Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.
Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.
Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.
Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,
“Abang. Saya tak kisah abang ulang baca ‘Qulhuallahu ahad’ pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.
Ads
Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah.”
Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.
TAK PERLU CANANG AIB SUAMI DI MEDIA SOSIAL
Ads
Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.
Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.
Ads
Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.
Pencarian Dewi Remaja yang pertama mula dianjurkan pada tahun 1985 lebih kurang 34 tahun yang lalu. Sebenarnya ramai artis dan selebriti lahir daripada program yang mencungkil bakat-bakat baru dan kini dikenali ramai di persada seni.
Ramai di kalangan mereka juga yang sudah mula berhijab. Antara Dewi Remaja yang sudah pun berhijab ialah Felixia Yeap. Felixia Yeap telah memeluk agama Islam pada ulangtahun kelahirannya yang ke 28.
FELIXIA YEAP
Kemunculannya di pentas peragaan dan dunia modeling bermula apabila berjaya menjadi peserta akhir Dewi Remaja 2005 yang ketika itu dimenangi oleh Scha Al-Yahya. Sebenarnya Felixia memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 19 tahun.
Sebelum memeluk agama Islam, Felixia terlebih dahulu berjinak-jinak memakai tudung dan mengenakan pakaian yang labuh dan menutup aurat. Felixia telah pun berkahwin pada 6 Jun 2015 dengan seorang CEO syarikat terkenal negara dan dia kini tidak lagi aktif dengan akaun media sosialnya.
Berikut beberapa gambar Felixia yang dilihat masih menjaga auratnya walau pun ketika bercuti ke luar negara. Felixia kini mempunyai seorang cahayamata.
SITI FAZURINA (NINA)
Siti Fazurina atau lebih mesra dengan panggilan Nina, mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Namanya mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.
Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai terbitan turunan kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan.
Jika dibandingkan pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, Dewi Remaja musim 2009/2010 paling ramai melahirkan bintang-bintang yang mewarnai industri hiburan Malaysia. Kini ada di antara mereka yang telah berhijab antaranya Neelofa, Syatilla Melvin dan Mia Ali.
NEELOFA
Bintang Neelofa atau nama asalnya Noor Neelofa Mohd Noor mula menyerlah selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Neelofa mula berhijab pada 2014. Neelofa. Dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa mengatasi saingannya yang lain termasuk Anzalna Nasir dan Izara Aishah.
Sebelum menyertai Dewi Remaja, Neelofa merupakan seorang peragawati sepenuh masa dan pernah muncul dalam muzik video beberapa penyanyi tempatan seperti Awi Rafael dan Akim.
Drama lakonan Neelofa pada 2016 menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot bergandingan bersama pelakon drama Playboy Itu Suami Aku dan Gerak Khas, Fattah Amin merupakan drama pertama lakonannya berhijab. Kini Neelofa menjadi ikon fesyen bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Neelofa juga turut memiliki jenama hijabnya sendiri iaitu Naelofar Hijab.
SYATILLA MELVIN
Seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, Syatilla Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin mula aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu.
Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Syatilla telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.
Syatilla mula berhijab pada penghujung 2015. Penghijrahannya itu atas kehendak dirinya sendiri selepas merasakan sudah sampai masanya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih sempurna.
MIA ALI
Mia Ali atau nama penuhnya, Nur Maissitah Ali biarpun tidak sepenuhnya menyertai industri hiburan, Mia kini lebih fokus pada perniagaan yang dibina dari minat dan kesabaran, Mia’s Kitchen.
Berkelulusan Diploma dalam bidang pengurusan perniagaan di Kolej Poly-tech MARA, Mia kini bahagia dikurniakan dua puteri dan menjadi pemilik kepada Mia’s Kitchen, sebuah perniagaan online yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.
Menyertai pertandingan Dewi Remaja tetap menjadi salah satu kenangan manis baginya. Empat bulan selepas tamat pertandingan Dewi Remaja, Mia telah berkahwin dengan Sazrin Aizul ketika usianya 21 tahun.
Moga-moga selebriti yang telah berhijab ini diberi kekuatan dan istiqamah dengan perubahan yang telah dilakukannya dan menjadi contoh ikutan kepada masyarakat serta rakan artis yang lain.
Hadiah indah tidak sampai empat minit yang dikongsikan Faizal Ismail, 46, dalam single baharu berjudul Terima Kasih Allah merungkai perjalanan hidup penyiar dan pengacara radio popular ini.
Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI mengakui kehidupannya pernah gelap sebelum sinar kebahagiaan menjelma selepas mencari keredhaan Allah, dan selesa berdakwah melalui pelbagai medium termasuk lagu-lagu ketuhanan pasca hijrah.
Faizal yang kini bertugas sebagai penyampai di stesen radio Zayan FM amat teruja apabila mengeluarkan single Terima Kasih Allah ciptaan komposer Iwan Syahman yang turut menghasilkan lirik simbolik yang cukup bermakna.
Faizal berkata, single itu berdasarkan kisah hidupnya yang pernah menempuh jalan gelap sebelum kembali kepada kebenaran sebenar yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.
“Lagu ini sebenarnya simbolik menggambarkan perubahan hidup saya ketika ini, berbanding suatu ketika dahulu, di mana saya banyak terbabit dalam bidang hiburan.
“Sekarang saya berada pada fasa baharu dalam hidup iaitu berdakwah. Apabila saya keluar dengan jemaah untuk mendalami ilmu agama, saya bertemu dengan ramai rakan artis, antaranya Iwan.
“Jadi, apabila saya dan Iwan berjumpa, ada ketika kami hanya berehat untuk menenangkan diri. Pada waktu itulah Iwan meminta saya kembali menyanyi biarpun pada awalnya, saya tidak pernah terfikir untuk ke arah itu.
“Kemudian, Iwan mahu menghasilkan lagu yang mudah untuk saya nyanyikan. Selepas menjalani beberapa peringkat perbincangan dan proses pembikinan, akhirnya saya suka dengan single Terima Kasih Allah,” katanya kepada BH Online.
“Lagu ini lebih kepada kesyukuran yang selalunya umat Islam sebut iaitu Alhamdulillah. Kami nyatakan dalam tajuk Terima Kasih Allah sebagai tanda penghargaan terhadap nikmat dan hidayah Allah.
“Dari segi lirik, lagu ini mengisahkan perjalanan hidup. Saya tidak mahu lagu ini hanya bercerita mengenai syurga kerana itu adalah perkara yang berat.
“Jadi, single Terima Kasih Allah adalah kupasan hidup saya yang beralih dari satu fasa ke satu fasa yang lain.
Single Terima Kasih Allah telah dikeluarkan pada 24 Februari dan boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.
Sumber : Berita Harian
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap insan mempunyai keperitan sendiri yang mereka alami, adakalanya dilihat dengan jelas mahupun tidak, kita boleh rasai kerana sifat kemanusiaan.
Masih tular sehingga ke hari ini, pautan video yang dimuat naik oleh seorang pelajar lelaki menunjukkan rakannya yang masih memakai kasut lusuh ke sekolah. Tapi apa yang membuatkan orang ramai tertarik adalah pemberian kasut baru dari rakan-rakannya kepada pelajar lelaki tersebut.
Menerusi video dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @rfirzl_, dia menunjukkan rakannya yang masih memakai kasut lusuh ke sekolah.
Dia bersama rakan-rakannya membuat satu kutipan duit untuk membeli sepasang kasut baru buat rakannya tersebut. Target yang mereka ingin dapatkan adalah sebanyak 217,000 rupiah bersamaan RM63 di Malaysia.
Pada saat akhir video, lihat jelas kegembiraan pelajar lelaki tersebut mendapat pemberian kasut dari rakan-rakannya. Tersenyum riang bersama sorakan riang oleh kawan-kawannya di sekeliling melihat reaksi pelajar tersebut.
Video itu telah meraih sebanyak 13.4 juta tontonan di TikTok. Ramai juga komen-komen memuji kebaikan pelajar-pelajar itu membantu rakannya sehingga mereka dijadikan sebagai contoh sahabat sejati buat zaman sekarang.
“Ibu bapa yang pandai mendidik serta guru-guru & kawan-kawan yang baik. Terima kasih jadi orang yang baik. Salam daripada Malaysia,
“Dia senang kita juga senang,
“Semoga anak-anak semua bersahabat sampai syurga.” tulis wargamaya di ruangan komen.
Sumber: TikTok @rfirzl_
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.