Dahulu sebelum adanya aplikasi-aplikasi yang berkongsikan tips kecantikkan seperti Lemon8, Skin Smart, Troveskin dan 30 Days Makeover kebanyakkan petua-petua yang diamalkan oleh para wanita untuk mengekalkan kecantikan diperoleh daripada nenek moyang masing-masing.
Tetapi adakah petua-petua nenek moyang di zaman millennia 2023 ini masih kekal relevan di kalangan pengamal kecantikan? Mungkin ada yang sudah tidak relevan tapi Hijabista terdetik mahu berkongsi beberapa petua nenek moyang yang masih mendapat tempat di hati pengamal kecantikan tradisional hingga ke hari ini!
Air Basuhan Beras
Petua yang pertama ini amat mudah untuk diamalkan kerana ia diibaratkan seperti ‘sambil menyelam minum air’ sambal-sambil masak nasi untuk mengenyangkan perut, dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecantikan kulit wajah juga.
Lebih menarik lagi, petua ini disahkan sendiri oleh pakar kulit dan kecantikan, bahawa air cucian beras sememangnya berkesan mengatasi masalah jerawat dan parut pada wajah anda. Ini kerana, air basuhan beras mempunyai kelebiham untuk menyembuhkan kulit secara menyeluruh dan lebih mudah menyerap kedalam pori kulit.
Cara nak amalkanya pun amat mudah! Sis hanya perlu membasuh muka dengan menggunakan air beras dan jangan lap muka! Biarkan sahaja air beras itu meresap dan kering pada wajah dan kulit kepala selama sekurang-kuranya 20 minit.
Mandi Air Sejuk
Ads
Hijabista amat memahami rasa malas nak mandi dengan air sejuk terutamanya di pagi hari, suasana dan tentu sejuk, maka ramai diantara hijabi hari ini memilih untuk swith on heater dan mandi air panaslah jawabnya.
Tapi tahukah anda? Kekerapan mandi menggunakan air panas akan membuatkan kulit anda ternyahidrat dan kering! Sebaliknya, air sejuk dapat membantu menyegarkan badan dan bakal membuatkan rambut sis bermaya dan bersinar.
Ulam-Ulaman
Ulam adalah petua yang masih kekal relevan sehingga hari ini sebagai petua meremajakan kulit dan kekal ‘awe muda’, disebabkan ini ramai wanita menjadikan ulam sebagai menu WAJIB terutamanya ketika makan tengahari.
Ads
Ulam seperti timun, daun selom, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, kunyit, petai dan kerdas merupakan antara menu yang sering menjadi kegilaan dan pilihan ramai. Ulam-ulaman ini menawarkan banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan dalaman badan mahupun kecantikan luaran.
Lebih mengujakan apabila ulam juga merupakan ejen pembekal serat yang penting untuk sistem penghadaman dan pencernaan manusia yang memudahkan system perkumuhan dalaman. Agar lebih lawas!
Rambut Basah
Nenek moyang kita dahulu tidak menyarankan agar para wanita menggunakan tuala bagi tujuan mengeringkan rambut. Perkara ini mendapat tentangan kerana ia boleh menyebabkan rambut putus dan kusut.
Untuk menjaga ketahanan rambut adalah lebih baik sekiranya hijabi, biarkan rambut sis kering dengan sendirinya. Malah, amalan menyikat rambut ketika basah juga boleh membuatkan rambut mudah putus.
Tapi jangan pula sis pakai tudung masa rambut tengah basah! Kepam baunya nanti. Kalau dah terdesak sangat guna je lah pengering rambut sis, tapi jangan selalu kerana ia boleh membuatkan rambut kering dan hilang kelembapan kulit kepala.
Dalam ketika bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.
Tidak dapat dinafikan setiap kali hari raya, tidak kiralah hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha, apa bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong.
Hakikatnya ia demi menjaga aurat sesama sendiri. Hal ini kerana pabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak. Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, maka fahami dahulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita.
Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Keghairahan masyarakat kita yang mudah terpedaya dengan segala bentuk promosi dibuat terutamanya jika membabitkan produk kecantikan. Pantang mendengar atau melihat iklan produk yang boleh putih atau cerahkan wajah, pasti akan segera mencarinya di pasaran.
Namun begitu, jangan terpedaya kerana ada sesetengah produk kecantikan yang dijual ini sangat merbahaya kerana dipercayai mengandungi merkuri.
Dalam laporan Astro Awani, memberitahu tujuh produk kosmetik telah diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-serta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) setelah dikesan mengandungi merkuri.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun tersebut yang boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.
“Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.
“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.
Tambahnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Berikut senarai penuh produk-produk yang diharamkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM:
Dalam pada itu, peniaga kosmetik diarah menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut secara serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
“Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” kata kenyataan itu lagi.
Individu yang engkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari ini seluruh rakyat Malaysia memanjatkan rasa syukur apabila menerima khabar gembira tentang kejayaan misi mengumpul dana sebanyak RM9 juta untuk seorang bayi lelaki bernama Wan Muhammad Naail.
Terdahulu, tular di media sosial kisah Adik Naail yang diuji menghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1, hingga menjadi sorotan seluruh warganet dan juga rakyat Malaysia.
Sejak tarikh misi rakyat diuar-uarkan pada 13 April lalu, rakyat Malaysia tidak putus-putus memberi sumbangan untuk membantu adik Naail meskipun nilai sumbangan serendah seringgit agar adik Naail dapat dirawat dengan kadar segera sebelum keadaanya menjadi semakin parah.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pemilik Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Hantaran video berkenaan memaparkan Faiz yang menitiskan air mata ekoran tidak dapat menahan sebak menyaksikan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang bersama berganding bahu bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan dan akhirnya berjaya mengumpul RM9 juta. pada hari ini.
Dalam perkongsian video tersebut, Faiz turut mendedahkan nama-nama penyumbang yang menjadikan impian mengumpul dana bantuan adik Naail menjadi realiti.
Apa yang mengejutkan warganet adalah jumlah sumbangan yang disalurkan oleh dua anak muda yang juga usahawan berasal dari Kelantan, Hafiz Mahamad yang tidak lokek menghulurkan derma berjumlah RM100,000 diikuti Ayunie yang turut menyumbang sebanyak RM50,000.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan ucapan terima kasih dan memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga buat seluruh rakyat dan dua orang usahawan dari Kelantan yang sanggup berkongsi rezeki mereka bersama adik Naail.
Sebagai recap, sebelum ini pelakon popular, Fattah Amin pernah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang dijumpai.
Baby Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ototnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat selepas mengambil ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta.
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.