Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bukan sekadar merasai pengalaman baru tetapi juga memanfaatkan usia melihat tempat di luar persekitaran kita. Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka.
Pendek kata, hanya mereka yang gemar mengembara sahaja dapat rasa perasaan itu. Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Tidak semestinya ke luar negara, di dalam negara pun ada banyak tempat-tempat menarik untuk kita kunjungi.
Jom kita hayati perkongsian Diyana Mukhayadi tentang pengalamannya naik ‘sleeper train’ ke Kelantan.
Akui Diyana, dia memang sudah lama berangan hendak pergi mengembara ke luar negara secara solo. Namun dek kerana dia seorang penakut maka dia terpaksa menunda dahulu angan-angannya itu.
“Aku fikir better aku try kat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik ‘sleeper train’ ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik,”cerita Diyana.
Diyana dan tiga rakannya memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ini memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di Kota Bharu.
“Very short trip with very different experience. Untuk pengetahuan semua, nama rasmi train ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
“Ini sedikit tip dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan mereka yang merancang untuk merasai pengalaman ‘sleeper train’ ini,” kata Diyana.
Mula-mula beli tiket ‘sleeper train’ dulu melalui apps KTMB:
Untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Terdapat juga koc seat duduk biasa juga, Koc T1-T3.
Diyana juga menasihatkan agar pilih koc 8. Penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke kafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ini paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
“Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
“Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46. Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank,” jelas Diyana.
Apabila selesai beli tiket ‘sleeper train’ barulah beli tiket ke Gemas. Nak lebih mudah, naik ETS dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM30.00. Boleh naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.
IKLAN
‘Sleeper train’ ini akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari Johor Bharu, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Ada tandas dan surau juga.
“Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
“Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun takpe. Dan make sure korang pakai baju yang paling selesa di abad ini sebab duduk dalam train ni lama dan tak boleh mandi.
“Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu,” cerita Diyana.
Selain megi sup, ada nasi/bihun/megi goreng panas-panas. Boleh tengok apa menu yang ada ketika sampai. Dapur hanya ada satu sahaja, jadi masak ikut ‘batch’. Tapi digalakkan anda bawa makanan/minuman lain juga, bimbang lambat dan ramai orang.
“The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
IKLAN
“Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)
– Gua Musang (sekitar 8 pagi)
– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)
– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
“Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang. Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong,”kata Diyana lagi.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
“Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tau bila. Jadi if anda nak rasa this “once in lifetime experience,”kena experience it asap. Kalau tanya saya, best memang best tapi cukuplah sekali seumur hidup dapat merasa unless apabila kahwin nanti, suami ajak untuk ulang kembali pengalaman ini.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!”
Mata tak berkelip melihat tontonan video yang dilakukannya. Kepetahannya bercakap dalam loghat utara menambah keseronokan netizen untuk menonton video tutorial mekap yang dilakukannya.
Lagaknya seperti seorang selebriti. Jangan terkejut dia mempunyai pengikut di laman sosial melebihi 2 juta. Nur Nabila Zulyadaini, dahulunya hanyalah seorang suri rumah dan dari keluarga susah sebelum menjadi viral dek kerana video tutorial mekap mendapat tontonan di luar jangkaan.
Pernah Titiskan Air Mata Menahan Kecaman Netizen!
Malah anak jati Tanjung Dawai ini mengakui pernah menitiskan air mata semata-mata kerana mendapat kecaman pelbagai netizen. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.
Menurut wanita kacukan Turki-Melayu ini berkata dalam Sinar Harian online, suaminya Anuar Ahmad, tidak pernah putus memberi semangat untuk meneruskan minat dalam bidang yang dipupuk sejak empat tahun lalu.
Bukan senang untuknya berjaya seperti hari ini. Dia yang hanya suri rumah sahaja sebelum ini mengakui dirinya pernah sedih sampai menangis kerana kecaman netizen hingga tidak berselera untuk makan. Lebih-lebih apabila dirinya difitnah solek tak cantik macam najis dan juga dikutuk disebabkan keadaan fizikal.
Namun Tuhan itu lebih mengetahui. Setelah disiasat rupanya fitnah itu datangnya dari individu yang sama bidang dengannya. Dia merasa terancam dengan kehadiran dia dalam industri solekan hingga sanggup melemparkan fitnah berkenaan.
Bella yang cukup terkenal di utara ini memberitahu minat terhadap bidan solekan muncul sejak mengandung anak pertama, Iris Alisya, 5 tahun. Tidak mahu terus berada di tahap sama, Bella turut merancang mengeluarkan jenama kecantikan sendiri 10 tahun lagi.
Mula Sekadar ‘Suka-Suka’ Akhirnya Jadi Kerjaya
Dia yang belajar mekap di laman youtube sekadar suka-suka untuk menghilangkan rasa bosan di rumah. Maklumlah keluarganya orang susah dan tiada peluang belajar kelas solekan kerana kosnya yang mahal. Tetapi Bella memang meminati seni dan lukisan. Jadi dia tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
Kini, Bella menjadikan bidang solekan sebagai sumber pendapatan utama apabila menubuhkan studio di Alor Setar, Kedah.Pada masa sama, wanita berusia 26 tahun ini turut dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Ibu kepada dua cahaya mata ini membuat tutorial mekap sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Dia mengakui mendapat kepuasan peribadi apabila ada pengikutnya memperoleh pendapatan sendiri dengan belajar teknik solekan selepas menonton video tutorial berkenaan.
Mengakui tiada asas dalam penggunaan alat kosmetik, namun ternyata jemarinya mempunyai sentuhan magis yang memukau. Bella juga lebih senang menggunakan produk kosmetik keluaran usahawan tempatan yang secara langsung membantu membangunkan ekonomi peniaga terbabit.
Bukan sahaja Bella yang pandai membuat tutorial, tetapi anaknya Iris Alisya yang berusia empat tahun juga mempunyai minat sama. Malah tutorial yang dimuat turun di facebook miliknya pernah mencecah 8,000 jumlah tontonan walaupun disiarkan waktu pagi.
Memang hebat sekali penangan mekap artis dari utara ini. Walaupun mencari rezeki bukan di kota besar seperti Kuala Lumpur, tetapi Bella tetap popular umpama selebriti. Setiap kali video dimuat turun personaliti media sosial itu berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran langsung.
Admin juga suka dan leka sekali menonton tutorial berkenaan. Nampak macam mudah solekan yang dihasilkan dan impaknya memang mengagumkan.
Muka berjerawat menjadi salah satu faktor yang menyebabkan seseorang individu itu hilang keyakinan diri dan malu untuk keluar rumah. Tidak mustahil ada yang sanggup berhabis duit mendapatkan rawatan wajah semata-mata mahu kelihatan cantik.
Gadis ini dulu mempunyai masalah kulit muka yang teruk akibat parut jerawat yang memang susah nak hilang.
Tetapi, sekarang mukanya sudah flawless habis! Hanya dengan menggunakan bahan-bahan alami non chemical yang dibuat sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air putih
Cara-caranya:
1. Ambil sedikit asam jawa mengikut sukatan yang anda mahukan. Kemudian tambah air putih.
2. Kacau hingga sebati. Pastikan ia tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Kemudian, ambil bedak sejuk dan campurkan ke dalam pes asam jawa tadi. Sekiranya terlalu pekat, anda boleh tambah sedikit air.
5. Campurkan semua dan kacau sehingga sebati.
6. Sapukan pada tempat yang berparut. Sekiranya anda nak sapu pada seluruh muka pun boleh juga. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air. Sebaiknya, lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Menurut wanita yang bernama Sarah ini, sudah lima tahun dia mengamalkan petua ini sejak remaja lagi dan akan lakukannya pada setiap malam. Dalam masa seminggu, insya-Allah parut akan semakin pudar. Selamat mencuba!
Nak dekat hujung tahun ni mesti hijabi menghabiskan cuti hujung tahun dengan pergi melancong kan? Pernah tak sis alami kulit kusam, kering dan terbakar (Sunburn) terutamanya bila sis bercuti di tepi pantai atau pulau tropika beriklim panas?
Mesti tak seronok bila pulang dari bercuti rasa sengsara bila terpaksa berdepan kulit kusam, kering dan terbakar. Dah la susah nak ‘healing’ untuk dapatkan semula kulit yang cerah dan glowing. Hmm.. sedih betul!
Jangan risau sis! Hijabista ada penyelesaian untuk anda lindungi kulit terutamanya pada musim percutian.
Hanya amalkan dua langkah mudah ni, dapatkan semula kulit cerah, sihat dan yang paling penting ‘glowing’ tau! Bolehlah sambut tahun baru 2023 dengan gembira!
Selamat Tinggal Kulit Kusam!
Untuk memiliki kulit berseri dan bebas cela, sis perlu kekalkan penghidratan dan kelembapan kulit kerana ini adalah kunci utama kepada kulit yang sihat, cerah dan bersinar!
Malah, bila kulit kita diberi air yang cukup kelembapan yang berada di bawah lapisan kulit mampu mengekalkan keremajaan kulit sekaligus membuatkan kulit bersinar, bebas kering dan kedut.
Hanya perlu amalkan dua cara ni untuk kulit kekal lembap. Pertama, minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Tapi kalau anda sejenis yang susah minum air masak dalam kuantiti banyak, mungkin cara kedua ni berkesan. Tak payah pening kepala, dapatkan je set hidrasi dari Hada Labo!
Hada LaboHydrating Lotion dan HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum mampu selesaikan masalah kulit kusam sekelip mata, tak payah minum air banyak-banyak pun tak apa.
Sis cuma perlu gunakan dua produk ini pada kulit wajah anda, dan Poof! Sis akan dapat kulit lembap, terhidrat dan glowing seperti magis!
Kelebihan dua produk yang mampu membantu mengekalkan penghidratan kulit dari Hada Labo ni adalah, menjadikan kulit sihat secara semula jadi. Tidak berminyak, mengecilkan liang pori dan melicinkan kulit agar solekan tahan lebih lama.
Hada Labo Hydrating Lotion dihasilkan menggunakan bahan-bahan organik seperti lima Asid Hyaluronik yang di fermentasi dan diformulasi menggunakan teknologi baharu agar meresap lebih jauh ke dalam liang kulit, serta melembapkan setiap ceruk lapisan kulit dan membaiki tekstur kulit.
Ia mampu mengunci kelembapan, mengimbangkan minyak dan air, mengecilkan liang pori, meningkatkan keserian, keanjalan dan kelicinan kulit secara alami!
Manakala, Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum pula dihasilkan dengan 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide, bertujuan melembapkan kulit serta-merta dan membentuk lapisan filem pada wajah yang melindungi dan mengunci air untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan berkedut.
Bahan yang digunakan di dalam serum ini amat mujarab dan mampu menembusi lapisan kulit pada kadar tinggi, serta menyelesaikan masalah kulit dengan lebih pantas berbanding serum lain.
Paling best! Serum ni mampu memberi penghidratan kepada kulit selama 24 jam tau. Wow! Confirm kulit lebih mulus dan lembap lepas ni sis.
Di samping itu, serum ini juga menghidrat secara mendalam dan membantu mengetatkan liang pori besar pada wajah. Awesomeee!
Cara Aplikasi Hada Labo Hydrating Lotion & Serum
Justeru, untuk memastikan penghidratan yang optimum, pastikan sis amalkan dua langkah ini.
Pertama, selepas mencuci wajah sapukan Hada Labo Hydrating Lotion pada muka dan pastikan ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit wajah.
Kedua, oleskan Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum dan ratakan pada wajah sebelum sis mulakan solekan.
Ketiga, pastikan sis gunakan dua produk ini terlebih dahulu sebelum memakai foundation, untuk solekan yang lebih licin dan tahan lama!
Fuh! Tengok lah perbezaan sebelum dan selepas tu sis.. Lepas tu banyak pula manfaat pada kulit dan senang je nak apply! Rutin kecantikan pun mudah hanya dengan tiga langkah je, sis boleh dapatkan kulit lembap dan glowing!
Tunggu apa lagi? Run bestie Run! Cepat dapatkan dua produk hebat Hada Labo ni, di Facebook MY Hada Labo atau sis boleh layari laman Web Rasmi Hada Labo Malaysia
Kalau dah sold out dan melepas nanti jangan pulak nangis tepi bucu katil sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!