Toksik yang berada dalam badan adalah membebani kesihatan anda. Tubuh manusia mempunyai beberapa jalur semula jadi untuk membolehkan detoksifikasi melalui hati, peluh, air kencing, dan najis.
Oleh itu, perlu dilakukan perubahan tertentu dalam diet untuk membantu tubuh dalam proses detoks. Detoks adalah proses yang membantu organ penting dibersihkan dari dalam. Detoks adalah terapi kuno yang telah diamalkan dalam pelbagai bentuk selama seratus tahun. Ia dipercayai membersihkan sistem pencernaan dan membantu tubuh menghilangkan produk buangan dan pelbagai toksin yang diserap dari udara, tanah, air dan makanan serta bahan toksik yang dihasilkan oleh badan.
Minuman detoks cepat untuk mencegah toksik berlebihan dan masalah kesihatan utama. Sekiranya pengambilan toksik tidak dikurangkan, ia boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti kembung, gas, sakit kepala, sembelit, sakit kepala, keletihan, mual dan masalah kulit.
Pengambilan minuman detoks ringkas ini secara berkala dapat membantu menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisme, berfungsi sebagai agen pencahar yang luar biasa dan membantu pencernaan. Minuman detoks juga membantu fungsi hati yang lebih lancar, tidur yang lebih baik dan memperbaiki rambut dan kulit.
Resepi 4 Bahan hasilkan minuman detoks. Mudah sahaja!
BAHAN-BAHAN:
Ads
Lemon
Halia
Madu/gula merah
Garam Bukit
CARA MEMBUAT:
1. Cuci bersih-bersih lemon dan halia dan rendam di dalam air, masukkan sedikit garam bukit di dalam air. Rendam dalam 10-15 minit.
Ads
2. Kemudian, hiris nipis kedua-dua bahan tadi.
3. Masukkan ke dalam balang dan campurkan bersama garam bukit.
Apabila raya menjelang, selain bergaya dengan pakaian baru, makan dan bertemu sanak saudara, momen paling seronok adalah merakamkan gambar selfie. 10 cara selfie ini boleh membawa malang di musim perayaan.
Maklum sahaja semuanya serba baru dan jarang bertemu sanak saudara yang hanya setahun sekali ditemui.
Bagaikan tak lengkap raya tanpa gambar selfie untuk dijadikan kenangan setelah dimuat turun dalam aplikasi Instagram. Namun begitu dalam keghairahan berselfie atau swafoto ini jangan dilupa beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Ini adalah sebahagian ‘pantang larang’ yang kita anggap sebagai peringatan sebelum perkara lebih buruk berlaku nanti.
Selfie paling WIN di kalangan anak muda sekarang. Selfie ni makin menular bukan selfie dengan batu nisan siap pose beria di atas tanah perkuburan. Ingat tujuan kita menziarah kubur si mati untuk bersedekah doa bukannya hendak bergembira. Suka admin nak berpesan suatu hari nanti kita juga akan kembali ke rahmatullah, bayangkan kalau kita di perlakukan sebegitu. Jaga adab ketika di tanah perkuburan ye!
Selfie ni kedua popular kebanyakkannya dilakukan oleh wanita-wanita. Janganlah kita selfie ketika orang sedang sembahyang sedangkan anda sibuk berselfie. Apa tanggapan orang lain yang tengok pic anda? Tak ke nanti kena kecam. Tetapi tahun ni boleh lah wefie bersama keluarga tetapi sebaik habis solat ya!
Hari raya adalah untuk kita meraikan kemenangan ibadah puasa selama sebulan. Bagi mereka berkemampuan admin minta jangan sesekali selfie dengan barangan mewah. Misalnya nak menunggu ‘tetamu datang’ sambil menyang barangan mewah yang tidak kena mengena dengan tajuk kejadian.
Peel ini selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi admin minta yang sudah dewasa angan buat perangai begini. Takut tuan rumah akan berkecil hati. Anggaplah berapa pun jumlah yang kita dapat, setakat itulah rezeki kita.
Yang ni admin nak tekankan kepada semua hijabi di luar di sana jangan sesekali pose macam ni betul-betulkan kedudukan tudung tu dulu. Kita baru menambah pahala sebulan puasa. Takut sia-sia saja ibadah mereka yang tengok mahupun kita yang upload pic ni.
Selfie yang amat popular juga di kalangan suami dan isteri. Bagi mereka pasangan yang sudah berkahwin tidak perlu nak upload pic sebegini pada umum, cukuplah anda dan pasangan anda yang tahu. Admin takut ada yang tidak suka anda dan akan menambah kebencian pada followers.
Pembaca di luar sana awas ye tindakan anda ini bukan sahaja membahayakan anda tetapi kenderaan lain juga. Nak selfie boleh, tetapi admin sarankan pakir kenderaan di bahu jalan dahulu.
Selfie ini popular di kalangan pemuda kampung yang keluar beramai-ramai menunggang motor tanpa memakai alatan keselamatan diri seperti topi kaledar. Jangan ya, kawasan kampung paling berisiko tinggi. Kalau nak buat juga admin sarankan berhenti dan minta salah seorang kawal keadaan lalu lintas.
Beribadah tu antara kita dengan Allah oleh itu tidak perlu nak menunjuk dan upload pic dengan caption “khatam pun”. Lebih-lebih lagi ketika pose dengan Al-Quran pose yang tidak sopan. Jangan ya!
Selfie lokasi ini bagi yang mereka nak meninggalkan rumah yang agak lama sepanjang cuti raya ni admin nak pesan boleh selfie di depan rumah tapi jangan sesekali tag lokasi. Ini memudahkan bagi penyamun buat kerja diaorang.
Walaubagaimanapun admin ingin berpesan banyak cara kita meraikan kegembiraan di hari raya dan salah satunya berkunjung ke rumah mereka yang lebih tua. Ingat jangan sesekali kita lakukan perkara yang terlarang. Gambarran hanya lah sebagai hiasan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Usahawan tudung terkenal, Mawar Karim menjawab desas-desus mengatakan dia sudah berkahwin adalah tidak benar. Tetapi dia tidak menafikan sedang mengenali seseorang pada ketika ini.
Dia juga tidak segan untuk berkongsi apa-apa berita tentang status perkahwinannya bila tiba masa yang sesuai. Tambahan pula, dia akui dirinya bukanlah seorang selebriti dan tidak selesa berkongsi soal peribadinya di sosial media.
Apabila disoal bagaimana dirinya ‘move on’ ataupun ‘biarkan perakara yang lalu’ tentang pasangannya sebelum ini. Mawar mengatakan dirinya tidak cukup berpengalaman untuk membincangkan hal itu namun sedikit sebanyak boleh berkongsi sedikit bersama orang ramai.
“Kalau nak ikutkan tip nak move-on ini tak adalah banyak boleh saya kongsikan. Pengalaman pun tidaklah banyak,
“Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah hargai apa perkara di sekeliling,
“Kita pula tidak tahu pula nasib apa yang ada depan mata ini sampai bila.” katanya.
Bagi usahawan berusia 34 tahun itu, jangan menyesal dengan setiap apa yang terjadi, malah jadikan ia satu iktibar. Dia juga akui Allah SWT ada aturan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Apa yang jadi kita jangan menyesal. Ambil perkara itu sebagai muhasabah diri,
“Jangan juga kita lupa untuk belajar dari apa yang terjadi dan ulangi semula perkara yang sama pada masa akan datang,
“InsyaAllah, Tuhan itu Maha Adil, setiap aturanNya dalam ujian yang di berikan pasti akan membuahkan satu perkara yang ‘baik’ pada masa akan datang.” ujarnya.
Mawar Karim telah menjadi duta kepada syarikat kecantikan V Ultimate yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mungkin kita sudah terbiasa dengan kepercayaan karut bagaimana amalan kehidupan seseorang dalam sesuatu budaya diperkatakan mampu memberikan kesan terhadap rezeki dan nasib.
Ini berkait rapat juga dengan persoalan mengenai hukum mempercayai seandainya lambat membeli beras setelah kehabisan beras akan menyebabkan rezeki terputus.
Berikut huraian lengkap mengenai persoalan ini yang boleh dikatakan menjadi kepercayaan kebanyakan masyarakat kita.
SOALAN
Bagaimana hukum mempercayai bahawa jika lambat membeli beras setelah kehabisan beras, maka ia akan menyebabkan rezeki akan putus?
JAWAPAN:
Perkara asas akidah yang wajib diketahui adalah Allah SWT adalah pemilik sebenar rezeki. Tidak ada yang boleh memberi atau menahan rezeki melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah…”
Al-Razi berkata: “(Ayat ini) memberikan isyarat bahawa tiada manfaat melainkan dengan izin Allah dan ianya datang daripada Allah.”
Setiap makhluk yang hidup termasuk haiwan, Allah telah menetapkan rezekinya. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
Ayat ini menjelaskan bahawa tiada satu pun makhluk yang diberikan kehidupan oleh Allah, kemudian dibiarkan tanpa ada jaminan rezeki.
Ibn Kathir berkata: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia menjamin rezeki kesemua makhluk termasuk kesemua binatang. Yang kecil, besar,di laut mahupun di darat.”
Kepercayaan sebegini tidak ada asalnya di dalam Islam. Jika ditanggungkan bahwa yang dimaksudkan rezeki yang terputus ialah makanan yang sudah kehabisan di rumah dan mungkin tiada makanan pada hari itu, maka munasabah dan boleh diterima sebagai istilah Bahasa sahaja.
Namun jika diiktikadkan bahawa jika beras sudah kehabisan di rumah, lambat membeli beras akan menyebabkan rezeki yang telah Allah takdirkan akan lambat, maka hal ini tidak betul dan harus dijauhkan kepercayaan seperti ini. Rezeki Allah itu sesungguhnya lebih luas daripada sekadar beras.
Maksudnya: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”
Dalam susunan hadis 40 Imam al-Nawawi ada menyebut sebuah hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu dihimpunkan penciptaan dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai nutfah (campuran air mani), kemudian sebagai alaqah (gumpalan darah) selama itu juga, kemudian sebagai mudghah (sebentuk daging) selama itu juga, lalu diutuskan kepadanya satu malaikat dan malaikat meniupkan ruh ke dalamnya, dan ditetapkan 4 urusannya; dituliskan rezekinya, ajalnya, amalannya, penderitaannya atau kebahagiaannya.”
Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha:
Maksudnya: Suatu hari Rasulullah SAW masuk (ke rumah) menemuiku dan bertanya, “Adakah kamu memiliki apa-apa (untuk kita makan)?” Aku menjawab, “Tiada.” Baginda bersabda, “Kalau begitu aku berpuasa.” Suatu hari lain baginda datang lagi dan (kali ini) aku berkata, “Wahai Rasulullah! Ada orang hadiahkan kepada hais (tamar yang bercampur lemak).” Baginda lalu berkata, “Tunjukkannya kepadaku, sesungguhnya aku telah berpuasa sejak pagi.” Lalu baginda memakannya.
Kisah ini menunjukkan sikap zuhud dan berasa cukup Rasulullah SAW dengan apa yang ada. Langsung tidak dikaitkan apabila tidak dibeli makanan menandakan rezeki daripada Allah Taala telah terputus.
Justeru, hendaklah kita meninggalkan kepercayaan bahawa rezeki akan terputus jika terlambat memberi beras kerana ianya tidak sesuai dan bertentangan dengan konsep rezeki dan taqdir di dalam Islam.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.