Pelakon jelita anak kelahiran Sabah, Nonny Nadhirah yang menghilangkan diri selama tiga tahun selepas terpalit dengan kontroversi akhirnya bertemu dengan sahabat karibnya, usahawan Norsyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Milla Jirin.
Mila berkata dirinya seumpama bermimpi apabila akhirnya dipertemukan kembali dengan Nonny, setelah sekian lama berusaha mencari dan menghubungi rakan baiknya itu.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Mila sendiri, apabila dia memuatnaik video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan pertemuan bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah pada Ahad malam.
Hantaran video berkenaan memaparkan Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, hadir dengan berpakaian serba hitam. Namun, apa yang menarik perhatian Hijabista ialah penampilan Nonny yang dilihat sudah kembali menutup aurat dan berhijab.
Mila Hampir Terbang Ke Sabah Mencari Nonny!
Ads
Menurut Mila, dia hampir terbang ke negeri di bawah bayu untuk tujuan mencari Nonny. Bagaimanapun, dihalang oleh Nonny yang enggan berkongsikan alamat rumahnya kepada Mila.
“Masya Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.
Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi pun mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah,” ujar Mila.
Mengulas lanjut, Mila turut memanfaatkan kesempatan itu untuk meluahkan rasa sayang terhadap rakan baiknya dan berharap agar persahabatan mereka berkekalan dan tidak akan terputus hubungan lagi.
“Selepas tiga tahun baru berjumpa, Alhamdulillah… Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan,” seloroh Mila.
Sekadar info, pada 2021, Nonny mula menjadi sebutan netizen apabila memuat naik video dengan penampilan baharu yang lebih seksi sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan-rakannya.
Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan untuk memasak.
Cili kisar bukan sahaja mempercepatkan proses memasak tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Maka sebab itulah amat penting ibu-ibu membuat stok cili kisar untuk memudahkan urusan di dapur di samping mempercepatkan proses memasak di dapur terutama buat ibu-ibu yang bekerja.
Ikuti perkongsian berikut:
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua, letak air dan mesin.
Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di bawah. Tapis biji dari cili.
Taadaa..Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
Selepas ini tiada alasan lagi untuk malas 'turun' ke dapur. Dengan adanya cili kisar ini, kerja-kerja memasak menjadi mudah dan cepat.
Sumber kredit: Nor Atiqah Othman via Masa Apa Hari Ini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tekad membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya kaum wanita, pempengaruh dakwah terkenal yang juga seorang usahawan, Aisyah Hijanah sanggup mendermakan koleksi tudung terbaharunya yang belum dilancarkan di pasaran lagi kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Aisyah, koleksi tudung terbaharunya itu sepatutnya dilancarkan pada bulan hadapan.
“Sepatutnya tudung ni saya nak launch bulan depan. Tapi ada yang lebih memerlukan. Tak mudah bila kita hilang segala-galanya.
“Mangsa banjir benar-benar kuat. Kita sama-sama muslimah, sama-sama nak jaga diri. Allah uji sebab Allah sayang.
“Kita sumbangkan tudung sarung ini kepada mangsa-mangsa banjir yang lebih perlu,” tulisnya di TikTok.
Selain itu, Aisyah juga turut menjelaskan bahawa golongan warga emas terutamanya lebih selesa mengenakan tudung sarung berbanding selendang ketika keadaan panas apatah lagi dalam penempatan yang sesak.
“Ini impian saya nak mudahkan semua muslimat. Nak bantu mereka. Ini jihad saya”, tambahnya.
Di samping itu, Aisyah turut mendoakan agar urusan mangsa-mangsa banjir ini dipermudahkan dan semoga dirinya tidak lalai dengan nikmat di dunia.
“Semoga Allah mudahkan urusan semua mangsa banjir. Terima kasih yang menyokong saya. Semoga Allah tak hanyutkan saya dengan nikmat dunia semata-mata,” luah Aisyah.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nabi Muhammad SAW merupakan teladan sempurna untuk kita. Beliau memiliki akhlak atau sifat yang begitu mulia. Beberapa sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW antara lain amanah dan jujur. Nabi Muhammad dikenal sebagai peribadi yang jujur, bahkan sejak beliau belum diangkat menjadi nabi.
Kita tahu bahawa jujur atau bertindak benar, termasuk dalam salah satu sifat mulia yang mendatangkan ampunan dari Allah. Tentu kita ingin termasuk orang-orang yang diampuni, maka kita pun harus bersikap jujur.
Melihat pada satu entri di halaman facebook perkongsian Dr Ahmad Samhan , doktor di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, pelbagai peel dan perangai pesakit yang datang membuat pemeriksaan jankitan virus covid-19. Bukan mudah untuk memeriksa satu persatu pesakit. Tetapi ia akan jadi mudah jika anda mempunyai kejujuran.
Ikuti pengalaman Dr Ahmad Samhan bersama seorang pesakit positif dijangkiti virus korona 19.
DOKTOR: “Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?” Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama.
PESAKIT: “Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?” Aik? Kita pula yang dipersoal. “Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya”
Kali ini pakar pula yang tanya,
DOKTOR: ”Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?” Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap sama.
PESAKIT: TIADA.
Seorang doktor walaupun mempunyai kepakaran tetapi sifat mulianya demi menjaga hati pesakit tetap bersabar dan bertenang walaupun jawapannya mencurigakan.
Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru). “Ini Doktor S ke?” “Ya saya.” “Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.” Terduduk. Tercengang. Kelu.
Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan.
Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit disebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU.
Lebih 10 orang doktor, misi dan staff kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani test.
Dah terlambat.
Ini kisah yang diceritakan oleh salah seorang sahabat yang dikuarantin beberapa hari lepas.
Adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan? Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli.
Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain. Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan.
Dr Ahmad Samhan
-berterus terang itu satu kejujuran-
Telah disebutkan sebelumnya, dalam Islam kejujuran dikenal sebagai ash shidqu. Istilah ini juga dijadikan sebagai julukan bagi Nabi Muhammad SAW yang memiliki sifat jujur. Kejujuran, dalam Islam memiliki keutamaan tersendiri dan akan menjadi penyebab datangnya pahala dan rahmat dari Allah.
Seseorang yang memiliki sifat jujur akan memperoleh kemuliaan dan darjat yang tinggi dari Allah. Hal ini tercermin dalam firman Allah di surat al Ahzab ayat 35 yang artinya, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang sidiqin (benar), laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah Telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”.
Kata bohong menjadi sebuah kata yang begitu erat kaitannya dengan kehidupan seharian. Hal ini bukan tanpa alasan mengingat setiap orang tentu pernah berbohong. Sulitnya menghindari bohong menjadikan bohong sebagai sebuah penyakit segala zaman yang begitu susah untuk dihilangkan.
Bohong merupakan salah satu penyebab utama dari segala macam kekacauan yang sering ditemukan pada kehidupan sehari- hari. Akibat dari bohong sendiri tidak hanya dirasakan oleh pelaku melainkan juga bagi orang lain.
Ketika kebohongan sudah merajalela dimana- mana, hal ini dapat memicu terjadinya rasa saling benci antara sesama. Jika sudah demikian maka asas kebersamaan serta tolong menolong antara sesama akan menghilang dengan sendirinya. Tidak hanya itu, namun kebohongan juga dapat memicu hilangnya rasa akrab antar teman sehingga tercipta suasana yang tidak selesa.
Berbohong dapat menyebabkan seseorang melakukan perbuatan keji seperti adu domba, hingga menyebar fitnah yang orang tersebut tak melakukannya. Inilah yang disebut bahaya lidah menurut agama islam, sehingga setiap mukmin harus menjaga lisannya agar selalu berkata yang baik.
Ada beberapa dalil tentang bohong yang dapat dijadikan sebagai panutan supaya terhindar dari perbuatan ini karena tidak disukai Allah. Hal ini tertuang dalam surat Al Israa’ yang berikut ini:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al Israa’: 36)
Bohong bukan hanya merugikan diri sendiri dan orang lain, namun juga membuat pelakunya berdosa dan akan dimintai pertanggung jawabannya ketika di akhirat nanti. Anda hanya perlu bekelakuan jujur, terkadang Allah menguji hambanya pelbagai cara. Bercakap benar itupun satu ujian Allah sama ada kita ini tinggi ilmu agama atau tidak mungkin disebabkan kejujuran itu anda diuji.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.