Inspirasi Pakaian Hijabi Bagi Hijabi, koleksi pakaian tidak lengkap tanpa gaun maxi yang ringkas. Selain tidak menimbulkan komplikasi, potongan fesyen ini dijamin akan membuatkan tudung anda kelihatan lebih elegan.
Hanya padankan dengan tudung warna padan, sesuai untuk OOTD atau berulang-alik ke pejabat.
Padankan knit dress panjang dan tudung berwarna serba beige. Tambahkan dengan shoulder bag untuk spice up penampilan anda.
Ads
Untuk penampilan feminin dan formal, pakai pleated dress merah jambu. Potongan bertindan boleh menambah rasa menarik pada penampilan anda.
Gaya formal yang tampak mewah, pilih wrapped dress panjang dengan bahan yang mengilap. Makin manis pakai warna champange yang matching dengan hijab terang.
Ads
Untuk penampilan kasual, baju kemeja labuh boleh dijadikan outfit. Tambah tali pinggang di pinggang dan balet flat putih yang ringkas.
Ads
Tampil anggun di hujung minggu dengan gaun labuh berlengan puff. Padankan dengan aksesori yang elegan dan kasut bertumit untuk menjadikannya lebih panjang dan sebuah beg tangan yang extra.
Ada apa dengan sehelai kardigan? Bukan hanya sebagai sebuah metafora untuk memberi keselesaan pada tubuh badan di kala dingin, malah ia lebih dari itu!
Hari ini, terlalu banyak jenis rekaan kardigan yang dijual di pasaran. Dari segi potongan, warna, fungsi dan juga fabrik, ia menjadikan pilihan kardigan lebih menarik dan ‘rambang mata’. Untuk mencipta stail anda yang lebih moden, apa kata anda cuba gayakan kardigan ini dengan pilihan stail dari team Hijabista! Selamat mencuba!
Bukan sahaja dapat menjadikan gaya anda lebih bonus dan moden, malah penggayaan tali pinggang juga menjadikan anda tampak lebih kurus dan menawan. Usah pilih tali pinggang yang terlalu tebal, tetapi cukup sekadar jelas dilihat sebagai aksesori tambahan untuk menaikkan seri aura anda!
2. Stail berlapis
“Tak panas ke pakai berlapis-lapis ni?”
Pasti anda risau kala ingin menggayakan stail sebegini. Ah! Hiraukan pandangan mereka asalkan anda tampil yakin dan bergaya saat melakukan aktiviti anda. Apa yang penting, pastikan tidak menyarung helaian yang menggunakan fabrik yang terlalu tebal. Gaya berpakaian layers ini juga sesuai untuk anda yang bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin! Stail ini bukan sahaja memberi kepanasan pada tubuh badan malah membuatkan penampilan anda lebih bergaya!
Triknya, pilih rona kardigan yang tidak begitu terang dan juga kosong dan padankan dengan helaian dalam yang bercorak ataupun warnanya yang lebih terang dari kardigan! Pasti edgy dan fashionable!
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai trik ini! Bagi anda yang ingin tampak tinggi dan ramping, sarungkan saja potongan kardigan yang lebih panjang! Ini mampu memberi ‘muslihat’ untuk kelihatan tinggi dan kaki lebih panjang! Malah, stail ini juga lebih bersahaja namun mewah bila kena dengan suai padannya!
Anda boleh gayakan bersama kemeja sebagai helaian dalam serta celana potonggan skinny. Untuk potongan labuh ini, pilihan kasut tidak menjadi masalah! Sama ada kasut jenis sukan ataupun tumit tinggi, semuanya boleh digayakan bersama kardigan berpotongan labuh!
Ketepikan pengayaan yang ‘bosan’! Apa kata anda cuba gayakan kardigan di bahu. Anda boleh ikat bahagian tangan kardigan dan biarkannya terletak di bahagian dada anda atau lepaskan sahaja. Kedua-dua cara ini bisa menjadikan gaya lebih mewah persis golongan elit. Bukan sahaja boleh digayakan di pejabat, malah dikala anda bersantai bersama rakan-rakan dan juga saat membeli barangan dapur, stail ini antara pilihan bijak untuk penggayaan ‘less is more’!
5. Stail tuck in
Sesuai bagi anda yang menyarungkan celana potongan high waisted, masukkan hujung kardigan ke dalam celana. Ini mampu menonjolkan sisi moden anda serta menaikkan lagi volum tubuh anda! Bukan hanya dengan celana, malah anda boleh menggayakan stail ini bersama dengan high waisted skirt yang mampu menonjolkan aura sofistikasi dalam pengayaan! Apa yang penting, pilih kardigan yang tidak terlalu tebal untuk mengelakkan masalah saat ingin dimasukkan ke dalam celana ataupun skirt.
6. Gaya si hijabi dengan cropped cardigan!
Siapa kata cropped cardigan tidak boleh digayakan meskipun anda memakai hijab? Itulah sebabnya wujud rekaan pakaian dalam ataupun inner. Untuk gaya yang lebih fashionable, edgy dan unik, stailkan gaya anda dengan pilihan cropped cardigan bersama dengan celana jenis boyfriend jeans! Untuk bahagian dalam, sarungkan pilihan inner yang sama warna dengan kulit ataupun nude brown. Jika anda berani, boleh sahaja sarungkan pilihan inner warna gelap seperi hitam untuk menaikkan elemen kontra dalam gaya anda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tak kenal dengan isteri kepada aktor kacak, Zain Saidin yang juga usahawan yang terkenal dengan jolokan ‘diva inai’, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ni.
Terbaharu, namanya kembali menjadi fenomena dan sebutan ramai apabila perniagaanya di bawah jenama by RCW mengeluarkan tudung bawal eksklusif bertatahkan ‘permata laut’ iaitu mutiara.
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Che Ta telah memperkenalkan tudung bawal mutiaran keluaran terbaharu by RCW berkenaan.
Di dalam video tersebut dapat dilihat Che Ta yang kelihatan anggun malah tampak lebih muda berbanding usianya disaat menggayakan bawal mutiara yang didatangkan dengan beberapa rona warna pastel yang sememangnya bakal menawan hati Hijabis!
Malah, apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah harga yang ditawarkan bagi sehelai tudung berkualiti tinggi by RCW adalah harga mampu milik dan bukanya berharga ‘kayangan’ sepertimana tudung jenama lain di pasaran.
Meninjau keruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya khususnya kaum hawa memuji tindakan Che Ta yang tidak mengaut keuntungan yang berlebihan serta menawarkan harga yang mampu milik, cantik serta berkualiti kepada pembeli. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“pandai cari duit bijak….letak mutiara kat tudung dengan harga murah. terbaik che ta…awak bakal jutawan tahniah 🥰
“tudung cik ta like bawal aidijuma laa😁 mampu milik👍
Saiz beg tangan cerminkan personaliti wanita? Ini maksud di sebalik mini bag, tote dan beg besar anda yang mungkin selama ini anda tak sedar. Beg tangan bukan sekadar aksesori pelengkap gaya, tetapi sering menjadi refleksi cara hidup, tahap keyakinan dan bagaimana seseorang wanita mengurus emosinya.
Setiap pilihan yang kita buat termasuk beg yang digalas setiap hari ada cerita tersendiri. Dari mini bag yang ringkas hingga tote bag bersaiz besar yang boleh memuatkan “separuh rumah”, semuanya membawa simbol tersirat tentang siapa diri anda sebenarnya.
👜 Mini Bag: Simbol Minimalis & Keyakinan Tinggi
Penggemar mini bag biasanya wanita yang jelas dengan keutamaan hidupnya. Mereka tahu apa yang penting dan tidak suka membawa beban yang tidak perlu — sama ada secara fizikal mahupun emosi.
Personaliti ini selalunya:
Dalam psikologi gaya (fashion psychology), individu yang memilih aksesori kecil dan praktikal cenderung mempunyai kawalan diri yang baik serta tidak bergantung kepada faktor luaran untuk rasa selamat. Mereka travel light — dalam beg dan juga kehidupan.
👜 Tote Bag: Wanita Seimbang & Terancang
Tote bag pula menjadi pilihan wanita yang sukakan keseimbangan antara gaya dan fungsi. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar cukup untuk memuatkan keperluan harian tanpa nampak berlebihan.
Jika anda peminat tote, anda mungkin:
Golongan ini sering dilihat sebagai wanita moden yang multitasking tetapi masih mampu mengawal keadaan dengan tenang. Hidup mereka mungkin sibuk, namun tetap tersusun.
👜 Beg Besar: Penyayang, Bertanggungjawab & Sentiasa Bersedia
Beg besar sering dikaitkan dengan wanita yang memikul banyak peranan dalam satu masa. Dari kerjaya, keluarga hingga komitmen sosial semuanya mahu diurus dengan baik.
Ciri personaliti mereka biasanya:
Secara psikologi, membawa beg besar boleh mencerminkan sifat protektif dan keperluan untuk rasa selamat. Ada yang menyifatkannya sebagai simbol kekuatan kerana mereka sentiasa bersedia, bukan kerana mereka lemah.
Menariknya, bukan saiz sahaja memainkan peranan. Cara anda membawa beg juga boleh memberi gambaran tentang tahap keyakinan dan bahasa tubuh. Beg yang digalas kemas dan rapat ke badan mungkin menunjukkan sifat berhati-hati, manakala yang dibawa santai di bahu melambangkan keyakinan dan keterbukaan.
Namun harus diingat, ini bukan label mutlak. Personaliti manusia jauh lebih kompleks daripada sekadar pilihan aksesori. Saiz beg tangan cerminkan personaliti wanita hanya sebagai satu bentuk interpretasi umum dalam psikologi gaya, sama seperti gaya pakaian dan warna kegemaran.
👜 Kuiz Personaliti: Anda Dalam Kategori Mana?
Jawab soalan ini dan kira jawapan paling banyak!
1. Bila keluar rumah, apa paling penting dalam beg anda?
A. Telefon & kad sahaja
B. Barang asas + makeup kecil
C. Semua benda penting termasuk payung & charger
2. Rakan-rakan selalu kata anda seorang yang…
A. Tegas & fokus
B. Teratur & bergaya
C. Penyayang & boleh diharap
3. Jika ada plan last minute?
A. Saya okay, memang suka ringkas
B. Pastikan semuanya cukup dan kemas
C. Check semua kemungkinan dulu
🔎 Keputusan:
Majoriti A – Minimalist Queen
Anda yakin, tegas dan tahu apa yang anda mahukan dalam hidup.
Majoriti B – Balanced Beauty
Anda wanita moden yang tahu mengimbangi gaya dan tanggungjawab.
Majoriti C – Caregiver Powerhouse
Anda kuat, penyayang dan sentiasa jadi tempat bergantung orang sekeliling.
Akhirnya, tidak kira apa saiz beg pilihan anda, yang paling penting adalah bagaimana anda membawanya dengan yakin dan bangga. Kerana wanita yang percaya pada dirinya sendiri akan sentiasa nampak bersinar, walau sekecil mana pun beg di tangannya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.