Siapa tidak kenal dengan bekas ratu cantik yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 1992 dan kemudian menceburi bidang lakonan sehingga mendapat jolokan Primadona Malaysia, Erra Fazira.

Selepas gagal dua kali dalam melayari bahtera perkahwinan, Erra sering terpalit dengan gosip kononya beliau telah menikah atau menjalinkan hubungan cinta dengan orang-orang kenamaan VVIP.

Terbaharu, sejak semalam tular di media sosial kononya aktress jelita yang juga ibu kepada Engku Aleesya itu telah bernikah dengan seorang lelaki yang dikhabarkan ‘jutawan’.

Tular Gambar Erra Bersanding Dengan Jejaka Jutawan

Menerusi gambar yang tersebar di laman sosial itu memaparkan Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat sedang bersanding bersama lelaki di atas pelamin lengkap.

Erra dilihat lengkap berbusana pengantin berona kelabu, sambil tersenyum bahagia di samping pengantin lelaki yang bertengkolok dan mengenakan busana berona sama. Bagaimanapun wajah lelaki berkenaan tidak didedahkan.

“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran Facebook berkenaan.

IKLAN

Berita Palsu! Tidak Benar Sama Sekali – Pengurus

Tidak berdiam diri membiarkan gosip panas itu bertebaran sehingga menimbulkan fitnah, pengurus kepada Erra Fazira, Firdaus tampil mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan semula keadaan lapor Kosmo.

Firdaus berkata berita yang tersebar itu merupakan berita palsu yang tidak sahih sama sekali.

Artikel berkaitan: “Dekat Mana Pula Gemuknya?”- Nak Turun 10 Kg, Netizen Tak Puas Hati Erra Fazira Gelar Dirinya Makin Besar

Jelasnya lagi, gambar yang tular itu adalah babak yang diambil ketika ‘shooting’ bagi sebuah telefilem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

IKLAN

“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.

“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” tegasnya.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

IKLAN

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: Instagram Erra Fazira & Kosmo

Artikel berkaitan: Lupa Letak Air Masa Tanak Nasi, Engku Aleesya Malu-Malu Diusik Erra Fazira

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI