Tidak dinafikan, di sebalik kejayaan setiap lelaki adalah wanita yang berada di belakangnya. Begitu juga jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang cukup berbangga kerana mempunyai isteri bukan sahaja cantik tetapi juga bijak dan berpenampilan menarik.
Ramai yang terleka dengan kejelitaan Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang sentiasa tampil sederhana dalam apa juga majlis dihadiri. Dia yang memang sejak dulu sudah berhijrah mengakui tidak akan melupakan kisah silamnya sebelum melakukan penghijrahan.
Helah untuk tidak berhijab
Dalam temubual bersama Media Hiburan Online, Datin Seri Shahidah memberitahu dia juga manusia biasa yang tidak lari dari melakuka kesilapan. Menurutnya, ketika mula-mula berhijab dia ‘menipu’ bapanya kononnya berhijab sewaktu di bangku sekolah. Tetapi apabila keluar dan jauh dari ahli keluarga, dia akan segera membuka tudungnya.
Waktu itu menurutnya bertudung ini bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dan semua itu perlu bergantung pada nawaitu dan keikhlasan seseorang.
“Bertudung itu memang tidak boleh dipaksa dan ia perlu datang daripada hati kita. Dulu ayah saya memang paksa pakai tudung sewaktu bersekolah rendah. Saya pakai tetapi apabila keluar rumah saya akan buka tudung.
IKLAN
“Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu memakai tudung kerana bagi saya biarlah ‘perasaan’ itu datang secara semulajadi. Tetapi sampailah satu tahap, saya rasa tiba masanya untuk berhijab dan malu jika tidak memakainya.
“Dan ini memang terbukti benda itu datang dari hati dan tidak boleh dipaksa,” katanya kepada Media Hiburan.
Menurutnya daripada situ, dia banyak belajar erti kehidupan dan pengalaman hidup. Justeri, Datin Seri Shahida tidak akan memaksa anak perempuannya biarlah dia belajar dari masa ke semasa tentang bertudung.
IKLAN
“Buat masa ini saya cuma bagi didikan agama tentang pentingnya tentang aurat. Jadi semua itu terpulang pada dia. Jadi kalau dia boleh dengar cakap kita baguslah, tetapi perkara seperti ini jangan dipaksa, biar datang secara semulajadi.
Anak gadis berhijab tarik perhatian ramai
Jika diintai di laman instagram, beliau juga gemar berselfie dan memang tak puas mata memandang melihat penampilannya di instagram.Datin Seri Shahidah yang gemar tersenyum ini begitu gemarkan gaya yang sederhana tetapi kemas. Walaupun tanpa bermekap tebal, kecantikan wajahnya serta sifatnya yang ramah memang boleh buat kita terasa ingin dekat dengannya.
IKLAN
Apa yang menariknya kini bila anak gadisnya menganjak dewasa, kita bagaikan dibayangi pasangan adik-beradik apabila digadingkan bersama. Sering tampil di media sosial membuat review tudung, Datin Seri Shahidah tampak seperti kakak kepada anak sulung perempuannya.
Kecantikan anak gadisnya persisnya malah mencuri tumpuan ramai apabila bersama. Siapa sangka anak gadis yang dahulunya dikendung kecil ke mana sahaja kini tampil berhijab dan penampilannya menarik perhatian ramai.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mereka yang alami masalah vertigo perlu tahu ia bukanlah suatu penyakit. Malah, ia lebih kepada satu kesan sampingan daripada sesuatu ubat yang diambil.
Penyebab yang menyumbang kepada vertigo adalah BPV atau kelainan pada bahagian pusat keseimbangan dalam telinga. Walaupun begitu, kondisi ini bukanlah suatu perkara yang serius dan ia juga dapat hilang dengan sendirinya.
Di petik dari Alodokter, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyumbangkan kepada masalah vertigo. Ianya boleh dielak atau dikurangkan dalam menu makanan harian anda.
Jadi apakah jenis makanan yang boleh menyebabkan vertigo? Ada beberapa jenis makanan yang boleh dihindari atau dikurangkan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala kesan dari kondisi ini.
1. Makanan yang banyak garam
Bagi pengambilan garam untuk orang dewasa, disyorkan hanya sebanyak 5 gram per hari atau bersamaan 1 sudu teh. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyumbang kepada ketidakseimbangan dimana berlakunya vertigo.
2. Pengambilan gula yang banyak
Kandungan gula yang banyak dalam makanan juga boleh menganggu cecair dan berlakunya ketidakseimbangan di dalam telinga. Ia disarankan untuk mengambil tidak lebih dari 50 gram sehari atau bersamaan 4 sudu.
Bagi mereka yang mengambil kafein, ia merupakan salah satu penyebab berlakunya vertigo. Ini kerana kesan sampingan dari kafein menyebabkan seseorang itu dehidrasi dan mengubahkan keseimbangan tubuh yang membuatkan berlakunya vertigo.
Bagi mencegah masalah ini, anda perlulah membatasi pengambilan kafein. Ya, sememangnya ramai yang gemar minum kopi atau teh setiap hari, tapi ingat anda perlu juga fahami kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Selain dari yang dinyatakan, makanan yang mengandungi MSG dan yang berkolestrol tinggi boleh juga menjadi faktor mereka yang mengalami vertigo. Ada juga disarankan lebih fokus untuk mengambil makanan yang bagus bagi penghidap vertigo seperti gandum, telur, ikan, halia, pisang, dan kacang.
Keinginan untuk memiliki bibir yang munggil dan lembap adalah satu benda yang sukar untuk kita miliki. Setiap hari, bibir tampak kering dan kusam sahaja.
Penjagaan bibir seperti scrub sudah menjadi rutin kecantikan yang sudah lama diamalkan. Namun…ada yang terlalu melakukannya sehingga menyebabkan iritasi dan semakin rosak!
Scrub mengikut masa dan rutin yang betul
Menjadi satu rutin kecantikan yang lazim dilakukan, scrub bibir tidak lagi dipandang remeh orang ramai. Banyak juga produk scrub bibir yang sesuai mengikut sensitiviti lain-lain individu.
Ramai juga yang menyedari kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan bibir. Tetapi ada juga yang terlebih melakukannya serta ada kesalahan jua dalam menjaga bibir.
Penjagaan bibir adalah penting tetapi anda tidak perlu lakukannya setiap hari. Kalau anda yang suka untuk lakukan scrub setiap hari, ingatlah bibir anda akan cepat rosak.
Lapisan kulit bibir adalah nipis dan tidak setiap hari kulit mati akan muncul pada permukaan bibir anda. Kalau anda lakukannya pada setiap hari, ia akan menipiskan dan melukakan bibir anda!
2. Scrub sewaktu bibir kering
Melakukan scrub pada bibir kering akan merosakkan lagi bibir anda. Ia bukan menanggalkan kulit mati pada saat ini, tapi akan melukakan lagi bibir anda!
Sebelum mula scrub, seeloknya anda oleskan sedikir pelembap bibir supaya permukaan bibir akan menjadi lebih lembap. Biarkan seketika dan kini anda boleh mula untuk scrub bibir anda!
Pada asasnya, memang tujuan anda scrub bibir untuk menanggalkan kulit mati. Tapi itu bukanlah alasan untuk anda lakukannya secara kasar!
Lakukan dengan kasar akan membuatkan lagi bibir anda menjadi nipis dan sensitif. Tidak perlu tonyoh tapi hanya lakukannya dengan lembut sahaja.
4. Selepas scrub tak oleskan dengan pelembap bibir
Bila bibir yang sudah kering selepas di scrub, anda perlu oleskan sedikit pelembap bibir. Kenapa? Bibir perlukan perlindungan juga, jadi anda harus menghunakan pelembap bibir yang ada SPF bagi menghindari pigmentasi.
Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang pengguna yang membeli nasi buttermilk ayam tetapi terkejut dengan ‘visual’ makanan tersebut sehingga tiada selera makan! Perkongsian tersebut juga telah mencuri tumpuan serta mengejutkan netizen.
Resepi ayam buttermilk memang menjadi kegemaran ramai terutamanya masyarakat di Malaysia. Kesedapan ayam buttermilk ini terletak pada rasa lemak, masin dan pedasnya. Gabungan ayam yang rangup disaluti dengan kuah buttermilk, memang sedap hingga menjilat jari sehingga tak puas makan!
Membuat resepi ini memang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak, namun akan terasa muak kalau ‘tersilap langkah’ ketika menyediakannya. Seperti yang tular baru-baru ini di laman Twitter.
“Macam muntah kucing…”
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun @mijiiiiiiiiitersebut, dia telah memesan nasi bersama ayam buttermilk tersebut di sebuah restoren tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila nasi yang dipesan itu tak sama rupanya dengan buttermilk chicken. Kuahnya terlihat sangat cair dan ketulan ayam juga tidak kelihatan.
Dek kerana kesal dengan pesanan tersebut, dia telah memuat naik foto tersebut bersama kapsyen “To all merchant/shop owner kedai tomyam semua…Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian“.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dan menyatakan perkara yang sama. Mereka turut terkejut dan menyatakan bahawa makanan tersebut terlihat seperti muntah baby, muntah kucing, serawa durian dan sebagainya.
Resepi ayam buttermilk yang sedap
Oleh itu, bagi anda yang ingin merasa buttermilk ayam yang sedap, tak perlu dah membeli di kedai. Sebaliknya boleh ikuti resepi Che Nom dibawah. Senang dan mudah, buat sendiri lagi bagus dan puas hati!
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Bahan-bahan lain:
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Cara Penyediaannya:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tip taambahan dari Che Nom, kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Tambahan itu, kalau tak minat pedas, anda boleh kurangkan cili.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.