Bersempena ulang tahun kelahiran ibu tercinta pelakon dan penyanyi jelita Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura memuat naik foto berdua bersama ibunya, Fadhillah Nasir di Instagram. Sama-sama cantik, ibunya pula kekal anggun pada usia 64 tahun. Fazura meluahkan rasa syukur sambil menitipkan ucapan paling bermakna buat ratu hatinya itu.
“Today we celebrate you my precious mother, my bestest friend, my biggest supporter, my voice of reason, the one that I run to during my happy and trying times.
“Happiest birthday Mama. If I had a choice to pick a mother and grandmother to my child – I would choose you over and over again.”
Dalam hantaran yang sama, Fazura berkongsi foto-foto ‘throwback’ dengan ibunya termasuk bersama Fatima semasa kecil. Memang terserlah keakraban mereka.
Fazura bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang terbaik buat dirinya dan pada masa sama menjadi nenek yang sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada Fatima.
“You are the best thing that has ever happened to me.. and my daughter Fatima is very blessed to be taught with all the wonderful values you have taught me.”
Fazura sentiasa kagum dengan semangat dan ketabahan ratu hatinya itu sebagai seorang ibu tunggal.
Ads
“We love you beyond words, Queen of our hearts. May Allah SWT keep you safe always, bestow upon you HIS endless blessings, guidance, baraqah, everlasting health and endless LOVE today, tomorrow and all your days to come.. Aminnn Allahuma Amin…”
Untuk info, Fazura adalah anak ketiga daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Arwah bapanya, Sharifuddin Adnan meninggal dunia ketika Fazura berusia 17 tahun.
Hasil perkahwinan Fazura bersama aktor kacak Fattah Amin selama tujuh tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apa? Pengguna Twitter kini kena bayar? Ramai yang keliru dengan perubahan yang dibuat oleh Elon Musk apabila dia memaklumkan pengguna laman sosial media itu perlu membuat bayaran tertentu.
Sebenarnya ramai tidak tahu caj yang dikenakan itu adalah bagi pengguna yang memiliki verification badge, di mana ia berfungsi untuk memastikan akaun pemilik itu adalah asli. Jadi ramai yang gusar tentang hal ini dan mungkin terlalu cepat membuat andaian.
Tular baru-baru ini, pemilik kepada laman sosial media Twitter, Elon Musk, memaklumkan perancangan pelan yang bakal mengenakan bayaran sejumlah $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada pengguna.
Pelan terbaharu itu difahamkan bakal lancar tidak lama lagi dan pengguna perlu membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Elon Musk telah maklumkan pelan itu telah termasuk pada perjanjian pembelian Twitter.
Kenapa perlu bayar? Telah dijelaskan bahawan bagi pengguna yang memiliki lencana pengesahan itu perlu lakukan sedemikian supaya mereka tidak kehilangannya kelak. Twitter Blue pula telah dilancarkan pada tahun lepas yang mengenakan bayaran bulanan sejumlah $4.99 (23.62) sebagai pengguna premium.
Apa yang istimewa adalah pengguna dapat mengakses ciri terbaharu seperti ikon aplikasi yang boleh diubah, kelebihan mengubah atau menanda tweet (tweet bookmark) dan ‘mod pembaca’ untuk melihat dengan lebih mudah urutan siaran (thread).
Aplikasi media sosial ini bakal menjadi yang pertama di Amerika Syarikat dalam melakukan perubahan seperti ini kerana kebanyakan platform media sosial menawarkan secara percuma. Dan ketika ini hanya Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand yang akan bersedia untuk alami perubahan ini.
Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial tentang video Faiz Roslan yang mengaku dirinya tidak berpuasa dan juga tidak menunaikan solat 5 waktu. Allahuakbar, begitu berani anak muda masa kini membuat pengakuan sebegitu secara terang-terangan.
Kronologi bermula apabila Faiz Roslan memuat naik video parodi bersama dua orang rakannya yang dengan aksi yang tidak senonoh. Video itu meraih perhatian ustaz-ustaz, netizen dan juga para selebriti tempatan. Rata-rata menyatakan bahawa Faiz dan rakan-rakannya itu seakan tidak menghormati bulan Ramadan yang baru sahaja bermula.
Terkini, viral pula video ‘live’nya di mana dia mengaku tidak berpuasa. Malah, salah seorang rakannya juga sedang enak menikmati kentang goreng yang dibeli di salah satu restoran makanan segera.
Berikutan hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menegur perbuatan Faiz dan rakan-rakannya itu. Ekoran video tersebut, akaun Instagram milik Faiz juga dikatakan telah ‘dipadamkan’ oleh pihak Instagram sendiri.
Teguran Mufti Wilayah Persekutuan ini begitu sopan dan berhemah hingga meresap ke dalam jiwa. Malah, Dr. Zulkifli juga turut menjemput Faiz Roslan dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, Mufti juga mengharap dan menunggu balasan daripada Faiz Roslan sendiri.
Sebagai seorang dewasa, anda di luar sana tentu tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sempena bulan Ramadan ini, usahlah kita bertengkar sesama sendiri. Lebih baik kita tumpukan pada amalan-amalan kebaikan yang boleh menjana pahala. Ini isi kandungan teguran Mufti Wilayah Persekutuan terhadap Faiz Roslan. Semoga yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Nampak tak bulan Ramadhan akan bertukar kepada bulan Syawal yang ditandakan dengan Aidilfitri! Selepas sebulan penuh berpuasa untuk menahan lapar, dahaga dan syahwat, semua umat Islam akan kembali suci dan akan meraikan kemenangan mereka pada hari Fitri selepas itu.
Sudahkah anda menyediakan tradisi hari raya yang biasanya dilakukan di rumah bersama keluarga?
Bukan sahaja di Malaysia, beberapa negara dengan penduduk Islam terbesar turut mengadakan tradisi Aidilfitri bagi menyambut hari raya Islam ini. Negara lain, budaya lain, cerita lain dan warna lain. Apakah tradisi Aidilfitri di negara lain di seluruh dunia?
Sebagai salah satu negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia, Indonesia berkongsi budaya atau tradisi biasa yang dilakukan untuk menyambut hari raya. Menjelang Hari Raya Aidilfitri, penduduk setempat khususnya kanak-kanak mengadakan perbarisan Takbir dengan lampu suluh. Sebahagian daripada mereka melakukannya dalam kostum tertentu atau menggunakan kenderaan unik untuk membuat perarakan kelihatan lebih menarik. Juga, jangan lupa bahawa sesetengah orang akan membakar bunga api untuk menghidupkan suasana kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.
Pada hari raya Aidilfitri, semua orang akan menunaikan solat hari raya, diikuti dengan pertemuan dengan jiran tetangga untuk meminta maaf antara satu sama lain. Sebahagian daripada mereka akan pulang untuk bersatu semula dan menyertai keluarga besar mereka di rumah, manakala yang lain hanya berpesta di rumah yang mereka diami sekarang. Apabila anda kembali ke kawasan tertentu, masih ada tradisi khas tempat itu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri!
2.United Arab Emirate
Menurut oleh Institut Eton, negara-negara Arab mempunyai tradisi Aidilfitri yang tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Pada hari pertama hari raya, semua umat Islam biasanya meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara. Solat Raya biasanya diikuti dengan jamuan makan tengah hari di rumah datuk dan nenek di kampung halaman mereka, tempat semua ahli keluarga besar berkumpul.
Terdapat makanan istimewa yang dihidangkan oleh warga Arab semasa Aidilfitri iaitu haree (bubur gandum dan daging) dan balaleet (mee manis dengan telur dadar atau telur goreng).Kedua-dua makanan ini sepatutnya berada di atas meja makan untuk sarapan pagi.
3.India/Pakistan
Sebagai sebahagian daripada persiapan Aidilfitri, wanita India akan melukis corak hiasan mehndi (inai) pada tangan mereka sehari sebelum Hari Kemenangan. Bagi wanita India, mehnidi, gaun bola, barang kemas dan gelang berwarna-warni adalah acara kemuncak perayaan Aidilfitri di negara mereka. Pada hari ini, rumah itu dihiasi dengan kelengkapan parti dan hidangan istimewa seperti Biryani Lamb yang pedas dan lazat serta Pencuci Mulut Kurma Tulen (puding bihun yang dibuat dengan susu, kismis dan kacang kenari yang dicincang).
4.Turki
Di Turki, Aidilfitri juga dikenali sebagai Ramazan Bayrami, yang bermaksud perayaan Ramadan dalam bahasa Indonesia, atau Seker Bayrami, yang suka manisan. Penduduk Turki akan memakai pakaian baru yang berkaitan dengan istilah Bayramlik dan mengucapkan “Bayramınız Mübarek Olsun” yang bermaksud ‘Semoga Aidilfitri Fmu diberkahi.
Selain itu, orang Turki umumnya merayakan Hari Kemenangan dengan melawat dan meluangkan masa bersama keluarga mereka. Mereka akan datang ke rumah ibu bapa mereka untuk memohon maaf dan memohon restu mereka. Bagi masakan pula, baklava adalah hidangan yang paling diidamkan ketika Hari Raya Aidilfitri.
5.USA atau Amerika Syarikat
Pernah terbayang merayakan Hari Raya di negara dengan populasi Muslim yang minoritas? Tentunya tidak semeriah seperti merayakannya di negeri sendiri. Namun, bukan berarti menghilangkan suasana Hari Kemenangan itu. Di USA, tradisi Aidilfitri yang berlangsung cukup sederhana. Umat Muslim yang merayakannya akan berkumpul di masjid atau sebuah tempat besar untuk melaksanakan solat Hari Raya, kemudian berkumpul dengan keluarga untuk menikmati momen kebersamaan, atau berkumpul bersama komuniti Muslim yang berada dekatmu.
Inilah tradisi Aidilfitri yang dilakukan di negara lain. Bagaimana dengan kawasan anda? Apakah tradisi Aidilfitri biasa di kawasan anda yang patut dilakukan untuk menyambut Hari Kemenangan bagi umat Islam?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.