Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang pengguna yang membeli nasi buttermilk ayam tetapi terkejut dengan ‘visual’ makanan tersebut sehingga tiada selera makan! Perkongsian tersebut juga telah mencuri tumpuan serta mengejutkan netizen. 

Resepi ayam buttermilk memang menjadi kegemaran ramai terutamanya masyarakat di Malaysia. Kesedapan ayam buttermilk ini terletak pada rasa lemak, masin dan pedasnya. Gabungan ayam yang rangup disaluti dengan kuah buttermilk, memang sedap hingga menjilat jari sehingga tak puas makan! 

Membuat resepi ini memang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak, namun akan terasa muak kalau ‘tersilap langkah’ ketika menyediakannya. Seperti yang tular baru-baru ini di laman Twitter. 

“Macam muntah kucing…”

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun @mijiiiiiiiii tersebut, dia telah memesan nasi bersama ayam buttermilk tersebut di sebuah restoren tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila nasi yang dipesan itu tak sama rupanya dengan buttermilk chicken. Kuahnya terlihat sangat cair dan ketulan ayam juga tidak kelihatan.

Dek kerana kesal dengan pesanan tersebut, dia telah memuat naik foto tersebut bersama kapsyen “To all merchant/shop owner kedai tomyam semua…Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian“.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dan menyatakan perkara yang sama. Mereka turut terkejut dan menyatakan bahawa makanan tersebut terlihat seperti muntah baby, muntah kucing, serawa durian dan sebagainya.

Resepi ayam buttermilk yang sedap

Resepi Ayam Masak Buttermilk Mudah | Ajinomoto Malaysia
Sumber gambar dari Google

Oleh itu, bagi anda yang ingin merasa buttermilk ayam yang sedap, tak perlu dah membeli di kedai. Sebaliknya boleh ikuti resepi Che Nom dibawah. Senang dan mudah, buat sendiri lagi bagus dan puas hati!

IKLAN

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Bahan-bahan lain:

Cara Buat Buttermilk Chicken Viral, Guna Resepi Ini Mesti Menjadi!

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Cara Penyediaannya:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Cara-cara untuk ayam buttermilk:
    • Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
    • Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
    • Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tip taambahan dari Che Nom, kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Tambahan itu, kalau tak minat pedas, anda boleh kurangkan cili.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Plan Diet Dengan Resipi Sihat Ayam Perapan. Ini Baru Betul Misi Kurus 

Sumber: Twitter @mijiiiiiiiii dan Che Nom

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI