Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir dua tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza. Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia hampir setahun. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis. Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 3.8 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K. Malah turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi meraikan kejayaan dua gadis hijabi, Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina yang telah bertungkus lumus menguruskan perniagaan ‘Pulut & Kopi’ selama satu tahun.
Kedua hijabi ini memulakan langkahnya dengan ditemani sebuah van usang bersama sekaki payung comel berwarna putih, ditepi jalan di sekitar Kajang yang menjual makanan tradisi melayu iaitu secangkir kopi Arin dan Pulut Kuning Tradisi aneka lauk.
Hasil kegigihan dan titik peluh dua wanita muda ini yang tidak pernah mengalah dan berputus asa menghadapi cabaran, membuatkan perniagaan mereka berkembang pesat dan mengaut keuntungan di luar jangkaan.
Malah, Genap setahun mengusahakan perniagaan Pulut & Kopi, pasangan hijabi ini telah dikurniakan rezeki tak terjangka dari Allah iaitu mereka berjaya membuka kafe mereka sendiri, berbekalkan keuntungan perniagaan yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, kisah Pulut & Kopi ini tular dilaman sosial berikutan keunikan gerai jalanan mereka yang berkonsepkan ‘old school’ hingga berjaya meraih perhatian sekaligus menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan sebuah portal infortainment, dua usahawan muda berjaya ini, Nor Fazrina Fazrin, 28, atau Arin berkata, dia dan juga rakan kongsi perniagaan yang merupakan sahabat karibnya sendiri, Iffah Irdina tidak pernah menjangkakan semua ini.
Jelasnya lagi, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari, gerai tepi jalan yang diusahakan mereka bakal menjangkau ke tahap lebih tinggi, apatah lagi hingga berjaya memiliki kafe sendiri dalam tempoh singkat satu tahun.
“Masa mula-mula buka kafe Pulut & Kopi, sejujurnya terlintas juga perasaan takut dan bimbang di kepala saya dan Iffah. Sebab sebelum ini tak terfikir berjaya ada kafe.
“Bila dah ada kafe, semestinya komitmen pun bertambah. Memanglah orang kata, senang berniaga tepi jalan sebab tak payah bayar apa-apa komitmen. Tapi sampai bila nak berniaga tepi jalan?
“Jadi, berbekalkan keberanian, kami mencuba. Adat berniaga, turun naik mesti ada tapi apa yang kami buat adalah cuba untuk kekalkan kualiti dan rasa seperti sebelum ini,” ujarnya.
Apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah apabila Arin memaklumkan, mereka langsung tidak mengambil khidmat kontraktor bagi tujuan merenovasi kafe mereka, sebaliknya ia adalah hasil usahasama mereka berdua dengan bantuan dua lagi rakan lelaki.
“Dari bancuh simen, ikat bata hinggalah dekorasi, semuanya kudrat kami berempat. Sejujurnya, kami tidak mengambil sebarang loan untuk renovasi.
“Guna keuntungan dari rolling gerai saja. Jadi konsep kafe ini simple dan minimalis,” kongsinya.
Bagaimanapun, mengulas berkenaan perubahan menu kafenya itu, Arin menjelaskan bahawa mereka masih mempertaruhkan menu ‘signature’ iaitu kopi dan pulut kuning.
Cuma terdapat penambahbaikan menu kafe yang memperkenalkan menu baharu bertemakan makanan tradisi Melayu.
“Untuk menu makanan, kami tambah lempeng dan nasi impit untuk dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging atau sambal ikan bilis petai. Ada juga kuah kacang. Dan terbaharu ada kek sarang semut dan roti kukus. Semuanya menu Melayu, tiada menu masakan barat.
Sejak beroperasi di kafe pada Mac tahun lalu, Arin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima dalam tempoh kira-kira 10 bulan itu.
“Orang ramai yang mula-mula sokong sejak Pulut & Kopi bermula di rumah dan di gerai tepi jalan, masih terus menyokong sehingga ada kafe.
“Tak kurang juga, ada yang beritahu datang dari jauh selepas tahu dari media sosial.
Semua inilah yang membuatkan Pulut & Kopi sentiasa bersemangat waja untuk kekal berdiri megah meskipun terpaksa bersaing sengit dengan kafe-kafe hipster lain, yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai rekod, Kafe Pulut & Kopi terletak di Bandar Teknologi Kajang, kira-kira 300 meter dari lokasi tapak gerai sebelum ini. Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’ nyanyian Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini telah melebarkan sayapnya hingga ke persada antarabangsa.
Bukan sahaja cantik, bijak dan berbakat dalam bidang nyanyian, bekas graduan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu juga turut mempunyai kelebihan bertutur dalam tiga bahasa.
Selain boleh bertutur dalam bahasa Ibunda iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Antarabangsa, Bahasa Inggeris, Yuna juga fasih bertutur dalam bahasa ketiga iaitu Bahasa Sepanyol.
Perkara berkenaan ditonjolkan Yuna menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya yang berjaya menguasai bahasa asing dari negara Sepanyol itu dalam tempoh cuma satu bulan.
“One month progress! I need more practice!,” tulis Yuna pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Lebih memeranjatkan lagi apabila, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini berjaya menguasai bahasa berkenaan dalam jangka masa sebulan sahaja.
“Hi semua, selamat pagi. Hari ini, saya praktikkan bahasa Sepanyol yang saya pelajari selama sebulan.
“Hampir sebulan saya belajar bahasa ini, jadi kepada semua, yang ingin tanya soalan kepada saya silakan ya,” kata Yuna dalam bahasa Sepanyol menerusi video tersebut.
Pada hantaran sama, Yuna turut membuka peluang agar para peminat bertanyakan sebarang soalan dalam bahasa Sepanyol dan Yuna akan menjawabnya sebagai praktis untuk bertutur bahasa berkenaan dengan lebih baik.
Yuna dan suami yang telah lama menjadi anak rantau dan bermastautin Amerika Syarikat itu dilihat mampu bertutur dalam Sepanyol dengan baik dan lancar, meskipun hanya baru sahaja mempelajari bahasa tersebut.
Hijabista sempat meninjau ke ruang komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan bangga dengan kebolehan bertutur bahasa Sepanyol yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu.
Berikut merupakan beberapa komen positif yang ditinggalkan netizen pada hantaran Yuna.
“Omg, saya suka Yuna mempelajari bahasa Sepanyol ini, dan mampu bertutur dengan fasih walaupun hanya sebulan dia belajar bahasa ini,” ujar pemilik akaun Instagram @denissehrndz.
Menurut seorang lagi pemilik akaun @heriznaga, katanya, berharap sangat Yuna boleh datang ke Mexico, dan menunggu untuk lagunya dalam bahasa Sepanyol.
“Hello Yuna, fasih dan bagus pertuturan anda dalam bahasa Sepanyol ini. Saya merupakan seorang guru bahasa Sepanyol, sila rujuk saya kalau Yuna ingin terus berlatih bahasa ini. Harap akan ada lagu Yuna dalam bahasa Sepanyol,” ujar pemilik akaun @mispasos pula.
Malah, para peminat Yuna yang begitu teruja turut berharap agar akan ada lagu yang dinyanyikan Yuna dalam bahasa tersebut.
Garisan kening kanan dan kiri tak sama? Ah risau! Ini bukan perkara biasa yang anda boleh ambil ringan ya! Bukan sahaja orang akan labelkan anda tidak pandai bersolek, tetapi solekan anda akan tampak seperti kanvas putih untuk aktiviti melukis kanak-kanak. Malulah!
Jangan risau! Bawa bertenang. Untuk mendapatkan lukisan garisan kening yang sempurna bukan senang tetapi ia akan jadi lancar apabila anda tahu teknik yang betul untuk melakukannya! Jadi, team Hijabista akan kongsikan kepada anda teknik yang betul melukis kening yang kemas, rapi dan sempurna!
Langkah 1
Solekan yang kemas tidak akan dimiliki tanpa peralatan yang mencukupi. Oleh itu, pastikan anda memiliki peralatan yang lengkap seperti celak kening dan juga maskara kening. Gunakan ‘concealer’ cerah bagi anda yang tidak mahu untuk cukur kening untuk memastikan garisan kening lebih kemas dan tidak comot.
Langkah 2
Seterusnya, lukis bahagian bawah kening dengan dengan satu garisan lurus. Pastikan di bahagian hujung kening di lukis dengan jelas. Langkah ini bukan sahaja menjadikan mata anda tampak lebih seksi dan galak, tetapi ia juga menjadikan mata anda lebih kecil.
Langkah 3
Kemudian, lukis bahagian atas pula dengan satu garisan lurus dan lukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.
Langkah 4
Ratakan warna kening dengan oles-kan maskara kening. Di nasihatkan agar anda menggunakan tona yang sedikit cerah bagi memastikan kening anda natural. Jangan menggunakan tona yang begitu terang kerana ia membuatkan solekan anda tampak berat dan terlalu beria!
Langkah 5
Langkah terakhir, kemaskan bawah kening dan penjuru kening dengan menggunakan concealer bagi menutup celaan solekan anda.
Mudah kan untuk memiliki solekan kening yang sempurna? Apa yang penting, anda harus tahu teknik yang betul dan usah berputus-asa untuk sellau mencuba dan terus mencuba menghasilkan solekan yang cantik, kemas, rapi dan sempurna!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.