Lumrah perempuan kebiasaannya memang suka mekap lebih-lebih apabila ada majlis-majlis khas. Namun, bila cuaca panas datang mesti mekap akan jadi tidak berapa elok dan minyak krim foundation pula melekat di tudung mahupun shawl kita. Mesti stress kan sebab mekap susah nak ditanggalkan di kain tudung.
Untuk menghilang kesan degil mekap di pakaian, mari kita ikuti tips yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Tyma Sadini ini . InsyaAllah pasti berkesan. Jom kita lihat !
ARTIKEL BERKAITAN: 15 ‘Beauty Hacks’ Hijabi Perlu Tahu Untuk Bersiap Dengan Lebih Cepat Tak Sampai 1…
Langkah pertamanya ialah tuangkan serbuk pencuci ke dalam baldi yang berisi shawl atau tudung berserta air. Seterusnya, inilah bahan rahsianya iaitu bedak talkum bayi.
Wow, mudahnya ! Rupanya kita hanya memerlukan tiga bahan sahaja untuk menghilang kesan mekap di tudung. Lepas ini mesti tidak risau lagi jika sisa mekap melekat di tudung kan sebab dah tahu cara untuk menanggalkannnya. Mari kita sama-sama cuba!
ARTIKEL BERKAITAN: Tudung Putih Cepat Kotor? Tiga Selebriti Kongsi Cara Menjaga Kesucian Tudung ‘Favourite’ Hijabi!
Cara 2: Menggunakan Kiub ais
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: Tyma Sadini &@arishasafin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amal 7 Konsep Sedekah Ini! Paling Mudah Baca Al-Fatihah Setiap Pagi. Jika Mahu Rezeki Kekal Mencurah-curah
Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.
Seperti contoh kisah Nabil yang memberi sedekah pada seorang pakcik walaupun ketika itu hanya ada RM2 dari poketnya. Dan kini beliau antara selebriti terkaya di tanah air.
Tidak susah untuk melakukannya dan paling utama adakah nawaitu untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.
Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mungkin pertolongan atau barangan keperluan lain. Ingatkan bukan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak milik kita. Semuanya kepunyaan Allah SWT.
Sediakan Makanan Kucing
Walaupun tidak mempunyai kucing peliharaan, mungkin akan ada kucing ini singgah di rumah kita. Jadi sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Anggap ia adalah rezeki kucing berkenaan.
Asingkan Gaji
Setiap kali mendapat gaji, cuba asingkan sedikit untuk disedekahkan pada mereka yang memerlukan. Tidak perlu susah mencari orang lain, sebaliknya sedekah pada adik beradik yang susah dan memerlukan. Tidak banyak sedikit juga sudah memadai dan penting sedekah.
Duit Kecil
Kalau boleh amalkan sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet kerana kadang-kadang kita diduga ada yang memohon bantuan. Atau jika singgah solat di mana-mana masjid boleh berbuat demikian pada tabung disediakan.
Sediakan Kotak Kecil
Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini pada yang memerlukan. Insya-Allah.
Majlis Keramaian
Satu lagi amalan lain adalah jika kita mengunjungi majlis keramaian, ada cara tertentu boleh bersedekah. Selain memberi wang, anda juga boleh sedekahkan air mineral pada tetamu yang hadir. Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman. Ini memang sangat membantu!
‘Keep The Change’
Tidak rugi juga jika kita amalkan konsep ‘keep the change’ ini. Walaupun bakinya hanya beberapa sen tetapi tak salah sedekah untuk peniaga kecil. Lebih berkat dan memberi kegembiraan pada orang lain. Itu sudah cukup memadai kerana kebahagiaan orang lain sangat bererti padanya.
Beli Al-Quran
Sekiranya anda ada wang lebih digalakkan untuk membeli Al-Quran atau sejadah, boleh sedekahkan di mana-mana masjid atau surau atau pusat tahfiz. Jika mereka membacanya akan ada bahagian anda di situ.
Amal Al-Fatihah
Amalan paling mudah adalah membaca surah Al-Fatihah setiap pagi. Sedekahkan juga kepada kedua ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah mati. Insya-Allah jika kita amalkan, akan nada balasan baik yang Allah berikan.
Artikel Lain: Kisah Kecintaan Nataha Hudson Pada Quran Buat Hati Sebak
Sumber: Kisah Zakat Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Hafaz Quran Cetus Inspirasi! Raih Tempat Kedua Peperiksaan Acca Dunia!
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejayaan seorang hijabi yang juga hafizah al-Quran, Safwa Zamri apabila kisah kejayaan dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) menjadi sorotan dan buah mulut ramai!
Safwa yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, telah mengharumkan nama negara apabila merangkul tempat kedua di peringkat dunia pada peperiksaan berkenaan.
Markah 98 Peratus! Sebelum Ini Merupakan Pelajar Straight A’s Dan Hafal 30 Juzuk Al-Quran!
Hijabista di fahamkan bahawa, latar belakang Safwa sememangnya luar biasa! Sebelum menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan skor yang amat cemerlang iaitu 98 peratus markah.
Terdahulu, Safwa merupakan alumni dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan merupakan pelajar cemerlang yang merangkul Straight A’s dan berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
“Sebelum ini saya adalah pelajar sains tulen serta agama dengan mendapat 12A ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika di Tingkatan Dua,” katanya lapor media tempatan.
Jelasnya Safwa lagi, apa yang membuatkan dirinya nekad untuk beralih arah dari bidang keagamaan kepada perakaunan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek kalkulus dan matematik.
Artikel berkaitan: Edan Syah Lonjak Nama Malaysia Di Persada Dunia! Lakar Sejarah, Pelari Terpantas Lengkap Berbaju Melayu
“Namun, ketika mahu menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya saya memilih bidang perakaunan berbanding bidang lain kerana minat serta kecenderungan saya pada subjek matematik.
“Jika diikutkan dalam keluarga hanya saya seorang memilih bidang perakaunan berbanding adik-beradik yang memilih bidang perubatan serta kejuruteraan.
Meski pun hanya Ayah yang mempunyai latar belakang perakaunan, jelas Safwa dek kerana minat yang mendalam dia tidak berputus asa untuk menguasai bidang perakaunan meski perlu bertatih di permulaanya dan acap kali tersungkur ke bumi. Namun dia kekal dengan pendirian tidak mahu berputus asa!
“Ketika mula belajar mengenai akaun saya akui sedikit buntu namun tidak berputus asa untuk kerap membuat ulang kaji serta latihan hingga akhirnya timbul minat terhadap bidang akaun,” ujarnya.
Sumber: Berita Harian
Artikel berkaitan: Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Keluarga, SYURA Antara Rakan Baik ELYANA Simpan Rahsia Derita Penyanyi Itu Hidap Kanser LIMFOMA Tahap 4
Semalam sebaik tersingkir di konsert Gegar Vaganva ke 4, penyanyi Elyana membuat pengumuman cukup mengejutkan apabila memberitahu dirinya adalah penghidap pesakit kanser limfoma tahap 4. Pendedahan itu memang tidak disangka kerana sebelum ini Elyana sangat ceria dan periang sekali orangnya. Namun di sebalik sikapnya yang nampak ‘happy go lucky’ rupa-rupanya dia selama ini berjuang melawat penyakit yang sudah dideritai tujuh tahun lalu.
Ramai yang tidak tahu mengenai penderitaannya selama ini. Lagipun Elyana memang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen hinggalah menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4 ini. Selain keluarga, rupa-rupanya Syura yang juga salah seorang peserta sudah lama tahu mengenai penyakit yang dideritai teman baiknya itu.
Dalam satu posting di laman Instagramnya Syura memberitahu dia sudah tidak perlu simpan lagi rahsia penyakit dideritai Elyana. Menurutnya juga selama ini dia terpaksa berlakon kononnya Syura tidak tahu yang dia sakit. Walaupun hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuat semangat Elyana merahsiakan penyakit yang berbahaya itu dari seluruh peminatnya.
Malah Syura turut ‘salute’ dengan keberanian Elyana yang mengambil keputusan untuk berterus terang dengan masyarakat. Dia tahu kawannya itu sangat kuat dan Syura begitu menyayangi dan berdoa untuknya terus sihat. Sebagai seorang sahabat juga Syura memohon semua netizen dan followernya untuk turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Elyana.
@miezadauspdot Insyallah kak. Kami semua akan selalu mendoakan
@sutradjiwa Semoga elyana terus kuat dan positif. Keep strong girl.
@ziefauziah Smoga elyana cpt sembuh u r so strong el disebalik senyuman mu tersimpan kesakitan….. Smoga tabah ya El
Dalam pada itu, Elyana yang ditemui selepas konsert memberitahu dia disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap kedua selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.
Menurutnya, sudah tujuh tahun dia berjuang dengan kanser ini dan kini hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya kepada BH Online.
Lebih menyayat hati Elyana memberitahu dia juga turut fobia untuk tidur pada waktu malam kerana takut tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya lagi nanti. Malah itulah ketakutan yang dialaminya setiap hari.
Walaupun begitu sebagai ibu, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya itu mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
Kehilangannya selama ini bukan kerana dia tidak berminat dengan dunia seni, tetapi dek kerana menjalani rawatan dan dia juga berada dalam keadaan lemah dan mengalami rambut gugur.
A post shared by Cosmopolitan Malaysia (@cosmopolitanmy) on
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya lagi.
Ketika itu menurutnya doktor memberitahu jangka hayatnya hanya ada setahun lagi untuk hidup. Dia kemudiannya nekad berhenti membuat kimo dan mencabar diri untuk berjuang. Dan alhamdulillah dia bersyukur kerana umurnya panjang hingga ke hari ini.
Elyana turut menitipkan kesan agar pesakit kanser untuk terus positif berjuang melayan penyakit berkenaan.
A post shared by Syeeda Rasyed (@syeeda.rasyed) on
Sebelum ini pada Ramadan lalu menyaksikan, anak penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang baru berusia 4 tahun juga turut menemui Ilahi setelah hampir enam bulan menderita kanser limfoma.
Apa Itu Kanser Limfoma
Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, Disebut sebagai Limfoma Hodgkin. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.
Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL Penyakit ini jarang berlaku tetapi banyak terjadi kepada golongan muda. Dianggarkan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus adalah lelaki.
Mereka Yang Berisiko:
- Warga tua berusia 55 tahun ke atas.
- Mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun
- Mereka yang terdahulu dijangkiti virus Epstein-Barr
- Penghidap HIV atau AIDS yang punyai kadar imunisasi rendah
Tanda-tanda:
- Demam
- Peluh waktu malam
- Hilang berat badan
- Kurang selera makan
- Mengalami keletihan
- Bengkak di bawah ketiak, leher atau celah peha
Cara Rawatan:
- Kimoterapi
- Kimoterapi & Radioterapi
- Pemindahan sel stem
#Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakkan:
Pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup sihat da jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah berlakunya kanser. Jika ada tanda-tanda seperti di atas, terus jalani rawatan doktor.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI