Anda pasti pernah mengalami masalah warna corak batik seluruh kain ‘turun’ warna bukan? Memang rasa sedih dan kecewa apatah lagi jika kain tersebut merupakan kain kesayangan anda atau baru sahaja dibeli.
Nanti! Jangan dibuang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna itu. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan tompok-tompok yang ada pada pakaian yang turun warna.
Melalui perkongsian Faryna Mohd Khalis dia berjaya mengatasi masalah pakaian yang ‘turun’ warna dengan beberapa langkah mudah. Hanya menggunakan bahan yang memang sedia ada di rumah.
Paling utama, warna dan corak asal pada kain masih elok dan cantik. Jadi tidak perlulah membazir apabila terjadinya masalah pakaian ‘turun’ warna. Pastinya ramai pernah mengalami masalah ini. Kini, anda mampu mengatasinya dengan mudah!
BAHAN-BAHAN:
Ads
Lemon
Sedikit sabun serbuk
Air panas
Air paip
Nota: Kain turun warna milik wanita ini jenis daripada kain kapas. Tidak pasti sama ada jenis kain lain atau material yang jenis nipis sesuai atau tidak untuk direndam dalam air panas)
Ads
CARA-CARA:
1. Rendam pakaian yang telah turun warna itu selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
Ads
2. Tompokan kesan ‘turun warna’ pada kain terus sahaja hilang di bahagian kain yang putih.
3. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan sidai. Mudah sahaja bukan. Jadi selepas ini tiada lagi masalah perlu buang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna.
HIJABISTA: Tip ini boleh juga digunakan untuk pakaian warna putih yang mengalami masalah turun warna. Gunakan bahan dan cara yang sama.
Setelah hampir 11 tahun menanti, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi di sebuah hospital swasta. Sebelum ini tersebar luas mengatakan Siti sudah bersalin, tetapi pasangan ini akhirnya memilih hari ini, Isnin bersamaan 1 Rejab buat puteri mereka yang pertama kali melihat dunia. Bayi perempuan seberat 3.55 kg ini dilahirkan secara pembedahan dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan baik. Melalui gambar yang dimuat turun di laman sosial Siti, seri wajah seorang ibu begitu terserlah walaupun penampilannya ketika itu hanyalah memakai tudung sarung segera warna hijau yang mudah sekali untuk digayakan.
Ternyata walaupun gementar menanti detik untuk melahirkan anaknya, Siti dilihat tetap mesra melayan kehadiran tetamu yang rata-rata adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Dalam pada itu, nampaknya Siti tetap menjaga aurat dan penampilannya sebagai seorang wanita Muslimah.
Melalui gambar yang dikongsi oleh pengurusnya Rozi sebelum bersalin, Siti dilihat menutup aurat walaupun hanya dengan mengenakan tudung sarung segera yang memang mudah untuk digayakan. Beliau hanya sekadar mengenakan tudung segera dan wajahnya juga terampil polos tanpa sebarang calitan alat mekap seperti yang biasa kita lihat penampilannya sebelum ini. Namun Siti tetap comel dan kekal jelita seperti selalu.
Ramai cukup teruja menanti detik kelahiranyan puteri ini yang memang dirai kerana melihat dekorasi bilik yang dihias cukup indah.
Bertemakan warna pink, dengan kelambu putih dengan kemasan reben menyerikan lagi tempat istirehat sementara Siti di Hospital Gleneangles, Kuala Lumpur. Menerusi akaun Ig Nurul Zahid, dilihat bagaimana persiapan mereka dengan menyediakan kain rentang bertulis ‘welcome to the world little princess’.
Ternyata bukan sahaja ahli keluarga terdekat teruja malam peminat juga turut terharu menerima berita kehadiran puteri sulung Siti. Sebaik mendengar berita kelahirannya, puteri yang masih belum ada nama ini tidak putus-putus menerima hadiah dari peminat ibunya yang merupakan penyanyi tersohor negara.
Sebenarnya ada sebab tertentu kenapa Siti dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa memilih hari Isnin yang bersamaan 1 Rejab ini sebagai hari kelahiran puteri mereka.
Mereka dikatakan memilih hari ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah SAW) selain ia jatuh pada 1 Rejab. Sebelum itu Mufti Menk juga turut menzahirkan kata-kata semangat dan mendoakan proses melahirkan kepada penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar.
Pastinya peminat Siti tidak sabar untuk melihat wajah puteri mereka ini kerana memang selama ini mereka menantikan detik penuh bersejarah buat kedua-duanya. Namun menurut kenyataan Rozi juga, Siti dan keluarga memohon ruang untuk diberi masa berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, keduanya juga turut meminta diberi masa sebelum mengumumkannya kepada umum.
Sementara itu Rozi juga sebentar tadi dalam instagramnya memuat turun status memberitahu segalanya berjalabn lancar dan berterima kasih atas ucapan dan doa serta perkongsian kegembiraan dari pelbagai pihak. Mewakili Siti sendiri, Rozi memberitahu bahawa Siti sendiri begitu menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyanyi ini.
“Bertenang” mungkin merupakan kunci kepada kulit berseri, menenangkan jerawat dan mengurangkan lingkaran hitam. Malah, menggunakan kiub ais untuk wajah anda mempunyai beberapa faedah yang menakjubkan dan mengejutkan.
Ya betul! Selain menggunakan produk penjagaan kulit biasa, gosok kiub ais ke seluruh leher dan kawasan muka anda sekali sehari mempunyai faedah yang luar biasa dan boleh membantu produk penjagaan kulit anda menghasilkan hasil yang lebih cepat.
Kiub ais adalah pilihan optimum untuk semua masalah anda, sama ada cuba menghilangkan jerawat atau membuat kosmetik anda bertahan lama pada hari cuaca panas. Kiub ais di muka anda, tanpa mengira keadaan kulit anda, boleh melakukan keajaiban. Jadi, mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.
Kiub ais yang diisi dengan jus Kentang dan jus Betik ialah teknik kecantikan yang menakjubkan yang boleh membantu anda menghilangkan bintik hitam dengan mudah dan pasti anda menyukainya. 2 resipi yang sangat mudah untuk dibuat yang bukan sahaja akan menghilangkan bintik-bintik gelap tetapi juga akan menyejukkan kulit yang merengsa.
Kentang berfungsi dengan baik dalam mencerahkan pigmentasi kulit dan dianggap terbaik dalam merawat masalah kulit.
BAHAN-BAHAN:
Cara membuat dan menggunakan:
Anda juga boleh menggunakan kiub ais di bawah mata untuk menghilangkan lingkaran hitam dan melegakan mata yang letih. Ia adalah salah satu penyelesaian terbaik untuk menghilangkan mata bengkak dan kantung mata. Ia mempunyai kesan penyejukan yang akan menenangkan kulit yang merengsa, manakala bahan-bahannya akan menyembuhkan dan menyembuhkan bintik-bintik gelap.
Betik terkenal dengan kebaikan kecantikan dan kesihatannya. Terdapat beberapa komponen yang terdapat dalam betik yang bagus untuk kulit anda. Inilah sebabnya enzim buah ini terdapat dalam banyak produk kecantikan.
BAHAN-BAHAN:
Cara membuat dan menggunakan:
Ia mempunyai kesan penyejukan dan menyegarkan serta-merta yang akan memberikan anda kulit paling sempurna yang pernah anda miliki.
Faedah:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara tahun lalu.
Sewaktu di temu ramah HIJABISTA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
“Shooting tak pernah non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi. Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga bermain peranan.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.