Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan di seluruh dunia yang lebih kearah penggunaan teknologi moden. Banyak juga kelebihan dan kemudahan yang diperkenalkan sejak dari itu.

Gaya pekerjaan juga tidak seperti dahulu, ada sesetengah syarikat yang masih lagi mewujudkan WFH iaitu work from home. Ada juga yang memberikan kebebasan sehingga bekerja di mana-mana iaitu WFA (Work From Anywhere), membolehkan anda hidup sebagai pekerja nomad digital di luar negara!

Artikel berkaitan: Melancong Tanpa Rabak Poket, Lelaki Ini Kongsi Jelajah 6 Negara 12 Lokasi Dengan Bajet Kurang 7K. Mana Nak Dapat?

Merantau sambil bekerja dengan tenang…

Sumber dari Canva

Work From Home suatu norma baharu gaya bekerja selepas diperkenalkan ketika Pandemik Covid-19. Apa yang lebih menarik lagi beberapa syarikat yang memberikan kebebasan Work From Anywhere ini turut menyediakan visa kepada pekerjanya untuk ke luar negara.

Visa nomad digital itu merupakan permit yang membolehkan pekerja untuk bekerja dari jauh (remote) di luar negara tanpa perlu membayar cukai. Terdapat beberapa buah negara yang memperkenalkan cara pekerjaan ini, antaranya:-

1. Colombia

Sumber dari Canva

Negara colombia menawarkan visa nomad digital yang paling mudah diantara negara-negara di dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menunjukkan bukti pendapatan sebanyak AS$684 (RM2,810.93) sebulan dan perlu membayar sebanyak AS$52 (RM227.69) bagi yuran pendaftaran.

Visa selama 2 tahun ini diberikan kepada pekerja untuk meneroka negara Colombia dari Medellín, hab nomad digital yang turut dikenali sebagai ‘City of Eternal Spring’ ke Cartagena yang penuh dengan warna-warni hinggalah ke Valle del Cocora yang cukup indah!

IKLAN

2. Ecuador

Sumber dari Canva

Negara Amerika Selatan ini menawarkan visa nomad digital yang cukup mudah seperti Colombia. Visa itu juga juga mempunya kadar masa yang sama iaitu 2 tahun.

Namun, visa nomad digital Ecuador mempunyai kadar bayaran serta kelayakan yang lebih tinggi berbanding Colombia. Tetapi ia masih berpatutan untuk ramai mengunjungi yang rata-ratanya dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.

Bagi memohon visa nomad digital di Ecuador, seseorang individu itu perlulah mempunyai AS$1,284 (RM5621.86) selama sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak  AS$460 (RM2012.27).

3. Hungary

Sumber dari Canva

Visa nomad digital yang ditawarkan negara ini kepada mereka yang ingin tinggal dan bekerja di Eropah timur. Visa ini juga sah selama 1 tahun dan boleh melanjutkan lagi masa.

IKLAN

Bukti pendapatan perlulah mempunyai sebanyak AS$2,048 (RM8958.98) sebulan dan membayar yuran permohonan sebanyak AS$112 (RM489.94). Kos sara hidup di Budapest City juga rendah berbanding ibu kota Eropah yang lain. Anda boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan dengan sedikit kemewahan di Hungary.

4. Croatia

Sumber dari Canva

Salah satu visa nomad digital yang terbaik di Eropah adalah dari negara Croatia. Negara ini telah menjadi salah satu negara yang diberikan nama hab nomad digital teratas pada tahun 2023!

Croatia sahaja telah banyak menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun kerana keindahan pulau dan pantai yang indah, taman negara yang menakjubkan, serta bandar bersejarah yang menawan seperti Dubrovnik.

IKLAN

Visa nomad digital Croatia memerlukan anda menunjukkan pendapatan sekurang-kurangnya AS$2,465 (RM10783.14) selama enam bulan. Anda juga perlu mempunyai AS$29,588 (RM129432.71) dalam akaun bank anda. Tempoh masa visa ini hanyalah 1 tahun sahaja.

Artikel berkaitan: Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti

5. Costa Rica

Sumber dari Canva

Costa Rica juga menjadi salah satu negara yang cukup menarik menawarkan visa nomad digital untuk dipohon. Negara ini juga menjadi destinasi pelancongan yang utama di Amerika Tengah kerana pantai yang indah, hutan yang subur, juga terdapat hidupan liar dan kepelbagaian biologi. Anda perlulah menunjukkan sekurang-kurangnya AS$3,000 (RM13123.50) sebulan bagi memohon visa nomad digital ini.

Sumber: CNBC Indonesia

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI