
Kepada anda yang sedang membaca artikel ini, set kan di minda anda, untuk tampil cantik sebenarnya tak susah tau! Apa yang penting, anda harus rajin dan sentiasa peka dengan kulit tubuh anda.

Anda juga harus ingat, untuk tampil dan kekal cantik, tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak! Sebenarnya banyak cara mudah dan murah yang anda boleh cuba di rumah! Ini ialah senarai 5 tip menarik yang anda tidak tahu selama ini!
1. Bersihkan solekan
Harus diingat, solekan yang anda oleskan pada wajah harus selalu dicuci kerana ia merupakan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit jika dibiarkan terlalu lama. Oleh itu, cuci solekan mata kalis air dengan minyak kelapa, hasilnya cukup bersih! Malah sapukan juga pada wajah untuk menanggalkan sisa-sisa solekan. Selain kulit bersih, kulit juga menjadi lebih lembap. Bila kulit lembap, barulah semakin ‘glowing’ dan kurang masalah jerawat!
2. Kuku putih dan bersih
Ramai yang mengetepikan tentang kebersihan kuku. Kalau solekan cantik tapi kuku ada sisa-sisa hitam pun tiada guna juga tau!Untuk itu, apa kata anda cuba letakkan ubat gigi pada berus kuku. Kemudian gosok dengan lembut pada kuku yang telah direndam dalam air suam. Hasilnya? Kuku menjadi putih dan berkilat! Sesuai dilakukan selepas anda memasak. Ha! Kuning akibat kunyit pun boleh hilang.

3. Asah Kuku
Jangan biarkan kuku terlalu panjang. Nanti orang labelkan anda sebagai seorang yang pengotor! Jika anda tiada pengasah kuku, ambil sahaja kotak mancis dan asah kuku menggunakan bahagian tepi mancis yang bertekstur kasar. Kuku anda akan diasah sempurna.
4. Pin rambut kekal lama
Setiap kali anda menyepit rambut tentu ia mudah menggelungsur akibat licin bukan? triknya, ambil sehelai tisu dan letakkan penyepit rambut (bobbi pin) kemudian semburkan dengan penyembur rambut. Genggam bunjut tisu dengan penyepit rambut tadi dan goncangkan. Apabila disemat pada rambut, ia akan kekal kemas.
5. Segarkan mata
Bagi anda yang sentiasa menghadapi masalah mata kusam dan kuyu, oleskan penyamar noda pada sudut mata dan mesrakan. Kemudian letakkan sedikit pada puncak bibir. Anda akan tampak segar serta merta!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Kali Pulang Dari Mengerjakan Umrah, Stail Rambut Terbuka Dan Dipertontonkan Kepada Umum. Terasa Banyak Kongsi Dosa Kepada Orang Lain

Isi Kandungan
ToggleAura figura ini begitu kuat sekali tarikannya. Bukan sahaja di negara kelahirannya, Indonesia tetapi melewati bumi Malaysia. Jika tidak masakan beliau berjaya mengumpul followers di laman sosial Instagram hingga 25 juta.
Pemilik nama Laudya Cynthia Bella, 31 tahun ini nyata mempunyai tarikan tersendiri. Bukan sahaja dianugerahkan oleh Illahi seraut wajah jelita, tetapi juga punya personaliti cukup menyenangkan. Sikapnya yang merendah diri, mudah mesra dan tidak lokek senyuman menjadi pakej lengkap bagi anak kelahiran Bandung, Indonesia ini.
Perkahwinannya dengan personaliti dari Malaysia, Engku Emran sekitar tiga tahun lalu turut memberi impak kepada pengikutnya tidak kira di Indonesia atau Malaysia. Malah perkahwinan keduanya yang dianggap ‘wedding of the year’ ini turut memberi petanda baik hubungan dua hala antara negara berjiran.
Biarpun mempunyai tugasannya sendiri di tanah kelahiran, namun anak keempat dari empat orang adik beradik ini tidak sedikitpun rasa lelah berulang alik dari Bandung ke Kuala Lumpur. Memahami tugas sebagai isteri yang perlu berada di samping suami, Laudya Cynthia Bella atau mesra dipanggil Bella berkata jarak tidak jadi penghalang untuk menghangatkan cinta mereka.
Ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, Hijabista sempat membuat temujanji untuk sesi fotografi dan temubual bertanya perkembangan terkininya sambil mencungkil sisi peribadi beliau yang ramai tidak tahu.
Menunaikan Tanggung Jawab Sebagai Seorang Isteri Dan Juga Turut Bergelar Usahawan
Untuk perkembangan terkini, Bella masih lagi sibuk menguruskan kerja dan dalam masa sama menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga turut bergelar usahawan.
Kita boleh lihat Bella kini semakin aktif bergelar usahawan dengan permulaan membuat kek Makuta, menjual hijab dan kemudiannya pula mahu mengeluarkan jenama baju sendiri. Apakah Bella sudah tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan?
Sebenarnya Bella masih lagi aktif berlakon. Cumanya Bella hadkan aktiviti seni dengan hanya menerima tawaran satu filem dalam setahun. Ini kerana sebaik saya berkahwin, priority memang lebih kepada keluarga saya.
Rutin Berulang-ali Dari Bandung Ke Kuala Lumpur Sedikit Pun Tidak Menyusahkan Bella
Terus terang Bella akui, travel ini sedikit pun tidak menyusahkan. Malah Bella sangat enjoy menikmati travel antara kedua buah negara. Ini kerana Bella memang suka travelling, jadi perkara itu tidak menjadi masalah. Lagipun tidak jauh, hanya beberapa jam sudah sampai ke destinasi. Kita andaikan, jika breakfast di Bandung, makan tengah hari dan malam di Kuala Lumpur.
Tenang Apabila Menyarungkan Hijab
Alhamdulillah Bella sudah empat tahun berhijab. Memang Bella rasa sangat tenang apabila dapat menyarung hijab di kepala sejak empat tahun lalu. Alhamdulillah sehingga hari ini Bella masih kekal berhijab.
Bella mula mengenakan tudung pada 28 Januari 2015. Bella memang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan ketika itu terfikir mudahnya Allah beri rezeki untuk ke rumahNya. Dan setiap kali pulang dari mengerjakan umrah, stail rambut terbuka dan dipertontonkan kepada umum. Jadi terasa begitu banyak kongsi dosa kepada orang lain yang mengikuti stail saya. Dari situ saya terfikir untuk berubah. Kenapa kalau sebelum ini saya hanya menuruti kata orang lain, tetapi suruhan Allah yang wajib ini kita jauhi. Akhirnya saya nekad untuk berhijrah dan terus belajar mendalami agama Islam. Bagi Bella agama Islam itu sangat indah dan sempurna sekali. Bella bersyukur kerana mendapat sokongan dari keluarga dan teman-teman.
Sejak Berkahwin Bella Sangat Menitik Beratkan Soal Aurat
Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang isteri dan wanita muslimah. Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan suami Bella gemar Bella memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh.
Pandangan Bella bagi mereka yang berhijab tetapi tetap boleh bergaya on point dan tetap cantik secara luaran dan dalaman.
Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan celana atau skirt labuh. Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih berusaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
Niat Tetap Istiqomah
Tidak dinafikan memang payah bagi seseorang itu untuk kekal istiqamah, tetapi Bella masih mampu melakukannya. Boleh beri 5 tip mudah untuk berhijab.
1. Niat
2. Istiqomah
3. Yakin apa yang dilakukan hanya untuk Allah
4. Pada masa nak memakai niat dalam hati, “Saya lakukan ini hanya untuk Allah SWT”. Tolong berikan kenyamanan yang MashAllah”.
5. Memakai hijab yang fabriknya bagus, jadi akan membuatkan kita rasa selesa.
Dikurniakan wajah yang cantik dan halus adalah anugerah dariNYa, untuk kekalkan keindahan yang diberi olehNya Bella juga seperti hijabi di luar.
Memang Bella sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia adalah anugerah dari Allah. Biasanya kalau tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap malah tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka. Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah. Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda.
6 barang yang memang wajib ada dan dibawa oleh Bella dalam beg
1. Eye glow
2. Concealer
3. Maskara
4. Blusher on cream
5. Lip balm
6. Eyeliner
Bahagikan Masa Sebagai Seorang Isteri, Usahawan Dan Juga Kerjaya Sebagai Pelakon.
Sebenarnya sekarang ini Bella memang banyak hadkan masa untuk berlakon. Lebih fokuskan kepada urusan bisnes dan sudah mula menjual tudung dengan membuka butik di Malaysia. Di sini urusan kerja hanya 20 peratus sahaja tetapi selebihnya memang banyak diluangkan di Indonesia. Ini kerana segala aktiviti kerja banyak tertumpu di Indonesia.
Ramai hijabi muda di luar sana yang mahu menjadi seorang usahawan seperti Bella. Ini tip yang boleh Bella kongsikan untuk hijabi jadi usahawan berjaya seperti Bella.
1. Berdoa dan minta doa kepada orang tua.
2. Rajin amalkan sedekah
3. Jujur dengan produk yang dijual
4. Menyukai dan memakai produk dijual.
5. Sentiasa fokus
Hasrat 2019 Dan Fokus Menyambut Puasa
Tahun ini tahun ketiga berpuasa bersama suami, suasanaanya di Malaysia dan Indonesia
sangat berbeza berpuasa di kedua-dua buah negara ini. Bagi Bella, kalau di Malaysia memang Bella fokus melakukan ibadah. Jika di Indonesia pula, Bella perlu menghadiri banyak acara atau jemputan berbuka puasa bersama keluarga serta teman-teman. Jadi Bella memang lebih senang berpuasa di Malaysia.
Bercerita mengenai hasratnya melangkah ke tahun 2019, tentu sahaja Bella dan suami ingin menimang cahaya mata insyallah rezeki Allah Bella terima dengan hati terbuka.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perlu Pakai ‘Sun Screen’ Walaupun bekerja Di rumah. Menurut Pakar, Anda Mungkin Terdedah Dengan Kanser Kulit

Isi Kandungan
ToggleAnda fikir boleh mengelak dari memakai sebarang krim SPF semasa bekerja dari rumah kerana krisis korona virus? Tidak. Sudah tentu tidak. Di sini, pakar kecantikan menjelaskan mengapa pelindung matahari masih diperlukan sepenuhnya semasa dikuarantin di dalam rumah.
Berbicara mengenai perlindungan matahari, salah satu kesalahpahaman yang paling umum ialah anda tidak perlu memakainya di dalam rumah. Malangnya, itu tidak benar. Dan memandangkan kita semua akan terjebak dalam jangka masa yang panjang untuk mengelakkan penyebaran COVID-19 yang berterusan, sudah tiba masanya untuk kita menetapkan rekod tidak terus bertambah untuk kebaikan semua.
Tingkap kaca biasa penyumbang penuaan dengan cepat
“Ini satu kesilapan yang biasa bahawa anda tidak perlu memakai pelindung matahari ketika berada di dalam rumah,” kata Joyce Park, pakar dermatologi yang berpangkalan di California.
“Tingkap kaca standard menyekat UVB tetapi tidak sinar UVA, yang dapat menembusi lebih jauh ke dalam kulit daripada sinar UVB, [dan] merupakan faktor penyumbang utama kepada penuaan – yang mana perubahannya dilihat sebagai bintik gelap, kedutan, dan tekstur berwarna kulit. ”
Sinaran UVA boleh menyumbang kepada kanser kulit, yang merupakan sebab utama pakar kecantikan mengesyorkan slathering pada SPF semasa di dalam kandungan krim, dan terutama jika anda duduk di tepi tingkap atau di dalam bilik dengan pancaran cahaya matahari.
Joshua Zeichner, ahli dermatologi yang diperakui oleh lembaga dan pengarah penyelidikan kosmetik dan klinikal dalam dermatologi di New York City, menegaskan “Cahaya UVA meresap ke kanan melalui kaca tingkap. Jadi, pelindung matahari pasti bermanfaat walaupun anda berada di dalamnya,” katanya. “Jika anda duduk di dekat tingkap di tempat kerja, atau di sebelah tingkap di gym, anda sebenarnya mendedahkan diri anda kepada cahaya UVA, yang bertanggungjawab untuk penuaan awal dan kanser kulit.”
Posisi anda berkerja di rumah
Zeichner mengesyorkan memakai SPF klasik, atau pelembap yang mengandungi pelindung matahari, dengan sekurang-kurangnya spektrum luas SPF 30. Beberapa pilihan editor Hijabista untuk anda mengekalkan kulit sihat dan cantik ketika bekerja di rumah.
1. Hada Labo Air Aqua UV Fresh SPF50 PA+++
Sunblock untuk kulit kusam, menghindari kulit dari kesan penuaan
Seperti yang anda sedia maklum, pendedahan berterusan di bawah sinaran UV mungkin menjadi penyebab utama pada tanda awal penuaan atau kekusaman. Oleh itu, sunblock dari Hada Labo yang bertekstur krim ini memberi 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya buat kulit anda.
Sunblock ini juga mempunyai bahan anti penuaan untuk keperluan kulit agar tampil kekal muda serta bebas dari kedutan dan garis halus. Pastikan anda memakainya secara konsisten untuk memastikan penghidratan dan menenangkan kulit kering akibat pendedahan matahari.
2. L’OREAL Paris UV Perfect Even Complexion (30ml)
Sunblock dengan hasil kemasan matte, kulit kekal bebas minyak
Bersifat ultra-ringan dan muda meresap apabila bersentuhan pada kulit, L’Oréal Paris UV Perfect Matte & Fresh adalah intipati cecair yang tidak melekit serta bebas minyak. Sunblock ini menawarkan perlindungan sehingga 12 jam bagi melindungi kulit sepenuhnya daripada penuaan, kegelapan dan radikal bebas.
Diperkaya dengan penapis Mexoryl, losyen pelindung ini melindungi kulit wajah agar tampil bebas minyak atau kilat serta tidak menyebabkan kulit mengering. Meninggalkan kulit menjadi lebih lembut, licin dan berseri dari sebarang polusi merbahaya. productnation
3. INNISFREE Daily UV Protection Cream No Sebum SPF35 (50ml)
Sunblock khas dari Korea tanpa sebum terbaik
Sunblock dari Innisfree yang mengandungi ekstrak Sunflower Oil dan Jeju Green Tea yang berfungsi dengan baik bagi mengawal penghidratan selama 5-6 jam. Krim dari Korea tanpa sebum ini juga mempunyai penapis mineral 100% untuk menguruskan dan menghalang kulit anda daripada berminyak serta peluh untuk memastikan kulit sentiasa tampil berseri.
Sesuai untuk kulit wanita Asia, pelindung matahari Korea ini menggunakan pelbagai ramuan yang lengkap melindungi kulit anda sepenuhnya daripada sinaran UVB dan UVA yang terik.
4. Supergoop! Everyday Sunscreen With Sunflower Extract SPF50
Sunscreen yang mengandungi perlindungan SPF50
Tanpa anda sedari, aktiviti harian selalunya mendedahkan kulit kita kepada sinaran matahari secara aktif, mengakibatkan kulit menjadi kusam. Ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun, mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit.
Buat anda yang mempunyai masalah pertumbuhan jeragat, cari produk yang mengandungi SPF tinggi seperti sunblock dari Supergoop ini demi melindungi kulit dari kerosakan sinaran matahari.
5. Watsons Aqua UV Sensitive Sun Protection Spray (150ml)
Sunblock spray dari drugstore – diuji secara dermatologi
Sunblock daripada Watsons ini mempunyai teknik semburan yang membuatkan ianya amat senang untuk diaplikasi juga sesuai untuk touch-up makeup ketika berada diluar. Dirumus khas untuk kulit sensitif, sunblock ini bersifat lembut dan tidak meriritasikan kulit serta sesuai untuk kulit bermasalah seperti ekzema, proriasis dan rosacea.
6. Naruko Tea Tree Anti-Acne Sunscreen SPF50 (30ml)
Sunblock dengan zinc oxide untuk jerawat, ditambah minyak Tea Tree
Jika anda mengalami masalah jerawat dan cerewet untuk memilih sunblock yang sesuai dengan kulit rawan jerawat anda, cubalah jenama Naruko ini. Sunblock ini mengandungi minyak Tea Tree, asid Salicylic dan zinc oxide yang membantu mengecutkan jerawat. Dengan kemasan matte, sunblock ini juga amat sesuai untuk digunakan hari-hari tanpa berpeluh dan melekit.
7. Shiseido SENKA Perfect UV Gel SPF50 PA+++
Sunblock oil-free yang bertekstur gel dan sesuai untuk kulit berminyak
Inginkan sunblock yang sesuai untuk kulit muka berminyak? Produk sunblock ini sesuai untuk kulit anda kerana teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit. Tambahan pula, anda boleh menggunakan produk ini pada badan atau muka. Kulit akan dilindungi dari sinaran UV dalam jangka masa yang lama, jika anda kerapkali memakainya.
Sunblock bebas minyak ini dapat menghalang kulit anda daripada penghasilan minyak atau sebum berlebihan semasa berpeluh. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.
Peraturan Mengaplikasi ‘sun screen’
Beberapa peraturan yang wajib anda perlu titiberatkan untuk memakai sunscreen ketika di rumah bergantung pada posisi mana yang anda duduk di rumah.
- “Sekiranya anda berada berhampiran dengan tingkap, peraturan yang sama diguna: Gunakan semula sekali setiap dua jam,” pendapat ahli dermatologi di New York City.
- Guna mineral powder yang mengandungi sunscreen supaya tidak mengganggu lapisan solekan anda.
- Bagaimana jika anda memakai solekan yang mengandungi SPF di dalamnya? Adakah ini mencukupi? Bergantung pada berapa banyak solekan yang anda pakai, dan jumlah SPF yang terkandung.
- “Jika solekan anda menawarkan spektrum luas SPF 30 atau perlindungan yang lebih tinggi dan anda memakai cukup – kira-kira saiz nikel untuk menutup muka sahaja – untuk mendapatkan SPF yang meliputi semua kawasan terdedah, maka ini mencukupi,”.
- “Jangan lupa tentang kawasan terdedah bukan muka, walaupun anda memakai baju lengan panjang, anda mungkin tidak menutupi kawasan tersebut dengan solekan.”
Semua produk yang dipaparkan dari Hijabista dipilih secara berasingan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli ‘Perfume’ Mahal Tak Tahan Lama? Cuba Teknik ‘Layering’ Mesti Semerbak Baunya!

Isi Kandungan
ToggleSedihkan sis bila dah beli perfume mahal-mahal tapi bau tetap hilang tak sampai separuh hari. Nak re-apply balik pun kita akan fikir berkali-kali takut cepat pula habis perfume yang mahal itu.
Teknik semburan pada nadi dah cuba, tetap sama. Pernah dengar pasal layering perfume? Ha, ini mungkin jadi solusi kepada masalah perfume yang cepat hilang baunya!
Artikel berkaitan: Keliru Dengan Haruman Bunga Minyak Wangi, Kenali Dahulu Jenis-Jenis Aroma Sebelum Membeli. Paling Sempurna!
‘Layering’ Untuk Haruman Berpanjangan
Siapa sahaja tidak tahu cara pemakaian perfume gaya pempengaruh Khainina Khalil. Dia juga turut berkongsi di TikTok cara anda ‘layering perfume’ untuk bau yang tahan lama!
Pakai ‘Oil‘ Atau Losen Pewangi
Penggunaan ‘oil perfume‘ atau losen boleh membuatkan bau wangian anda tahan lebih lama. Ia juga berpotensi mengekalkan setiap semburan wangian anda. Jadi anda perlu mencari satu produk ‘oil perfume‘ atau losen pewangi yang serasi dengan citarasa anda.
Cara penggunaan pula adalah sejurus anda habis mandi, sapukan pada setiap bahagian nadi. Letakkan di leher dan juga lengan anda untuk ratakan produk itu secara menyeluruh.
Gunakan ‘Base Perfume’ Pilihan Anda
Seperti Khainina, dia akan menggunakan kombinasi pewangi EDP ‘Eau De Parfum’ dan EDT ‘Eau De Toilette’ sebagai base perfume untuk tambahkan lagi wangian yang berpanjangan.
Tujuannya menggunakan gabungan kedua jenis wangian ini adalah untuk menyatukan satu kombinasi bau yang lebih menarik! Tapi anda juga boleh menggunakan salah satu sama ada EDP atau EDT sebagai base!
Artikel berkaitan: Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih
Caranya, Khainina akan pakai dua jenis bau yang berbeza sebagai contoh EDP ada bau seperti Vanilla dan EDT pula mempunyai bau bunga. Kedua campuran itu akan memberikan satu bau yang cukup menarik dan menjadi signifikasi buat diri anda!
@khaininakhalil Replying to @Daisy Lens ♬ original sound – Khainina Khalil
Sumber: TikTok @khaininakhalil
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI