Setelah hampir 11 tahun menanti, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi di sebuah hospital swasta. Sebelum ini tersebar luas mengatakan Siti sudah bersalin, tetapi pasangan ini akhirnya memilih hari ini, Isnin bersamaan 1 Rejab buat puteri mereka yang pertama kali melihat dunia. Bayi perempuan seberat 3.55 kg ini dilahirkan secara pembedahan dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan baik. Melalui gambar yang dimuat turun di laman sosial Siti, seri wajah seorang ibu begitu terserlah walaupun penampilannya ketika itu hanyalah memakai tudung sarung segera warna hijau yang mudah sekali untuk digayakan.

Di samping suami tersayang.

Ternyata walaupun gementar menanti detik untuk melahirkan anaknya, Siti dilihat tetap mesra melayan kehadiran tetamu yang rata-rata adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Dalam pada itu, nampaknya Siti tetap menjaga aurat dan penampilannya sebagai seorang wanita Muslimah.

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Melalui gambar yang dikongsi oleh pengurusnya Rozi sebelum bersalin, Siti dilihat menutup aurat walaupun hanya dengan mengenakan tudung sarung segera yang memang mudah untuk digayakan. Beliau hanya sekadar mengenakan tudung segera dan wajahnya juga terampil polos tanpa sebarang calitan alat mekap seperti yang biasa kita lihat penampilannya sebelum ini. Namun Siti tetap comel dan kekal jelita seperti selalu.

Ramai cukup teruja menanti detik kelahiranyan puteri ini yang memang dirai kerana melihat dekorasi bilik yang dihias cukup indah.

Bertemakan warna pink, dengan kelambu putih dengan kemasan reben menyerikan lagi tempat istirehat sementara Siti di Hospital Gleneangles, Kuala Lumpur. Menerusi akaun Ig Nurul Zahid, dilihat bagaimana persiapan mereka dengan menyediakan kain rentang bertulis ‘welcome to the world little princess’.

IKLAN

Alhamdulillah ?.. Syukur.

A post shared by Nurulhidayah & Saiful Nizam (@nurulzahid) on

Ternyata bukan sahaja ahli keluarga terdekat teruja malam peminat juga turut terharu menerima berita kehadiran puteri sulung Siti. Sebaik mendengar berita kelahirannya, puteri yang masih belum ada nama ini tidak putus-putus menerima hadiah dari peminat ibunya yang merupakan penyanyi tersohor negara.

Sebenarnya ada sebab tertentu kenapa Siti dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa memilih hari Isnin yang bersamaan 1 Rejab ini sebagai hari kelahiran puteri mereka.

Mereka dikatakan memilih hari ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah SAW) selain ia jatuh pada 1 Rejab. Sebelum itu Mufti Menk juga turut menzahirkan kata-kata semangat dan mendoakan proses melahirkan kepada penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar.

IKLAN

Pastinya peminat Siti tidak sabar untuk melihat wajah puteri mereka ini kerana memang selama ini mereka menantikan detik penuh bersejarah buat kedua-duanya. Namun menurut kenyataan Rozi juga, Siti dan keluarga memohon ruang untuk diberi masa berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

IKLAN

Mengenai wajah dan nama anak, keduanya juga turut meminta diberi masa sebelum mengumumkannya kepada umum.

Sementara itu Rozi juga sebentar tadi dalam instagramnya memuat turun status memberitahu segalanya berjalabn lancar dan berterima kasih atas ucapan dan doa serta perkongsian kegembiraan dari pelbagai pihak. Mewakili Siti sendiri, Rozi memberitahu bahawa Siti sendiri begitu menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyanyi ini.

Hijabista doakan semoga ibu dan anak ini berada dalam keadaan sihat dan menjalani tempoh berpantang seperti wanita lain yang melahirkan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZI