Terkejut dengan surprise party yang dirancang oleh keluarga mertuanya, Hanis terharu dihidang dengan 3 buah kek. Hanis Zalikha panjatkan rasa syukur pada majlis yang sederhana tapi cukup bermakna kerana tahun ini sambut bersama dua cahaya mata.
Hadiah Peminat Sempena Ulangtahun
Surprise berganda Hanis Zalikha untuk peminat sempena ulangtahunnya, Cakenis baru-baru ini melancarkan koleksi edisi terhad terbaru, The Kek Origami sempena perayaan Ulang tahun Hanis. Seperti biasa, setiap satu daripada koleksi edisi terhad hijab cakenis direka bentuk dengan teliti oleh Hanis sendiri dan disempurnakan oleh team cakenis.
Ads
Inspirasi di sebalik signifikasi koleksi ini berasal dari seni lipatan kertas Jepun, mengenai seni origami. Tudung-tudung ini boleh didapati dalam enam warna dan nama iaitu nafas, Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, dan Kertas Mache & Unicorn. Cakenis juga membawa reka bentuk yang unik di mana unsur-unsur daripada origami diperbadankan. Untuk menjadikannya lebih menarik, kesan monogram Cakenis boleh dilihat pada setiap elemen utama di sekitar selendang.
Setiap kotak Origami Cake dilengkapi dengan helaian kertas origami sebagai eksklusif hadiah percuma. Cakenis juga telah memberikan buku nota edisi terhad kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minimum daripada dua koleksi origami dan sebarang item di laman web utama Cakenis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda. Sebenarnya dalam Islam sendiri anda menganjurkan kita untuk melakukan amalan-amalan dalam memelihara kecantikan wajah.
Tidak salah untuk menggabungkan regim kecantikan bersama dengan amalan-amalan seperti yang dianjurkan dalam Islam malah usaha untuk menjaga kecantikan menjadi lebih sempurna.
Gabungan penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam agama Islam menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi sempurna.
Petua 1 : Sebelum mandi dan memberus gigi, amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 3 : Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 4 : Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Petua 5 : Hafal ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Baru-baru ini lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuam dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Tidak ramai wanita yang gemar menyarung busana warna hitam, lebih-lebih lagi untuk digayakan sebagai pakaian harian. Malah busana warna hitam ini hanya dipakai terutama jika ada majlis tertentu sahaja seperti kematian ataupun mengikut tema.
Namun jika mereka yang bijak bergaya dan cintakan stail ‘classy’, tentunya rona hitam menjadi pilihan dari ‘top to toe’. Misalnya selebriti Najwa Mahiaddin atau Ella yang dilihat cukup gemar menggayakan busana rona hitam. Mungkin lebih konfiden kerana hitam sebenarnya boleh di mix & match dengan padanan lain.
A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on
Ella antara artis yang gemar menggayakan busana warna hitam setiap kali membuat persembahan pentas.
Warna hitam ini adalah warna yang elegan dan selamat terutama jika si pemakai adalah seorang yang berisi. Dikatakan dapat menutup kelemahan di bahagian tertentu anggota badan dan menampakkan sisi kurus anda.
Ada aturan tertentu yang boleh disuai padan ketika anda menyarung busana hitam. Terutama pemilihan hijab, aksesori dan juga solekan. Ini adalah bagi menyerlahkan lagi penampilan anda walaupun menyarung warna yang gelap yang seakan tidak berona ini.
Apa kata untuk menyerlahkan penampilan, anda tampil dengan aksesori sederhana tetapi kelihatan elegan. Tanpa aksesori lain cukuplah sekadar menggayakan ‘clutch’ besar rona keemasan. Ataupun jika berkaca mata, kasut ataupun gelang tangan pilih warna terang agar kelihatan ‘balance’.
Untuk pilihan fabrik, jangan sesekali menyarung yang kain tekstur keras kerana akan menampakkan anda berisi. Jika boleh pilih cotton lembut sama ada untuk seluar atau blaus. Boleh juga memilih satin atau Thai Silk lembut yang cutup cantik direka seperti ‘dress’ atau kurung moden.
Untuk solekan pula, jika untuk acara malam, apa kata anda serlahkan sedikit solekan bahagian mata. Riaskan dengan warna terang yang boleh memberi imej anggun pada diri anda. Untuk lebih menyerlah sapukan bibir rona merah terang yang bisa memukau pandangan.
Bagi pilihan hijab pula, disarankan memilih rona pastel yang bersesuaian. Atau boleh juga gayakan padanan rona gold atau merah untuk lebih menyerlah. Jika memilih rona terang begini, suai padankan pula dengan aksesori yang berwarna untuk menimbulkan mood ceria.
Admin suka melihat gaya selebriti yang melaram dengan warna hitam apabila menghadiri majlis tertentu seperti Festival Filem Malaysia ke 29 baru-baru ini. Rata-rata tampil cukup menawan dengan padanan rona hitam dan juga putih.
Tampil menyerlah dengan rekaan Rizman Ruzaini padanan jaket dan seluar corak monokrom.
A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
Satu lagi rekaan duo Rizman Ruzaini yang memang nampak cukup elegan digayakan wanita Melayu terakhir, Vee. Rekaan potongan ala jaket di bahagian atas dan kembang pada kain tampak cukup berbeza.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Walaupun telah berhijrah, namun Natasha Hudson turut hadir ke FFM 29. Datang bersama adiknya Tania Hudson dan pastinya penampilan beliau yang lengkap berniqab mencuri tumpuan.
Pasangan suami isteri ini sedondon menggayakan busana rona hotam. Linda cukup menyerlah dalam dress potongan ‘ruffle’ di bahagian dada dengan sedikit tampalan di bahagian lengan.
Pasangan ibu dan anak ini memang bijak sekali bergaya. Jika Julia menggayakan dress rona hitam dengan padanan jaket kulit yang menyerlahkan sisi gadisnya, Ziela pula sekadar menyarung hijab warna hitam yang cukup manis sekali.
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.