya iaitu Cik Pia.
Sudah berumah tangga dan baru sahaja bergelar seorang bapa, Bengah berkongsi kisah bersama isterinya yang boleh dijadikan pedoman buat sesiapa sahaja yang ingin atau sudah berumah tangga.
Sering ditanya samada pernah gaduh atau tidak bersama isteri tercinta, Bengah jelaskan pergaduhan adalah normal untuk orang yang sudah berkahwin namun terpulanglah pada cara kita untuk mengatasinya.
Bang tak pernah bergaduh ke dengan isteri?”
Gaduh je. Hari hari bergaduh! Tapi takde lah berlarutan.. bukan bergaduh macam zaman bercinta sebelum kahwin 😅 ini dah satu rumah, satu bilik, satu katil.. tapi kena beringat la SEBAB ada SATU pintu yang nak kena jaga.. iaitu pintu bilik! 😂 kena PKP (Perintah Keluar Persenduan) nanti kalau tak jaga silaturahim dengan baik.
Teringat kebodohan diri sendiri dulu.. kalau bergaduh je keluar rumah. Pergi jela mana mana untuk tenangkan diri.. paling lama gaduh dengan isteri dulu seminggu! Lepastu menyerah balik rumah minta maaf sebab masing masing rindu. Nak kenal pasangan ni bukan sehari dua.. tapi selama kita hidup.
Contohi cara Ustaz Ebit Lew mengasihi keluarganya
Tengok contoh Ustaz Ebit Lew.. bagaimana beliau mengasihi isteri dan keluarganya. Isteri ni.. memang bidadari untuk suami. Dia marah macam mana pon.. dia tetap buatkan air, dia marah? Dia tetap masak sedap sedap.. dia marah! Dia tetap basuh baju.. Dia marah? Dia memang tetap akan marah sebab itu sifat wanita nak perhatian. 😅
Pernah gaduh dengan isteri.. merajuk tak nak makan masakan isteri walaupon ada duit tapi rasa tak cukup nikmat. Tak kenyang.. tak lengkap rasanya hidup ni. Buang ego.. minta maaf dan berbaik balik. Baru lah dapat nikmat kehidupan…
Takyah gaduh la dengan isteri. Bagi je dia menang.. Bengah teringat isteri cakap “PENAT 9 BULAN MENGANDUNGKAN ANAK! SAKIT NAK LAHIRKAN ANAK!” dia lupa agaknya suami selalu ada disisi 😂 tapi orang lelaki jangan ego. Bagi je isteri menang.. bila dia menang kita yang senang bukan kalah.
Sentiasalah gembirakan isteri…
Bahagiakan isteri ni.. macam macam Allah bagi. Kalau bukan dekat kita.. tapi melalui isteri.. ya! Melalui isteri.. rezeki anak. Keluarga yang sekarang tengah terbina ni.
Kalau kalian lihat pasangan yang bahagia.. bukan semua kebahagiaan itu sempurna, sempurna itu bila kita saling melengkapi bertolak ansur dan memahami pasangan.
Esok tak tahu nak gaduh pasal apa.. tadi gaduh tak tutup kipas bilik 😂 jadi gaduh jela kalau itu boleh membahagiakan. Normal kan? Lepas bergaduh walau sikit.. minta maaf, peluk je, puji isteri cantik ke kurus ke? Dapat pahala.. Kalau isteri terbaca karangan ni hingga habis.. suami selalu sayang isteri dan anak. Kerana Allah Taala ❤️
Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam bulan Zulhijjah, ini demikian kerana ia merupakan hari kemuncak bagi jemaah yang melaksanakan ibadah haji dan melakukan wukuf di Arafah bermula pada waktu terbenamnya matahari pada waktu Zuhur 9 Zulhijjah hingga terbitnya fajar pada 10 Zulhijjah.
Namun, bagi umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji adalah disunatkan kepada mereka untuk berpuasa pada hari Arafah kerana ia mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Bagaimana Jika ‘Haid’ Dan Terlepas Peluang Berpuasa Di Hari Arafah?
Namun, bagi wanita-wanita yang sedang datang bulan (Haid) dan terlepas peluang untuk berpuasa di hari Arafah. Jangan khuatir sis! Anda masih berpeluang merebut ganjaran pahala dengan memperbanyakkan doa dengan memohon ampun serta meminta apa sahaja yang diingini kepada ALLAH.
Ini demikian kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda dalam Hadis Riwayat Tirmizi dan baginda menjelaskan bahawa “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
Dua Doa Yang Sesuai Dibaca Di Hari Arafah
Justeru, disini Hijabista mengesyorkan dua doa yang sesuai untuk anda pohon di Hari Arafah, kerana dua doa ini merupakan antara doa yang acapkali dibaca oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda:
(La ilaaha illaAllah wahdahu la syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syai’in Qadiir)
Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA, milik-NYA segala kekuasaan dan bagi-NYA segala pujian, dan DIA-lah Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Doa kedua ini merupakan doa tambahan kerana ia merupakan doa yang jarang-jarang dibaca, namun ia adalah amalan Rasulullah SAW ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ في قَلْبِي نُورًا، وفي بَصَرِي نُورًا، وفي سَمْعِي نُورًا، وعَنْ يَمِينِي نُورًا، وعَنْ يَسارِي نُورًا، وفَوْقِي نُورًا، وتَحْتي نُورًا، وأَمامِي نُورًا، وخَلْفِي نُورًا، واجْعَلْ لي نُورًا
Maksudnya: “Ya ALLAH, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan di pandanganku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dari kananku cahaya, dan dari kiriku cahaya, dan di atasku cahaya, dan di bawahku cahaya, dan di depanku cahaya, dan di belakangku cahaya, berilah aku cahaya.” (Sahih Bukhari, no. 6316)
Kedua-dua doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa, terutamanya untuk mengisi jam-jam terakhir yang berbaki sebelum tamatnya hari Arafah pada 10 Zulhijjah.
Anda pasti pernah mengalami masalah warna corak batik seluruh kain ‘turun’ warna bukan? Memang rasa sedih dan kecewa apatah lagi jika kain tersebut merupakan kain kesayangan anda atau baru sahaja dibeli.
Nanti! Jangan dibuang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna itu. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan tompok-tompok yang ada pada pakaian yang turun warna.
Melalui perkongsian Faryna Mohd Khalis dia berjaya mengatasi masalah pakaian yang ‘turun’ warna dengan beberapa langkah mudah. Hanya menggunakan bahan yang memang sedia ada di rumah.
Paling utama, warna dan corak asal pada kain masih elok dan cantik. Jadi tidak perlulah membazir apabila terjadinya masalah pakaian ‘turun’ warna. Pastinya ramai pernah mengalami masalah ini. Kini, anda mampu mengatasinya dengan mudah!
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Sedikit sabun serbuk
Air panas
Air paip
Nota: Kain turun warna milik wanita ini jenis daripada kain kapas. Tidak pasti sama ada jenis kain lain atau material yang jenis nipis sesuai atau tidak untuk direndam dalam air panas)
CARA-CARA:
1. Rendam pakaian yang telah turun warna itu selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
2. Tompokan kesan ‘turun warna’ pada kain terus sahaja hilang di bahagian kain yang putih.
3. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan sidai. Mudah sahaja bukan. Jadi selepas ini tiada lagi masalah perlu buang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna.
HIJABISTA: Tip ini boleh juga digunakan untuk pakaian warna putih yang mengalami masalah turun warna. Gunakan bahan dan cara yang sama.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...