Bagi anda yang sering mengamalkan diet yang seimbang, anda pasti biasa mendengar mengenai roti wholemeal. Roti wholemeal sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tau. Kenyang pun kenyang.. Khasiatnya juga banyak.

Roti wholemeal memang menjadi pilihan kebanyakan orang untuk diet. Iya lah, mestilah kita mahu makanan yang lebih sihat kan.. Untuk anda yang tidak biasa dengan roti jenis ini, roti ini berlainan ya daripada roti putih biasa yang anda selalu jumpa di kedai. Bahkan sebenarnya, roti wholemeal ini mempunyai lebih banyak khasiat dan lebih bagus daripada roti putih biasa.

Jenis Roti Wholemeal Untuk Diet Dan Kalori Roti Wholemeal - Sis Hawa | Blog  Lifestyle Penuh Infomasi

Meninjau perkongsian daripada Jiwa Sihat, makan makanan yang mengandungi bijian penuh seperti roti wholemeal ini boleh mengurangkan risiko kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung,strok,kanser, penyakit kencing manis (diabetes) dan asma.

Roti wholemeal VS roti putih, mana lagi sihat?

Roti gandum atau wholemeal adalah roti yang diperbuat daripada bijirin yang dikisar halus, iaitu bahagian yang dipanggil bran, endosperma, dan benih(germa). Bahagian ini yang membolehkan roti ini mengekalkan kebanyakan serat, lemak sihat, vitamin dan mineralnya.

Manakala roti putih pula ialah roti yang diperbuat daripada tepung yang telah diayak. Ini bermakna tepung telah melalui proses pengilangan untuk mengeluarkan bran dan
germa. Proses ini menyebabkan roti kehilangan sebahagian besar serat, lemak sihat, vitamin dan mineralnya.

Umumnya, roti wholemeal adalah pilihan yang lebih sihat berbanding roti putih. Hal ini kerana, roti wholemeal mengandungi lebih banyak nutrien berbanding roti putih. Roti wholemeal boleh dikategorikan sebagai sumber kepada karbohidrat penuh.

Khasiat roti wholemeal

Untuk anda yang baru ingin mencuba diet roti wholemeal, berikut merupakan beberapa khasiatnya

IKLAN

1.Bantu menurunkan berat badan

Kandungan bijirin yang terdapat dalam roti wholemeal ini mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Ini kerana, roti gandum mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dan serat yang memberikan anda rasa kenyang yang lama.

Untuk pengetahuan anda, roti gandum tidak menyebabkan penambahan berat badan. Kandungan yang terdapat di dalam roti ini membantu usus untuk memproses makanan dengan perlahan. Sebab itulah, kebanyakan orang yang sedang diet akan mengambil roti sebagai pengganti bagi nasi. Ada juga yang gemar menjadikan roti wholemeal sebagai sarapan sebelum melakukan seberang senaman.

2. Memberikan tenaga

Give your patients a boost with energy supplements

Apabila menyentuh tentang diet, ramai orang berfikir tentang sukan dan berlari untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Untuk menjalani aktiviti sukan seperti berlari dan berjoging, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah keperluan tenaga yang mencukupi. Jika anda makan roti wholemeal ini, serat dan vitamin dalam roti tersebut akan membantu memberikan anda tenaga tanpa menambah berat badan.

3. Kandungan fiber yang membuatkan anda kenyang

Jenis Roti Wholemeal Untuk Diet Dan Kalori Roti Wholemeal - Sis Hawa | Blog  Lifestyle Penuh Infomasi

IKLAN

Kebaikan roti bijirin penuh untuk diet ialah ia boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang. Menurut pakar kesihatan, pengambilan serat atau fiber yang mencukupi boleh meningkatkan kawalan usus dengan berkesan.

Makan makanan yang tinggi serat boleh membantu menghalang anda daripada mengambil lebih banyak makanan semasa berdiet. Roti wholemeal ini adalah makanan yang tinggi dengan serat. Kandungan serat ini boleh memanjangkan makanan yang anda makan ke dalam perut anda supaya anda berasa kenyang. Jika anda makan kenyang, anda pasti dapat mengurangkan pengambilan kalori anda. Serat juga boleh mengenyangkan anda dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Ia pasti boleh membantu anda mengawal berat badan anda.

4. Karbohidrat kompleks dan rendah kalori

No photo description available.
Sumber gambar dari facebook Azlin Novalisa

Karbohidrat yang terdapat dalam roti ini akan mempercepatkan penghadaman makanan dan menyebabkan gula turun lebih cepat. Ini kerana penghadaman lebih perlahan, jadi tenaga boleh digunakan lebih lama dan tidak menyebabkan lonjakan gula.

Pilihan roti rendah kalori yang paling sihat ialah roti yang rendah gula dan garam serta mempunyai jumlah serat yang baik bagi setiap keping. Sebagai contoh, roti wholemeal ini mengandungi kalori yang lebih rendah daripada roti putih, iaitu 127 kalori untuk 2 keping roti gandum berbanding 157 kalori untuk 2 keping roti putih.

Artikel berkaitan: Alternatif Turunkan Berat Badan, Roti Atau Prata Yang Lebih Berkesan? Jangan Keliru!

5.Kaya dengan vitamin

Adding Vitamin D to Our Bread Could Be a Health Game-Changer, Scientists  Say — Eat This Not That

IKLAN

Roti ini mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk tubuh seseorang. Ia meupakan diantara sumber vitamin yang kuat. Kandungan vitamin dalam roti wholemeal ini termasuklah vitamin B, vitamin E dan vitamin K. Vitamin ini boleh membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari. Vitamin K yang terdapat dalam roti juga boleh melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga membantu menjaga tubuh daripada dijangkiti penyakit seperti penyakit jantung, strok dan sebagainya. Vitamin ini juga boleh menguatkan tulang anda. Bahan-bahan roti yang kaya dengan vitamin pasti memberi anda kelebihan apabila anda sedang berdiet.

6. Zat besi zink

Runsing rambut gugur

Kandungan zink dalam roti pastinya dapat membantu meningkatkan imunisasi badan anda. Sememangnya zink mempunyai kebaikan untuk memastikan anda tidak mengalami masalah usus, rambut gugur, gula dalam darah rendah, masalah tiroid dan banyak lagi.

Artikel berkaitan: Jenis-jenis Roti Diet Rendah Karbo Baik Untuk Penghadaman. Paling Baik Kandungan Barli!

Secara ringkasnya, roti wholemeal adalah pilihan yang lebih sihat jika dibandingkan dengan roti putih atas faktor kandungan nutrien-nutriennya. Selain itu, roti jenis ini juga mempunyai khasiat seperti bantu kurangkan berat badan,memberikan tenaga kenyang, rendah kalori, kaya dengan vitamin dan juga zat besi.

Sumber info dan gambar: Bidadari.my, Jiwa Sihat dan Google 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=SygL7ytmW6A

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI