Sebut sahaja nama Nora Danish apa yang terlintas di fikiran ialah penampilan terkininya yang manis berhijab.
Walaupun kini menutup aurat sepenuhnya, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap tidak kalah dalam berfesyen. Kekal stylish pada usia 41 tahun malah nampak macam remaja pula!
Dari segi solekan pula, terserlah kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh aktres yang terkenal dalam siri Puteri ini apabila sering tampil dengan look berkonsepkan no-makeup yang menjadikan wajah Niora lebih segar.
Masih tidak terlambat untuk kembali kepada jalan yang benar, tindakan pelakon, Niezam Zaidi, kini ingin kembali insaf dan merapatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang terjadi itu ingin diperbaiki dalam dirinya sendiri.
Terdahulu, Niezam sendiri akui telah bersimpang jauh kini ingin mendalami ilmu agama. Dia juga mengambil berat faktor yang melanda dunia terasa insaf dan membuat perkara sedemikian.
Niezam atau Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, menyatakan hasratnya telah tercapai apabila dapat bergiat aktif dalam menyertai kumpulan tabligh sekiranya mempunyai masa yang lapang bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Sebelum ini ada kumpulan tabligh ajak keluar. Tapi saya sertai tabligh dari Bangladesh yang datang ke kampung saya.
“Mereka beritahu siapa yang turun masjid ini sudah terpilih. Ayat itu membuatkan hati saya tersentuh dan saya cuba berdakwah dengan cara yang saya boleh buat.
“Saya pun tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklumlah, saya berada dalam industri hiburan dan saya bergelar pelakon. Takut timbul persepsi sehingga boleh menimbulkan fitnah,” katanya.
Dia juga mengambil faktor soal bencana yang melanda dunia hari ini, terbit juga rasa untuk bertaubat selain mahu berjasa kepada orang sekelilingnya.
“Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Mungkin situasi yang berlaku dekat dunia sekarang ini membuatkan saya terfikir bahawa hidup ini singkat,
“Emak saya pula sedang sakit. Kadang-kadang saya ini terlalu fikir sampai bila emak akan hidup, tapi sebenarnya saya patut fikir sampai bila pula saya akan hidup. Jadi, saya mahu hidup untuk berjasa dan berkhidmat,
“Bila ada satu ‘turning point’ berlaku dalam hidup, saya tak boleh ikut kehendak diri sendiri sebaliknya saya lakukan apa-apa kerana Allah. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.
Niezam juga bersyukur meski pun telah dijatuhkan hukuman atas salah lakunya pada Oktober lepas, dia masih menerima rezeki dalam dunia lakonan. Katanya, kerjayanya masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan oleh stesen TV atau syarikat produksi.
Sebut sahaja nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz, pasti ramai dikalangan hijabi yang mengenali bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan ini. Meski, namanya berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Usai dua dekad menabur nama dalam industri seni tanah air, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Adakah dia terasa hati mahupun kecewa dengan industri?
Menurut tuan empunya badan sendiri, bukan enggan membuat kemunculan semula menerusi naskhah tempatan, namun dek kerana streotaip jalan cerita yang sama membuatkan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini lebih selektif dalam memilih karakter untuk dilakonkan.
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan (sepenuhnya).
“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” jelasnya.
Pada masa yang sama, isteri kepada doktor sensasi Dr. Che Muhammaf Hafiz bahawa dia sedang berusaha memperbaiki penjagaan auratnya.
“Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.
“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.
“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Julia Farhana berketurunan Melayu dan Itali dan dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Pada 14 Disember 2022, dia berkahwin dengan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum. suaminya, dr. Che Hafiz, merupakan bekas suami kepada selebriti Lufya Omar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.