Di ruangan komen, ramai pengikut laman sosialnya termasuklah rakan artis seperti Mira Filzah, Nora Danish dan Fazura memberikan ucapan tahniah di atas kelahiran ini.
Untuk rekod, Vivy yang juga pengasas The dUCk Group telah mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya iaitu Fadza Anuar pada tahun 2012 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebut sahaja nama Lesti Kejora, pasti ramai terkenangkan konflik rumahtangga yang pernah dialami penyanyi dangdut tanah seberang itu bersama suaminya Rizki Billar.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan becana gempa bumi dahsyat yang melanda Cianjur sehingga mengorbankan 268 nyawa dengan 151 mangsa masih hilang.
Berikutan itu, Lesti yang berasal dari Jawa Barat turut bimbang akan keselamatan dan keluarga di daerah Cianjur
Tidak hanya berdiam diri saat menerima kabar duka tentanf musibah itu, Lesti yang berasa cemas telah menitipkan doa buat keluarganya yang masih menetap di sana.
Isteri kepada Rizky Billar itu turut mendoakan agar semua warga Cianjur yang terkesan dengan gempa bumi itu dilindungi oleh Allah SWT dan segera mendapat bantuan agar dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
“Innalillahi wa inailaihi rajiun. Semoga saudara-saudara kita di Cianjur diberikan kekuatan ketabahan. Mohon pertolonganmu ya Allah,” tulis Lesti sambil disertakan emoji menadah tangan dan emoji menitiskan air mata.
“Ya Allah lindungi keluarga-keluarga di Cianjur,” tulisnya pada hantaran Insta Story berikutnya.
Sekadar info, sebelum terkenal dan menikah, Lesti dan keluarganya tinggal di rumah yang terletak di daerah Cianjur, Jawa Barat yang baru saja ditimpa musibah gempa bumi pada Isnin lalu (21.11.2022).
Bencana itu telah meranapkan jalan-jalan utama yang menghubungkan daerah Bogor-Cianjur yang terletak di Desa Palalangon, Kecamatan Cugenang, Kabupaten Cianjur.
Selain itu gempa berukuran 5.5 skala ritcher itu juga memberi kesan yang besar kepada infrastuktur di daerah berkeenaan seperti kilang, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan jalan-jalan raya.
Sedang asyik buat kerja yang banyak di pejabat, tiba-tiba, gigi geraham sakit dan berdenyut-denyut! Ya Allah! Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit dan peritnya keadaan itu.
Tetapi bila periksa di cermin, tiada lubang atau tanda-tanda secara fizikal pun yang menunjukkan gigi geraham itu tidak sihat. Jadi apa punca yang boleh berlaku dan ia sakit sangat?
Sakit gigi adalah salah satu sakit atau bahasa kasarnya ‘azab’ yang ramai tidak mahu ia berlaku. Tambahan pula, kita perlu lakukan aktiviti harian tetapi fokus terganggu dek kerana sakit dan perit yang melampau.
Sudah tentu, bila gigi sakit kita akan periksa secara fizikal di cermin–tetapi tiada apa yang berlubang atau penampakkan perubahan secara fizikal. Jadi kenapa ia boleh beri rasa sakit yang melampau sangat?
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah gigi geraham sakit meski pun tiada lubang atau perubahan fizikal pada gigi. Di Hellodoktor, ada penerangan lanjut mengenai keadaan ini.
Basuh gigi 3 kali sehari, floss gigi, kumur-kumur selepas makan, apa sahaja yang anda lakukan tetapi gigi masih lagi sakit. Meski pun penjagaan rutin gigi anda bagus dan teliti, banyak perkara yang boleh pengaruhi permasalahan ini.
Musuh utama dalam masalah gigi adalah kaviti, kaviti akan ada jika penjagaan mulut tidak bagus dan cermat. Tetapi, ada jua masalah lain seperti sinus, jangkitan gusi atau gigi yang retak boleh menyebabkan kesakitan yang sama!
Jadi ada banyak perkara yang boleh terjadi yang membuatkan gigi terasa sakit yang perit. Anda harus tahu faktor-faktor lain yang membuatkan masalah ini ganggu kehidupan seharian anda, antaranya:
Nanah boleh terkumpul di dalam gigi, gusi atau juga tulang yang memegang gigi di tempatnya, kondisi ini di panggil sebagai abses gigi. Apa punca utamanya? Jangkitan bakteria.
Sudah menjadi perkara biasa bila kita makan dan lupa untuk membersihkan sisa makanan yang tersangkut di celahan gigi. Oleh dengan itu, lama-kelamaan, ia akan jadi mereput dan menyebabkan jangkitan. Jadi rawatan segera perlu di buat supaya anda cepat sembuh!
Jika gigi retak atau lebih teruk pecah, ia boleh menjadi punca kesakitan kepada gigi. Gigi bukanlah alat untuk anda buka pek keropok atau buka apa-apa yang memerlukan kekuatan, gigi yang retak hanya membuatkan anda lebih sakit dan mencacatkan lagi keadaan. Jika anda alami masalah ini, rawatan seperti implan atau bentuk korona (dental crown) perlu di lakukan untuk baiki gigi.
Gigi geraham yang sakit juga boleh di sebabkan oleh penumbuhan baru gigi bongsu. Meski pun tiada lubang, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan betul boleh menyebabkan lagi kesakitan yang berganda!
Oleh itu, ramai yang telah menjalani pembedahan bagi membuang gigi bongsu. Tetapi ada juga kes di mana pembedahan tidak di perlukan. Nasib anda juga jika gigi bongsu tumbuh dalam keadaan yang normal.
Dalam tidak sedar, ramai yang menjadi habit mengetap gigi terutama sekali ketika malam. Mereka yang kerap lakukan ini akan mengalami simptom lain seperti sakit kepala, lenguh pada kawasan rahang dan juga sakit mulut.
Jika anda mengetap gigi dengan terlalu kuat, kemungkinan besar gigi anda akan menjadi haus dan patah. Mereka yang sering mengetap gigi ini akan rasa sakit pada seluruh kawasan rahang dan bukan pada satu batang gigi sahaja. Terus dapatkan rawatan doktor jika anda alami masalah ini.
Gigi yang sudah bertampal boleh juga tercabut dan menjadi punca mengapa gigi geraham menjadi sakit. Jika anda makan makanan yang terlalu keras, tampalan itu boleh pecah dan menyebabkan kesakitan buat gigi anda. Bukan sahaja itu, ia akan berikan sensasi ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.
Sebolehnya anda dapatkan terus rawatan bersama doktor gigi kerana ia lebih selamat dan memudahkan lagi urusan untuk menyembuh. Jangan ikuti beberapa tip yang boleh memudaratkan lagi gigi anda, mungkin lega buat seketika waktu, tetapi bakal bagi kesan yang berpanjangan.
Nama Siti Adira Suhaimi atau Adira merupakan figura yang tidak asing dalam imdustri hiburan tanah air dan tidak perlu diperkenalkan lagi kerana bakatnya sudah diakui semenjak dinobatkan sebagai Naib Juara menerusi satu program nyanyian yang popular dahulu.
Malah, setiap lantunan suara yang dilagukan oleh ibu kepada empat cahaya mata berasal dari negeri di bawah bayu ini, sering menjadi pilihan OST yang menghiasi drama-drama tempatan hingga adira mendapat jokan ratu Ost Malaysia.
Terbaharu, Adira yang dilihat aktif memuatnaik kandungan (content) berunsur komedi menerusi laman sosial miliknya seperti Instagram, Twitter dan TikTok sering menjadi sorotan peminatnya dan warganet dek kerana kelucuan yang dipaparkan bersama anak-anaknya.
Namun, satu muatnaik video baru-baru ini memaparkan Adira yang sedang menghabiskan masa terluang dengan bermain filter ‘Which Job Suits You According To Your Face’.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pekerjaan yang keluar dari filter iti menyatakan bahawa wajah Adira amat sesuai untuk menjadi seorang ahli politik.
Tanpa berlengah lagi, Adira terus ‘into character’sebagai Ahli politik di dalam video tersebut.
Malah, menurut Adira perkara pertama yang akan dilakukan sebagai ahli politik ataupun Yanh Berhormat (YB) adalah membetulkan jalan di Kundasang Sabah, bagi memudahkan dia dan keluarganya untuk pulang ke kampung.
Video berkenaan menjadi tular di laman tiktok, sekaligus meraih perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudahpun mencecah ribu tontonan dengan tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat respon yang ditinggalkan netizen terhadap hantaran Adira itu.
Rata-rata wargamaya membanjiri ruangan komen dengan menyatakan rasa terhibur melihat gelagat Adira dan ada yang berseloroh memintanya membaiki jalanraya di Sabah.
“Pigi simen dulu tu jalan sana Kundasang YB Adira” tulis mereka.
“Hati2 kak.. ada bung mokhtar nanti dalam parlimen.. berlawan kamurang siapa paling lawak dalam tu” kata mereka
“Dia lupa sudah ni dia penyanyi” tambah mereka
“Datin Adira, macam mana dengan perkembangan jalan raya di Sabah?” tanya mereka
Bagaimanapun, itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata diantata Adira yang rajin berinteraksi dan melayan kerenah peminatnya di TikTok yang terhibur dengan kelucuan yang dipaparkan Adira.
Tapi apa salahnya jika Adira berangan menjadi ahli politik. Siapa tahu angan-angan ini kelak menjadi kenyataan seperti Datuk Dira Abu Zahar.