Aura figura ini begitu kuat sekali tarikannya. Bukan sahaja di negara kelahirannya, Indonesia tetapi melewati bumi Malaysia. Jika tidak masakan beliau berjaya mengumpul followers di laman sosial Instagram hingga 25 juta.
Pemilik nama Laudya Cynthia Bella, 31 tahun ini nyata mempunyai tarikan tersendiri. Bukan sahaja dianugerahkan oleh Illahi seraut wajah jelita, tetapi juga punya personaliti cukup menyenangkan. Sikapnya yang merendah diri, mudah mesra dan tidak lokek senyuman menjadi pakej lengkap bagi anak kelahiran Bandung, Indonesia ini.
Perkahwinannya dengan personaliti dari Malaysia, Engku Emran sekitar tiga tahun lalu turut memberi impak kepada pengikutnya tidak kira di Indonesia atau Malaysia. Malah perkahwinan keduanya yang dianggap ‘wedding of the year’ ini turut memberi petanda baik hubungan dua hala antara negara berjiran.
Biarpun mempunyai tugasannya sendiri di tanah kelahiran, namun anak keempat dari empat orang adik beradik ini tidak sedikitpun rasa lelah berulang alik dari Bandung ke Kuala Lumpur. Memahami tugas sebagai isteri yang perlu berada di samping suami, Laudya Cynthia Bella atau mesra dipanggil Bella berkata jarak tidak jadi penghalang untuk menghangatkan cinta mereka.
Ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, Hijabista sempat membuat temujanji untuk sesi fotografi dan temubual bertanya perkembangan terkininya sambil mencungkil sisi peribadi beliau yang ramai tidak tahu.
Menunaikan Tanggung Jawab Sebagai Seorang Isteri Dan Juga Turut Bergelar Usahawan
Untuk perkembangan terkini, Bella masih lagi sibuk menguruskan kerja dan dalam masa sama menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga turut bergelar usahawan.
Kita boleh lihat Bella kini semakin aktif bergelar usahawan dengan permulaan membuat kek Makuta, menjual hijab dan kemudiannya pula mahu mengeluarkan jenama baju sendiri. Apakah Bella sudah tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan?
Sebenarnya Bella masih lagi aktif berlakon. Cumanya Bella hadkan aktiviti seni dengan hanya menerima tawaran satu filem dalam setahun. Ini kerana sebaik saya berkahwin, priority memang lebih kepada keluarga saya.
Rutin Berulang-ali Dari Bandung Ke Kuala Lumpur Sedikit Pun Tidak Menyusahkan Bella
Terus terang Bella akui, travel ini sedikit pun tidak menyusahkan. Malah Bella sangat enjoy menikmati travel antara kedua buah negara. Ini kerana Bella memang suka travelling, jadi perkara itu tidak menjadi masalah. Lagipun tidak jauh, hanya beberapa jam sudah sampai ke destinasi. Kita andaikan, jika breakfast di Bandung, makan tengah hari dan malam di Kuala Lumpur.
Tenang Apabila Menyarungkan Hijab
Alhamdulillah Bella sudah empat tahun berhijab. Memang Bella rasa sangat tenang apabila dapat menyarung hijab di kepala sejak empat tahun lalu. Alhamdulillah sehingga hari ini Bella masih kekal berhijab.
Bella mula mengenakan tudung pada 28 Januari 2015. Bella memang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan ketika itu terfikir mudahnya Allah beri rezeki untuk ke rumahNya. Dan setiap kali pulang dari mengerjakan umrah, stail rambut terbuka dan dipertontonkan kepada umum. Jadi terasa begitu banyak kongsi dosa kepada orang lain yang mengikuti stail saya. Dari situ saya terfikir untuk berubah. Kenapa kalau sebelum ini saya hanya menuruti kata orang lain, tetapi suruhan Allah yang wajib ini kita jauhi. Akhirnya saya nekad untuk berhijrah dan terus belajar mendalami agama Islam. Bagi Bella agama Islam itu sangat indah dan sempurna sekali. Bella bersyukur kerana mendapat sokongan dari keluarga dan teman-teman.
Sejak Berkahwin Bella Sangat Menitik Beratkan Soal Aurat
Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang isteri dan wanita muslimah. Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan suami Bella gemar Bella memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh.
Pandangan Bella bagi mereka yang berhijab tetapi tetap boleh bergaya on point dan tetap cantik secara luaran dan dalaman.
Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan celana atau skirt labuh. Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih berusaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
Niat Tetap Istiqomah
Tidak dinafikan memang payah bagi seseorang itu untuk kekal istiqamah, tetapi Bella masih mampu melakukannya. Boleh beri 5 tip mudah untuk berhijab.
1. Niat 2. Istiqomah 3. Yakin apa yang dilakukan hanya untuk Allah 4. Pada masa nak memakai niat dalam hati, “Saya lakukan ini hanya untuk Allah SWT”. Tolong berikan kenyamanan yang MashAllah”. 5. Memakai hijab yang fabriknya bagus, jadi akan membuatkan kita rasa selesa.
Dikurniakan wajah yang cantik dan halus adalah anugerah dariNYa, untuk kekalkan keindahan yang diberi olehNya Bella juga seperti hijabi di luar.
Memang Bella sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia adalah anugerah dari Allah. Biasanya kalau tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap malah tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka. Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah. Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda.
6 barang yang memang wajib ada dan dibawa oleh Bella dalam beg
Bahagikan Masa Sebagai Seorang Isteri, Usahawan Dan Juga Kerjaya Sebagai Pelakon.
Sebenarnya sekarang ini Bella memang banyak hadkan masa untuk berlakon. Lebih fokuskan kepada urusan bisnes dan sudah mula menjual tudung dengan membuka butik di Malaysia. Di sini urusan kerja hanya 20 peratus sahaja tetapi selebihnya memang banyak diluangkan di Indonesia. Ini kerana segala aktiviti kerja banyak tertumpu di Indonesia.
Ramai hijabi muda di luar sana yang mahu menjadi seorang usahawan seperti Bella. Ini tip yang boleh Bella kongsikan untuk hijabi jadi usahawan berjaya seperti Bella.
1. Berdoa dan minta doa kepada orang tua.
2. Rajin amalkan sedekah
3. Jujur dengan produk yang dijual
4. Menyukai dan memakai produk dijual.
5. Sentiasa fokus
Hasrat 2019 Dan Fokus Menyambut Puasa
Tahun ini tahun ketiga berpuasa bersama suami, suasanaanya di Malaysia dan Indonesia
sangat berbeza berpuasa di kedua-dua buah negara ini. Bagi Bella, kalau di Malaysia memang Bella fokus melakukan ibadah. Jika di Indonesia pula, Bella perlu menghadiri banyak acara atau jemputan berbuka puasa bersama keluarga serta teman-teman. Jadi Bella memang lebih senang berpuasa di Malaysia.
Bercerita mengenai hasratnya melangkah ke tahun 2019, tentu sahaja Bella dan suami ingin menimang cahaya mata insyallah rezeki Allah Bella terima dengan hati terbuka.
Sesetengah pasangan merasa sukar untuk mengelolakan rumah tangga, di tambah pula apabila mereka dikurniakan rezeki mempunyai cahaya mata yang ramai.
Kadangkala, hal ini mendatangkan stress serta bertukar menjadi trauma apabila kes kecurangan yang seringkali berakhir dengan keruntuhan rumah tangga acapkali didengari kebelekangan ini.
Namun, selebriti jelita yang juga finalis Dewi Remaja 2009/2010 Anzalna Nasir, tidak mudah melatah mengenai isu ini, malah berjaya menguruskan keharmonian rumah tangganya menikut acuan sendiri.
“It Takes Two, To Tango” – Anzalna
Anzalna Nasir mempunyai tips dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Dia berkata bahawa kedua-dua pasangan perlu bekerjasama untuk membuat perkara berjalan lancar.
Memetik laporan portal hiburan tempatan, Anzalna akui bahawa kadangkala pertengkaran antara suami isteri pasti terjadi, tiada perkahwinan yang tidak pernah dilambung ombak. Namun, setiap pasangan perlu bersedia dan menghadapi pertelingkahan ini dengan bijak.
Jika pasangan itu boleh kembali mesra dan menyayangi antara satu sama lain semula, masalah mereka kebanyakannya akan diselesaikan.
“Kami jenis walaupun sudah berkahwin, harus mengekalkan hubungan seperti baru bercinta.
“Setiap kali bergaduh, saya dan suami tidak berlama-lama memendam rasa. Sebaliknya akan menyelesaikan masalah dengan cepat,” ujarnya.
Katanya, kedua-dua pasangan perlu berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin, tanpa mementingkan ego sendiri.
“Setiap kali berbalah, tolak ego ke tepi, duduk bersama-sama dan perbaiki apa yang kekurangan,” kata Anzalna.
Jika Ada Masalah, Duduk Dan Bincang Dengan Pasangan!
Isteri kepada Hanif Zaki itu berkata, dia mahu keluarganya bahagia, tetapi dia tidak mahu terlalu bangga dengan hubungan mesra mereka. Anzalna berkata adalah lebih baik jika mereka hanya berkongsi kebahagiaan yang dimiliki antara satu sama lain.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berpesan agar tidak berkongsi masalah antara suami isteri dengan orang lain termasuk ahli keluarga, mahupun khalayak umum. Sebaliknya selesaikan masalah tersebut secara bersemuka dengan pasangan.
“Kehidupan ini ada jatuh bangun yang kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.
“Ada masalah simpan sendiri sahaja (jangan hebohkan) dan selesaikan kesulitan dengan pasangan masing-masing.
“Jangan simpan dalam hati dan sentiasa berbincang, jika ada apa-apa kerana apabila terjadi sampai satu masa akan meletup,” jelasnya.
Sekadar info, Nur Anzalna ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis peraduan Dewi Remaja 2009/2010. Dia dan Hanif Zaki berkahwin pada 2016.
Hasil perkahwinan selama 9 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Jika kulit anda berasa sesak dan anda mengalami masalah jerawat lebih kerap daripada biasa, kemungkinan besar anda menghadapi masalah pori-pori tersumbat.
Topeng tanah liat yang menyahtoksik biasanya digunakan untuk membersihkan sebarang minyak, kulit mati dan serpihan yang tersekat di bawah permukaan kulit. Sejujurnya, jenis produk ini boleh menjadi agak menyakitkan untuk digunakan. Syukurlah, terdapat alternatif yang berkesan yang jauh lebih tidak kemas dan memakan masa.
Cara terbaik untuk mengecilkan pori-pori anda adalah dengan mengambil pendekatan dua langkah. Yang pertama melibatkan pengelupasan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang memerangkap semua kotoran dan yang kedua adalah mempercepatkan proses membawa sel-sel baru yang sihat ke permukaan kulit.
Untuk mengelupas, cari pembersih, toner dan pelembap dengan vitamin C, asid alfa-hidroksi (AHA) seperti asid glikolik atau asid beta-hidroksi (BHA) seperti asid salisilik. Bahan ini semua membuka pori-pori dan memperbaiki tekstur kulit dengan “melarutkan ‘gam’ yang mengikat sel-sel kulit bersama-sama.
Dan untuk meningkatkan penghasilan sel kulit, gunakan retinoid seperti retinol. Apabila anda menggunakan retinoid, sel membahagi dengan lebih cepat dan tidak mempunyai masa untuk terkumpul pada kulit, kerana proses lebih cepat.
Anda akan mendapat hasil terbaik daripada menggunakan kedua-dua bahan aktif ini dalam rutin, cuma pastikan menjarakkan aplikasi. Biasanya pakar mengesyorkan melakukan retinoid pada waktu malam dan kemudian sama ada asid salisilik atau produk benzoyl peroksida pada siang hari. Apabila memulakan rejimen jerawat, adalah lebih baik untuk menjarakkan bahan aktif anda.
Tetapi, jika anda tahu kulit anda sensitif atau reaktif, cuba perkenalkan satu selama beberapa hari dan kemudian bawa masuk yang lain. Tidak ada faedah untuk masuk sekali gus jika kulit anda tidak dapat menanganinya. Peluang jerawat anda sembuh apabila ia merah dan jengkel dan meradang adalah sangat rendah.
Di bawah, produk penjagaan kulit yang akan membantu membersihkan pori-pori tersumbat. Semak imbas produk pengelupasan, retinoid jika kulit anda boleh menanganinya produk yang menggabungkan kedua-duanya.
Tata Harper Regenerating Cleanser
Pembersih harian ini menggabungkan BHA daripada kulit willow putih dengan mikrosfera aprikot untuk memberikan pengelupasan kimia dan fizikal yang lembut. Ia juga dibuat dengan pelbagai bahan lain termasuk enzim delima, tanah liat karang dan lidah buaya yang masing-masing membantu melarutkan pembentukan, menghaluskan pori-pori dan menghidratkan kulit.
Pad ini adalah kegemaran ramai kerana ia memberikan anda pengelupasan kimia mini di rumah. Hanya sapu pada pad pertama yang disalut dengan campuran BHA dan AHA, biarkan ia melakukan keajaiban selama beberapa minit dan kemudian sapu pada pad peneutral. Asid hidroksi beta masuk lebih dalam ke dalam liang dan bagus untuk jerawat, kulit berminyak dan pencerahan. Asid hidroksi alfa adalah baik untuk pengelupasan cepat. Pengelupasan dan pencerahan serta merta, apabila ia digunakan bersama.
Krim malam ini menggabungkan retina dengan minyak argan yang kaya dengan antioksidan dan minyak biji kranberi artik untuk membaiki dan melindungi kulit. Ia juga dibuat dengan peptida yang merangsang sel kulit anda untuk menghasilkan lebih banyak kolagen. Kolagen merupakan sesuatu yang hilang seiring bertambahnya usia, dengan protein yang dibekalkan ini menjadikan kulit tegang dan gebu. Peptida juga membantu mencerahkan kulit yang kusam.
Serum retinoid ini mencampurkan campuran ester retinoid 5 peratus dengan retinol berkapsul liposomal 1 peratus. Retinol ester ialah sejenis retinol yang boleh disimpan dan digunakan oleh kulit apabila diperlukan. Kerana ia tidak digunakan serentak dan lebih lembut daripada retinol. Liposom menyampaikan bahan-bahan penjagaan kulit yang aktif di tempat yang diperlukan, jadi enkapsulasi liposom meningkatkan keberkesanan retinolnya.
Serlahkan rutin malam anda dengan serum yang menggabungkan retinol dengan peptida penggalak kolagen bersama vitamin C dan E untuk mengelupas dan mencerahkan kulit dengan lembut. Ia juga termasuk pelbagai bahan pelembap termasuk asid hyaluronik, koloid oatmeal, allantoin, aloe vera dan seramida yang boleh membantu meredakan kesan pengeringan retinol.
Pakar akui produk ini mengurangkan penampilan liang-liang, melicinkan tekstur kulit dan menyekatakan tona kulit. Ia juga sangat bagus jika anda terdedah kepada bintik hitam, liang tersumbat dan jerawat. Produk ini pengelupasan kimia yang sangat bagus.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Semburan produk wangian pastinya menjadikan aura personaliti anda lebih menarik. Jika bijak memilih jenis wangian anda, ia membuatkan personaliti anda lebih eksklusif dan mewah.
Namun, pernahkah anda mengalami situasi dimana produk wangian anda tidak tahan dengan lama? Ha! Sebenarnya bukan salah produk tau, tapi teknik yang anda lakukan itu salah! Nak tahu cara yang betul? Jom lakukan tip ini!
1.Simpan haruman wangian anda di tempat yang sejuk. Ini dapat menjadikan wangian anda akan kekal dengan lama.
2. Jangan sembur di seluruh badan anda! Membazir tau sis! Sebenarnya, bau melekat terbaik pada permukaan kulit yang lembap, jadi semburkan minyak wangi sekitar nadi anda.
3. Jangan sesekali menenyeh minyak wangian anda kerana ini mampu menghancurkan molekul aroma lantas merosakkan kandungan bauan.
4. Bagi bauan yang lebih lembut, semburkan wangian pada bahagian luar pergelangan tangan dan bukannya di bahagian dalam.
5. Untuk bauan yang lebih lembut buat rambut juga pakaian, semburkan minyak wangi di udara terlebih dahulu, kemudian berjalan melaluinya. Jika anda lebih suka bau yang lebih lembut dan tidak hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja, ini adalah kaedah terbaik untuk anda! (sesuai terutamanya buat acara sosial).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...