Ha.. pasti ramai yang sedang membaca artikel ini merupakan peminat Aniq Suhair bukan? Jangan lupa sediakan nota siap-siap sis sebab Aniq Suhair akan berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon yang sedang meningkat naik ini. Nama Aniq Suhair mula melonjak naik melalui drama lakonannya yang terbaru iaitu ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’. Drama ini menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utama. Keserasian mereka berdua telah mendapat sambutan daripada para penonton dan sering ‘trending’ di TikTok.

Setiap orang mempunyai ‘standard’ dan kriteria berbeza dalam mencari pasangan hidup. Begitu juga dengan pelakon si pencuri hati wanita ini. Baru-baru ini, Aniq Suhair telah ditemu bual oleh team Hijabista dan dia telah mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya.

Artikel berkaitan: Elak Kulit Breakout, Aniq Suhair Kongsi Pentingnya Gunakan Sunscreen Setiap Hari

Ciri-ciri wanita idaman Aniq

Aniq atau nama sebenarnya iaitu Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh,22, berkata bahawa dia tidak banyak ‘songeh’, dan menyukai wanita yang ‘simple’ serta ‘smart’. Tambahan itu, dia juga mengatakan bahawa dia tidak mementingkan paras rupa, namun ada beberapa ciri yang menjadi pilihan hatinya, seperti:

1.Keperibadian yang baik

Keperibadian yang baik merujuk kepada sikap baik yang anda miliki. Iyalah, siapa sahaja nak berpasangan dengan orang yang berperangai buruk kan.  Sikap inilah yang membuatkan anda disukai ramai, mempunyai ramai kawan dan orang lain juga akan berasa selesa dengan anda dalam apa jua persekitaran. Bukan sahaja Aniq Suhair, malahan sis sekalian akan turut disukai ramai.

2. Pandai memasak

IKLAN

Aniq Suhair mendedahkan bahawa dia seorang yang ‘kurang makan’ dan memerlukan pasangan yang boleh memasak.

“..Untuk Aniq yang ‘hard-gainer’ ni, orang kata kurang makan ni kan.. Aniq memerlukan isteri ataupun pasangan yang boleh masak”

Air tangan isteri kan mampu membahagiakan sang suami dan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina. Ha gitu… Bagi yang tak pandai memasak itu jangan risau..anda boleh mula cuba praktis daripada sekarang.

3. Pandai ambil hati dan menghormati orang tua 

Ciri ini memang ciri utama dalam mencari pasangan. Sebagai wanita, kita perlu bijak mengambil hati keluarga ‘calon mertua’. Setiap perbuatan yang dilakukan harus ada batasan yang perlu dijaga. Jangan terlalu ‘open’ sampai tidak menjaga batasan dan tidak menjaga tutur kata.

IKLAN

4. Beribadah

Gambar sekadar hiasan

Beribadah merupakan salah satu daripada tiga asas utama dalam Islam selain aqidah dan akhlak. Semestinya, setiap lelaki mendambakan pasangan hidup yang baik. Satu ukuran yang baik boleh dinilai melalui ilmu agama dan dengan mengamalkan ajaran agama. InsyaAllah, wanita yang rajin beribadah akan dapat mendidik anak dengan baik di masa hadapan.

5. Taat kepada suami

Gambar sekadar hiasan

Setinggi mana pun pangkat dan darjat, hormat dan taat pada suami adalah sangat penting. Lelaki tidaklah mengharapkan penghormatan yang tinggi seperti tunduk kepadanya, cukuplah sekadar menghormatinya sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

6. Baik budi pekerti

Gambar sekadar hiasan

Budi pekerti yang baik pasti menjadi idaman setiap lelaki. Orang yang baik budi pekertinya pasti disenangi oleh orang sekeliling. Budi pekerti yang baik boleh ditunjukkan melalui tabiat yang mudah, contohnya seperti bersopan santun, membiasakan diri tersenyum, memberi salam dan tidak lokek untuk menggunakan perkataan ‘tolong’, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen terpenting dalam menilai seseorang tau.

IKLAN

Artikel berkaitan: Mahukan Jodoh Yang Sempurna Dan Penuh Kebaikan, Amalkan Pilihan Doa Ringkas Ini Yang Mudah & Mudah Diingati!

Jadi, berapa banyak ciri-ciri di atas yang sis semua miliki untuk menjadi wanita idaman Aniq Suhair? Apa pun, semoga Aniq bertemu dengan wanita idamannya di masa hadapan.

Sumber gambar: Canva dan Instagram Aniq Suhair

Jom saksikan perkongsian penuh Aniq Suhair mengenai wanita idaman dan juga pendapat Aniq mengenai isu suami pukul isteri yang tular baru-baru ini dalam video Apa Kata Hijabista di bawah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI