Kalau soal kecantikan, Korea memang kaya dengan pelbagai produk kecantikan. Bukan sahaja murah tetapi berkualiti tinggi. Tidak dapat dinafikan produk mereka agak menarik dan adalah rutin bagi selebriti-selebriti mereka di sana untuk sentiasa tampil cantik menawan, baik lelaki atau wanita. Bagi mereka yang berpeluang menjejakkan kaki ke Myeongdong, Seoul, Korea Selatan, wajib beli produk-produk kecantikan yang ada di sana.

Berikut panduan yang berguna sebelum melangkah kaki ke bumi Kpop ini.

Tip dan panduan ini amat membantu jika anda berhajat melancong ke Myeongdong, Seoul, Korea Selatan dan ingin membeli belah produk kecantikan dan kosmetik asli Korea terbaik, berkualiti pada harga murah dan jimat. Senarai kedai kosmetik popular dan berjenama ini mungkin boleh anda kunjungi dan dapatlah shopping sepuasnya kerana di sini mempunyai banyak pilihan untuk anda miliki wajah dan kulit yang cantik sebagaimana kebanyakan wanita-wanita Korea. Bagi yang terbatas kewangan tapi ingin mencari sumber produk kecantikan dan kosmetik Korea berkualiti yang 100% asli dan paling jimat di pasaran tempatan, bolehlah melihatnya di Mall Atomy Malaysia.

HOLIKA HOLIKA
Ditubuhkan pada tahun 2010, Holika Holika menjadi pilihan anak muda kerana produk produknya yang kontemporari. Asal jenama Holika ini adalah dari bahasa Inggeris iaitu holic, yang bermaksud ketagihan. Holika Holika menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan muda yang mungkin masih terbatas kuasa bei mereka. Jika anda kunjungi kedai ini, anda boleh mendapatkan produk Holika Holika X Gudetama yang menjadi sasaran para wanita yang mahu kelihatan cantik dan comel.

Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti

INNISFREE
Seiring dengan peningkatan kesedaran tentang betapa pentingnya menggunakan produk semulajadi, populariti beberapa jenama kecantikan yang menggunakan ramuan semulajadi juga ikut meningkat. Innisfree adalah salah satu dari jenama kecantikan semula jadi terkemuka dari Korea Selatan yang menawarkan produk kecantikan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dari Pulau Jeju dan menggunakan pembungkusan yang mesra alam. Innisfree banyak terjual di luar Korea, namun sudah tentu produk yang ada di Innsifree Myeongdong Korea ini lebih beragam. Antara produk Innisfree yang anda patut cuba adalah Serum Biji Teh Hijau dan Masker Pori Volcanic Pore Clay.

3CE STYLENANDA
Produk indie yang semakin laku keras di Korea, juga disebut 3 Concept Eye atau ringkasnya 3CE. Produk ini popular dengan pembungkusan unik dan permainan warna terang mengikut aksara wanita Korea. Sewaktu anda di Myeongdong nanti, pastikan berkunjung ke Stylenanda Pink Hotel yang terdiri daripada banguan 5 tingkat. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan bermacam produk 3CE malah boleh bergambar view yang menarik untuk simpanan album anda.

TONY MOLY
Tony Moly adalah salah satu produk penjagaan kulit dan kosmetik dari Korea Selatan yang telah diasaskan tahun 2006 di bawah Industri Tae Sung. Jika anda mencari produk yang packagingnya cantik serta berkualiti baik, Tony Moly adalah pilihan yang tepat. Anda boleh mencuba beberapa produk yang paling laris seperti Tony Moly Panda's Dream dan Tony Moly Delight Tony Tint.

MOONSHOT
Moonshot adalah jenama kosmetik baru yang diasaskan oleh satu jenama muzik YG yang terdiri dari beberapa penyanyi terkenal seperti Big Bang, G-Dragon, dan Black Pink. Salah satu produk utamanya ialah Moonshot Jelly Pot yang agak cepat "trending" di pasaran walau pun baru diperkenalkan. Walaupun teksturnya terasa seperti jeli tetapi selepas digunakan pada kelopak mata, eyeshadow ini cepat kering dan mengeluarkan warna yang cerah. Anda perlu singgah di kedai Moonshot di Myeongdong untuk melihat sendiri berbagai pilihan lain yang ditawarkan.

ETUDE HOUSE
Kebanyakan wanita peminat kosmetik Korea tahu jenama Etude House ini. Store Etude House memang sudah melebar dibanyak negara. Tapi jika anda sudah berada di Myeongdong, jangan lupa untuk berkunjung ke store Etude yang penampilannya serba merah jambu ini. Selain varian produk lebih beragam, tentu saja kemasannya cantik, make up yang perlbagai serta harga yang dikira mampu, membuat Etude House menjadi salah satu jenama kosmetik Korea paling popular khususnya di kalangan pelancong luar negara.

CLIO PROFESSIONAL
CLIO Professional adalah siri produk kosmetik Korea Selatan yang diperbuat dari bahan-bahan terbaik dari alam semula jadi. Pada asalnya ia direka untuk solekan profesional, CLIO kini boleh dinikmati oleh wanita yang mempunyai keinginan kuat untuk mengekspresikan keperibadian mereka.

ARITAUM
ARITAUM yang juga dikenali sebagai 'Sephora', Korea Selatan menjual beberapa produk dari jenama kosmetik terbesar lagi mewah seperti Amore Pacific. Laneige, IOPE atau Sulwahsoo adalah juga sebahagian daripada sub-produk wanita Amore Pacific. Jadi anda boleh membeli beberapa kosmetik berkualiti baik dari Korea Selatan di satu tempat jika berkunjung ke kedai ARITAUM ini.

Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti

OLIVE YOUNG
Selain berkunjung ke Aritaum, anda juga harus ke Olive Young. Tempat ini adalah syurga bagi peminat kosmetik atau aksesori Korea yang comel. Aneka pilihan yang ada di sini mungkin ada yang menepati kehendak dan citarasa anda.

Kalau Melancong Ke Myeongdong Korea Jangan Lupa Shopping Barang Kosmetik Dan Skincare, Murah & Berkualiti

ATOMY
Kosmetik dan skin care jenama Atomy dihasilkan oleh Kolmar Korea, salah satu kilang pengeluar produk kecantikan dan kosmetik terawal dan terbesar di dunia. KOLMAR banyak membekal produk keluaran mereka secara OEM dan ODM kepada syarikat syarikat kosmetik besar jenama popular dan mewah dunia. Jenama Atomy kini kian menjadi pilihan dan kegemaran ramai dan sudah berada di belasasan buah negara termasuk Malaysia. Tidak seperti kedai kedai kosmetik jenama Korea lain yang tersebut di atas, Atomy yang berpusat di Hanjuk, Gongju, Korea, menjual produk mereka secara online. Produk Atomy didakwa amat efektif dan mempunyai kesan yang pantas (300 X) dan mampu menembusi lapisan kulit dengan cepat kerana ketinggian teknologi penghasilannya yang disokong KAERI (Korea Atom Energi Research Institut) iaitu sebuah institusi milik pemerintah Korea Selatan.

Atomy tidak mementingkan kecantikan pembungkusan sebaliknya mengutamakan kualiti isi kandungan produk. Dan kerana itu produk produk Atomy adalah paling jimat dan murah berbanding jenama lain kerana Atomy tidak membazirkan kos untuk sesuatu yang tidak penting (packaging), sebaliknya mengutamakan result dan kesan akhir penggunaan dan kepuasan pengguna. Walau pun anda tidak berkunjung ke Myeongdong mahu pun ke Korea, anda boleh mendapatkan kosmetik dan skin care jenama Atomy ini di Mall Atomy Malaysia secara online.

Antara produk produknya yang menjadi kegilaan para wanita ialah Skin Care 6 System, Avening Care Set, Absolute Cell Active Skin Care Set, Absolute Spot Out Essence dan rangkaian kosmetiknya (lipstick dan maskara). Set Absolute Cell Active Atomy misalnya, berharga kurang dari RM1000 sedangkan jenama lain menjualnya hampir RM3000. Anda boleh fikirkan sendiri bagaimana Atomy mampu memberi harga yang terbaik dan jimat, semuanya kerana mereka tidak membazir kos untuk sesuatu yang tidak perlu selain kerana kos operasi KAERI (Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea) iaitu pusat penyelidikan dan pembangunan mereka (termasuk gaji para pakar yang ramai) dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Korea.

Sumber kredit: bm.cari.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI