Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada rasa kekurangan dengan diri sendiri.
Begitulah juga yang dirasai oleh penyanyi terkemuka, Yuna apabila dia membuka cerita bahawa dahulu dia pernah berasa tidak yakin dengan keadaan hidungnya yang pernah dikatakan besar oleh seorang rakan di sekolahnya.
Sewaktu saya kecil, saya sering memicit hidung kerana memikirkan ia akan menjadi kecil selepas seorang budak perempuan di sekolah mengatakan bahawa hidung saya terlalu besar untuk wajah saya. Saya bertanya kepada ibu, ‘kenapa saya tiada hidung yang kecil seperti ibu?’
Ads
Dia meyakinkan bahawa hidung saya adalah kombinasi yang terbaik di antara dia dan juga bapa dan ibu tidak mahukan saya berubah rupa. Selepas itu saya pun menerima jawapannya dengan hati terbuka dan tidak pernah melakukan apa-apa pada wajah. This👃🏽went places y’all.
Ads
Rata-rata pengikutnya mengakui kecantikan wajahnya itu selain berkongsi cerita yang mereka juga pernah diejek dahulu kerana hidung mereka. Amboi, jahat eh mulut!
Siapalah kita untuk menghina ciptaan Tuhan bukan? Jika kita bertemu dengan orang yang negatif begini, abaikan sahaja mereka kerana terlalu banyak nikmat dalam hidup untuk kita syukuri.
Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Desy Ratnasari merupakan salah seorang artis yang amat mementingkan akademik.
Baru-baru ini, selebriti yang terkenal pada era 90-an ini berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ilmu Psikologi daripada Universitas Atma Jaya, Jakarta sekaligus membawa gelaran Doktor Falsafah sebagai Dr Desy Ratnasari.
Popular dengan lagu berjudul Tenda Biru, Desy yang kini berusia 50 tahun ini juga aktif dalam dunia politik.
Biarpun berjaya dalam dunia hiburan dan politik, Teh Desy Ratnasari tetap menjadikan pendidikan sebagai keutamaannya sehingga berjaya memperoleh Jjazah Kedoktoran.
Desy berkongsi momen membanggakan itu di Instagram peribadinya yang menyaksikan dia sedang melakukan sesi pembentangan terbuka di hadapan ahli akademik penilai dan tetamu.
Pada penghujung sesi pembentangan, Desy diberikan sijil yang menandakan penerimaan gelaran sebagai Doktor Falsafah.
“Alhamdulilah, selesai sudah sidang terbukanya. Tadi sudah diberi gelar sebagai seorang doktor psikologi. MasyaAlla Allah permudahkan, Alhamdulillah,” ujarnya usai pembentangan.
Semoga Desy terus sukses dan mencetuskan inspirasi buat seluruh wanita.
Untuk info, Desy merupakan ibu tunggal kepada seorang anak iaitu Nasywa Nathania Hamzah yang juga bijak dan cantik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang masih terkejut dan dengan kehilangan chef selebriti, Chef Adamdidam yang meninggal dunia Ahad lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Dan paling terkesan pastilah anggota keluarganya. Apatah lagi umum mengetahui Chef Adam juga dikatakan sangat rapat dengan anak-anak buahnya, trio The Family UK iaitu Umar Mokhtar, Fatimah, dan Ali.
Ramai beranggapan Fatimah dan adik beradiknya pastinya sukar untuk menerima kehilangan bapa saudara yang mereka panggil Mamajee ini.
Apatah lagi hubungan mereka yang sangat rapat, terutamanya Fatimah. Memang benar itu yang dirasi oleh keluarga ini atas kehilangan bapa saudara yang mereka kasihi.
Dalam posting terbarunya, The Family UK telah muat turut memberitahu betapa mereka amat menyayangi insan yang cukup istimewa ini, Muhammad Adam bin Mahamed Ismail, 29 tahun.
Menyuarakan rasa terima kasih pada Allah atas pinjaman yang terlalu istimewa ini. Keluarga ini akui mereka tidak kuat dan terlalu rindu Adam, tetapi mereka reda mengembalikan Adam pada pencipta-Nya kerana tahu Allah lebih menyayangi insan istimewa ini.
Pun menitipkan ucapan berterima kasih kepada-Nya kerana menjemput Adam pulang di bulan penuh mulia dan barakoh ini. Hari yang cukup istimewa buat Adam- Ahad yang terakhir.
Kebetulan hari Ahad sememangnya hari penuh bermakna buat Chef Adam. Ini kerana sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Keluarga yang tinggal di UK ini juga turut berterima kasih kepada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan Adam. Moga segala doa yang diberikan akan diberi ganjaran pahala dan kebaikan lebih besar dan hebat.
Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir… #SundayWithAdam@adamdidam 14 Ramadhan 1440
p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…
Surat cinta dari keluarga The Family UK ini ternyata begitu menyentuh hati. Biarpun ringkas, tetapi punya makna cukup mendalam. Ternyata kasih sayang pada insan istimewa ini tidak berbelah bagi.
Malah netizen juga seperti masih tidak dapat menerima berita kehilangan chef selebriti kesayangan ramai ini. Turut meluahkan kesedihan dan rasa simpati mereka dalam ruangan komen.
tabrizihussin Honestly, I’m still trying to process the news, even till now… The friendship & kindness that he showed me all the way back when Instagram only allow 15 seconds video will be remembered for a long long time… His humbleness & kindness knows no boundary… He will be sorely missed…
mdmwan7147 I waiting for your post…nway…sy pun terkejut..walaupun kita tidak pernah bersua,oleh krn selalu mengikuti perkembangan kamu sekeluarga membuatkn seolah2 kita berkeluarga…pemergiaan arwah turut membuat sy sedih…seolah2 arwah juga keluarga saya…semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg Allah kasihi…selamat sda dia di sana…semoga kita juga dapat dimatikan dlm husnul khotimah…sungguh sedikit mencemburui arwah…krn meninggalnya dlm bln baik dan bgitu ramai yg menyayanginya…smoga kematian saya juga begitu…
ilisulaiman Innalillahiwainnailaihirojiun. I am so blessed to have worked with Adam and got to know him and all of you through his stories. My prayers and thoughts are with you and your family during this difficult time.
zaleha.olpin Salam takziah buat sekeluarga!! Tiada kata yang dapat menyembuhkan kesedihan kalian, cuma titipan Al Fatihah buat arwah. Semoga, Adam damai disana. Al Fatihah dari kami sekeluarga di Bristol
azizi.ab_aziz we miss him too. be strong there.. hugs to fatimah n ali. Tell them, ,they have many unknown uncles who are praying with them, for their Mamajie
Hijabista ucapkan takziah atas kehilangan yang cukup istimewa ini pada seluruh ahli keluarga dan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
Seminggu yang lalu, penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur. Memilih tarikh 1 Rejab untuk melahirkan anaknya itu, Siti dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel. Alhamdulilllah, kedua-duanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
Beberapa hari selepas kelahiran puteri kesayangan mereka, wajah anak itu telah tersebar secara meluas meskipun Siti dan suaminya berjanji untuk berkongsi wajah anak mereka pada hari yang ke-7. Dato’ Sri Khalid sendiri melahirkan rasa terkilan di atas penyebaran gambar tersebut tetapi memaafkan individu yang menyebarkan gambar itu.
Semalam, satu majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik telah diadakan sempena menyambut hari ke-7 kelahiran puteri comel ini. Demi menunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Siti dan suaminya telah berkongsi wajah anaknya menerusi laman Instagram. Subhanallah, memang comel ‘bayi comel pipi merah’ ini! Hijabista sendiri cukup teruja melihat kecomelan puteri sulung Siti ini.
Semasa majlis berlangsung, Siti kelihatan manis dengan persalinan busana rona hijau lembut rekaan Ezuwan Ismail dipadankan bersama selendang rona pastel. Jika selebriti lain mahu kelihatan glamor di majlis aqiqah anak mereka, Siti memilih untuk tampil sederhana dengan sarungan jubah berpotongan ringkas dengan mainan lace pada bahagian tangan. Menerusi gambar yang dimuat naik menerusi lnstagram, puterinya juga turut memakai gaun labuh dari rona yang sedondon.
Turut menarik perhatian Hijabista adalah dekorasi majlis aqiqah dan tahnik yang cukup meriah dan indah ibarat berada di dalam taman bunga. Bertemakan mainan rona pastel dan putih, dekorasi majlis ini telah disempurnakan oleh Nas Great Idea Weddings. Hijabista percaya Siti turut berpuas hati melihat hasilnya yang cukup memukau. Meskipun masih di dalam pantang, Siti tetap tersenyum manis meraikan tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Terpancar kebahagiaan dan kegembiraan di wajahnya.
Pada malam itu, Siti dan suami turut mengumumkan nama puteri sulung mereka kepada umum. Bayi comel pipi merah itu diberi nama Siti Aafiyah binti Khalid di mana perkataan ‘Aafiyah’ di dalam bahasa Arab bermaksud ‘segala yang baik-baik.’ Pengumuman nama puteri sulung mereka itu dilakukan sendiri oleh Siti dan suaminya. Menerusi laman Instagramnya sendiri, Siti telah berkongsi video doa yang telah mencetuskan ilham mereka untuk menamakan puteri mereka. Menurut Siti, nama tersebut diperolehi ketika mereka suami isteri mengerjakan umrah di Makkah. Suaminya sering membaca doa pendek yang mempunyai perkataan Aafiyah.
Meskipun terdapat sedikit komplikasi selepas proses kelahiran di mana beliau kehilangan banyak darah dan hanya boleh berjalan pada hari ketiga, Siti seakan tidak percaya yang dia kini sudah memiliki seorang bayi yang cukup sempurna. Hilang segala sakit apabila melihat wajah anaknya itu.
Hijabista ucapkan tahniah kepada Siti dan suami di atas kelahiran puteri comel itu. Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan bonda.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.