Aduh, malunya rasa bila bibir kelihatan hitam dan tidak bermaya. Bila bibir hitam, wajah pun nampak kusam dan tidak berseri. Sebagai seorang wanita, tentu anda berasa malu dan tidak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Ada banyak sebab mengapa bibir boleh menjadi hitam. Antaranya adalah perubahan hormon, kekurangan zat besi, mengambil ubat-ubatan tertentu, sinaran matahari dan masalah bibir yang kering disebabkan tiada kelenjar minyak pada bibir.

Warna bibir yang sihat akan kelihatan segar, lembap dan berwarna merah. Sekiranya anda mahu mendapatkan bibir yang merah secara semula jadi, jom cuba 10 petua dengan hanya menggunakan bahan alami.

1. Buah Bit

Buah ini banyak dijual di pasar raya dan mudah untuk anda mendapatkannya. Ia memiliki antioksidan yang tinggi hingga mampu menjaga kesihatan kulit bibir seperti menanggal sel kulit mati dan melembap serta menghilangkan warna hitam pada bibir. Caranya mudah sahaja:

  • Potong buah menjadi kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Setelah sejuk, ambil 1 biji buah dan gosokkan pada bibir.
  • Biarkan sehingga 15 minit, kemudian bilas bersih.

2. Gliserin & Air Mawar

Campuran gliserin dan air mawar dikatakan dapat menghilangkan warna hitam pada bibir. Untuk mengatasi masalah bibir hitam dan kering, anda boleh:

  • Rendamkan kelopak bunga mawar atau taburan mawar yang masih segar selama 1 jam.
  • Kemudian, campurkan air mawar dengan gliserin secukupnya.
  • Oleskan pada bibir sebelum tidur.
  • Bilas keesokan harinya.

3. Madu & Daun Pudina

Daun pudina berkhasiat dalam menghilangkan noda pada bibir sehingga warna bibir kelihatan merah dan segar. Lakukannya sebanyak 2 kali sehari untuk hasil yang maksimum.

IKLAN
  • Kisar daun pudina dan campurkan dengan madu.
  • Oleskan pada bibir selama 15 minit.
  • Bilas menggunakan air sejuk.

4. Minyak Almond, Kunyit & Lemon

Lemon mengandungi kandungan yang membantu mencerahkan kulit termasuklah bibir. Jadi, anda boleh campurkannya dengan kunyit di mana ia dapat mengubah pigmen warna pada bibir.

Manakala minyak almond mengandungi vitamin E yang mampu melembapkan dan memberi nutrisi pada bibir.

  • Campurkan 3 sudu teh air perahan lemon, 2 sudu teh serbuk kunyi dan 1 sudu teh minyak almond.
  • Gaulkan bahan-bahan ini dan oleskan pada bibir.
  • Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air dingin.

5. Madu & Mentega

Kandungan vitamin E yang ada pada mentega mampu mencerahkan bibir. Madu pula mengandungi antioksidan yang dapat mencegah bibir kusam dan kering sehingga bibir yang hitam boleh berubah menjadi merah.

IKLAN
  • Campurkan 1 sudu madu dan 1 sudu mentega.
  • Oleskan campuran tersebut pada bibir. Dalam masa yang sama, urut bibir anda.
  • Bersihkan pada keesokan harinya.

6. Bunga Mawar, Madu, Limau Nipis & Susu

Bunga mawar memiliki khasiat yang luar biasa untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Cara pemakaiannya:

  • Rendam kelopak bunga mawar ke dalam susu dan tunggu selama 1 jam.
  • Kisar rendaman bunga bersebut.
  • Tambahkan 1 sudu teh air perahan lemon dan 1 sudu teh madu.
  • Oleskan pada bibir dan biarkan selama 30 minit.
  • Bilas bersih.

7. Minyak Kelapa

Kandungan minyak kelapa dikatakan mampu menjaga bibir agar kekal lembap dan sihat. Salah satu cara menghilangkan bibir hitam disebabkan oleh rokok adalah dengan mengoles minyak kelapa pada waktu pagi dam malam.

IKLAN

8. Limau Nipis & Madu

Campuran limau nipis dan madu tidak hanya berguna untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Malah, bibir pun akan jadi merah menyerlah.

  • Campurkan 1 sudu madu dan perahan limau nipis secukupnya.
  • Oleskan pada bibir selama 15 minit.
  • Bersihkan dengan tisu.

9. Timun

Timun memiliki kandungan yang dapat memberi nutrisi pada bibir sehingga bibir menjadi mungil, lembut dan cerah. Caranya:

  • Potong timun
  • Gosokkan potongan timun pada bibir.

10. Tomato

Tomato selalu digunakan untuk menjaga kesihatan bibir termasuklah menghilangkan rona hitam pada bibir.

  • Potong tomato nipis-nipis.
  • Gosokkan pada bibir dan urut bibir dengan lembut.
  • Kemudian, bersihkan dengan air.

Sumber: Harian Gadis

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI