Ibu kepada Evie Khadeeja yang juga pelakon, Intan Ladyana kini jarang dilihat menghiasi kaca televisyen sejak bergelar isteri kepada pelakon muda, Harris Alif.
Namun, menerusi hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Harris baru-baru ini, berkisarkan percutian mereka diatas sebuah cruise mewah telah mengundang rasa teruja khususnya buat peminat Intan Ladyana, apabila dia terlihat manis mengenakan hijab di sisi suami, sambil mendukung anaknya.
Penampilan Intan yang minimalis dan bersahaja menggayakan tudung bawal berwarna light gray itu menjadi perhatian dan sorotan netizen, yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan positif ini.
Selain itu, ramai yang mendoakan Intan agar kekal istiqomah untuk menutup aurat, sekaligus berharap agar Intan terus mengekalkan penampilannya untuk bertudung, di masa hadapan.
Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan yang dilakukan oleh Intan mahupun Harris mengenai penampilan terbaharu yang dipaparkan itu, bagaimanapun Hijabista mendoakan agar perkara baik sebegini, dapat dikekalkan oleh Intan.
Untuk rekod, Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Evie Khadeeja, yang kini sudah pun menjangkau usia sembilan bulan.
Ketika bersenam, anda sering mengabaikan wajah. Pipi, sama seperti bahagian lain badan kita, memerlukan senaman juga untuk mengekalkan bentuk badan.
Walaupun genetik memainkan peranan besar dalam masa yang sama ada diantara anda dikurniakan tulang pipi Angelina Jolie yang tajam, senaman muka yang kerap akan membantu. Lakukan rutin 8 langkah untuk nyahkan pipi pau anda menjadi wajah yang lebih jelas dan dagu lebih tirus.
Mulakan dengan menggerakkan otot tengah pipi anda. Kerutkan bibir dan buka dan tutup mulut anda. Pastikan anda menolak bibir ke luar dan tegangkan muka anda supaya otot-otot tersebut bekerja.
Ulang: 15 kali
Sama seperti namanya, bayangkan sesuatu yang benar-benar menakutkan. Tolak satu sudut mulut anda ke belakang sambil menegangkan otot di leher. Anda melakukannya dengan betul jika anda dapat melihat garis pada leher anda di cermin.
Ulang: 15 kali
Semua orang tahu bagaimana untuk membuat muka lucu ini. Menghisap pipi anda dan mengerutkan bibir. Kemudian, condongkan kepala anda ke belakang dan bayangkan mencapai siling dengan dagu anda untuk regangan tambahan di leher dan dagu.
Tempoh: Tahan selama 10 saat, 15 kali
Tulang pipi yang tinggi akan membawa lebih banyak definisi kepada wajah yang gempal. Buka mulut anda dengan senyuman bujur dengan bibir anda menutup gigi anda, bawa jari anda ke tulang pipi anda, dan tolak ke atas untuk mengangkat wajah serta-merta.
Tempoh: Tahan selama 30 saat
Percaya atau tidak, hanya memejamkan mata, boleh membantu anda membakar lemak di pipi. Jadi pejamkan mata anda serapat mungkin dan ketatkan muka apabila anda melakukan ini untuk merasakan ketegangan di wajah anda.
Tempoh: Tahan selama 3 saat, 15 kali
Dagu anda kini boleh melakukan tekan tubi juga. Tolak bibir bawah ke atas di atas bibir atas anda dan angkat dagu anda setinggi yang anda boleh setiap kali.
Ulang: 15 kali
Bayangkan anda menyapa rakan lakukan salam semut. Kerutkan bibir anda seberapa banyak yang anda boleh dan gerakkan bibir anda dari kiri ke kanan. Pastikan anda pergi dari sisi ke sisi sejauh yang anda boleh.
Ulang: 15 kali
Ini bukan sahaja regangan yang hebat, tetapi juga pembakar lemak pipi yang berkesan. Tolak lidah anda ke belakang gigi hadapan bawah anda dan jatuhkan rahang anda sejauh yang anda boleh.
Ulang: 15 kali
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap bulan, semua wanita yang normal akan mengalami kitaran haid dan ia memerlukan anda untuk memakai tuala wanita. Terdapat pelbagai jenama dan jenis tuala wanita yang berada di pasaran. Antara jenama yang popular adalah Kotex, Whisper, Libresse, Laurier dan banyak lagi.
Selain jenama, anda perlu tahu jenis-jenis tuala wanita yang ada di pasaran supaya tidak tersalah pilih di kemudian hari. Tersalah beli nanti, anda pula yang susah.
Kadar haid setiap individu adalah berbeza. Ada yang sedikit dan ada juga yang banyak. Sekiranya darah anda sedikit, pakai sahaja tuala wanita jenis slim dan jika darah anda banyak, sebaiknya pakai tuala wanita yang lebih tebal iaitu maxi.
Pantyliner adalah tuala wanita yang mempunyai ukuran yang lebih kecil dan nipis daripada tuala-tuala wanita yang lain. Selalunya, pantyliner akan digunakan sebelum dan selepas datang bulan.
Namun, anda tidak digalakkan memakai setiap hari kerana dibimbangi muncul bakteria pula.
Khusus untuk malam hari, anda digalakkan memakai tuala wanita ekstra panjang. Posisi ketika anda baring dan pergerakan sewaktu tidur akan menyebabkan pergeseran. Oleh sebab itu, anda memerlukan tuala wanita yang lebih panjang, sekitar 28cm – 40cm.
Sesetengah individu suka memakai tuala wanita yang mempunyai sayap kerana ia akan melindungi bahagian tepi seluar dalam agar tetap bersih.
Terdapat tuala wanita yang mengandungi gel. Fungsi gel tersebut adalah untuk memaksimumkan penyerapan agar permukaan tuala wanita tetap kering. Daya penyerapan gel adalah lebih tinggi berbanding kapas.
Pantyliner dan tuala wanita yang dijual di pasaran juga ada yang mengandungi pewangi. Tujuan pewangi tersebut adalah untuk menutup bau yang kurang senang dari darah haid anda. Anda digalakkan menggunakan tuala wanita yang tidak mempunyai pewangi kerana pewangi hanya akan mengakibatkan iritasi pada kulit.
Tuala wanita ini diperbuat daripada kain dan anda boleh menggunakannya kembali selepas ia dicuci bersih. Tuala wanita reusable ini dikatakan lebih sihat dan eco-friendly.
Walaupun ia diperbuat daripada kain, ia memiliki lapisan untuk meyerap serta anti-bocor. Sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Majalah Remaja sekali lagi berkolaborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mencungkil personaliti remaja berpotensi menerusi pencarian Dewi Remaja 2019. Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif.
Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu. Selepas sesi ujibakat yang mengambil tempat pada awal September lalu, 20 orang finalis telahpun disenarai pendek oleh pihak juri dan penganjur.
Bukan mudah untuk memilih daripada hampir 600 peserta yang mencuba nasib. Ia bergantung kepada kriteria utama seperti latar belakang, pengetahuan, cara pembawakan diri, personaliti dan pakej lengkap yang ada pada diri peserta.
Jom sistur kita ‘dekati’ Finalis TOP 20 Dewi Remaja 2019
SYAMIRA IZZATI
22 tahun. Merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
“Namun jika saya terpilih menyertai Dewi Remaja itu tidak bermakna saya akan melupakan hasrat untuk menyambung pengajian. Pada saya, pelajaran itu amat penting. Kerana dengan adanya ilmu, barulah hidup kita akan dipandu. At the end, knowledge is the one that will help to guide and guard us,”ungkap Syamira.
Tambah Syamira lagi dia tidak terfikir akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
FARHA NABILA
Berusia 24 tahun. Merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College. Gadis ini ingin mengambil peluang dan menjadikan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk menimba pengalaman baru.
“Saya ingin membuktikan kepada mereka-mereka yang memandang rendah pada saya yang saya boleh berjaya. Dan secara tidak langsung, menjadi inspirasi kepada remaja-remaja wanita di luar sana.
“Saya harap dapat asah bakat dalam bidang seni dan juga dapat mempelajari sesuatu yang baru apabila menyertai Dewi Remaja. Walaupun saya seorang graduan diploma pembantu perubatan, namun saya tidak meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut, malahan, saya bekerjase sebagai seorang pramugari,”ujar Farha.
Ujar Farha, macam-macam pengalaman yang telah dilaluinya dalam bidang ini, dipuji, dimarahi penumpang, dan kadang-kadang tidak tidur tiga hari. Kenangan manis pun banyak, dapat bercuti ke pelbagai jenis lokasi dan negara.
“Tapi yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila saya mempunyai ‘layover’ di Lahore, dan cuaca di sana sangat sejuk. Saya tidak bawa baju sejuk untuk berjalan di sana namun ‘set crew’ ingin ke Kashmir sedangkan kawasan itu sudah dilitupi salji tebal.
“Saya pakai baju sampai lima lapis. Perjalanan dari Lahore ke Kashmir mengambil masa 8 jam dengan kereta. Namun kami tidak dapat ke tempat tinggal kami di Kashmir kerana jalan dilitupi salji tebal dan kereta tidak dapat melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki kaki bukit.
“Sebaik kami sampai, tempat tinggal kami tiada elektrik, maksudnya tiada heater. Kami tidur di atas katil, berhimpit bayangkan enam orang perempuan kerana inginkan haba. Kami juga buat teh dan merebus air menggunakan unggun api. Tapi, kami tetap enjoy. Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa,”cerita Farha.
Jika ditakdirkan menjuarai Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui bahawa dia akan menjadikan peluang ini untuk memperbaiki diri di samping mencari peluang baru dalam bidang seni. Gadis ini juga berazam untuk ingin menjadi ikon yang positif kepada anak muda selain bercita-cita untuk membantu golongan yang memerlukan jika ada rezeki yang lebih,”akhiri Farha.
AINA SHUADA FAIZAL
Berusia 22 tahun. Baru menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan pengurusan hartanah. Menyertai Dewi Remaja atas dorongan ibunya.
“Ibu percaya dengan keyakinan dalam diri saya dalam bidang ini. Sebenarnya dulu lepas SPM saya nak sertai Dewi Remaja tetapi ibu tidak memberi sokongan. Namun kini ibu yang menyokong saya untuk menyertai Dewi Remaja,”ujar Aina.
Akui Aina ketika sesi uji bakat, stage yang agak mencabar bagi dirinya ialah ketika dia perlu melakonkan watak bisu selain perlu menjawab tentang isu semasa. Katanya dia perlu menjawab dengan tenang dan matang. Keyakinan diri perlu tinggi.
“Saya bercita-cita untuk bekerja sebagai eksekutif valuer di syarikat penilaian hartanah. In Sha Allah, jika saya menjadi juara Dewi Remaja 2019, saya harap saya akan jadi sumber inspirasi remaja-remaja di luar sana tentang kehidupan sewaktu belajar serta menggapai kerjaya dalam bidang yang kita impikan.
“Dalam masa yang sama juga, saya ingin menaik taraf wanita berhijab. Saya ingin buktikan wanita berhijab tidak mustahil untuk mara ke depan memakai mahkota Dewi Remaja,”akhiri Aina.
SYAZA AZRA
Berusia 19 tahun. Masih menuntut di bawah fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi. Bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang guaman.
“Jujur saya tidak pernah terfikir untuk sertau Dewi Remaja sebelum ini sebab belum ada keyakinan. Tapi tahun ini saya mencabar diri untuk mencuba nasib sebab sebelum ini saya ada visi untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencapai sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang, In Sha Allah.
“Bagi saya apabila saya sudah terlibat dengan industri ini, kita akan dapat lebih banyak peluang untuk cuba benda baru dan juga peluang untuk upgrade diri dalam mencapai cita-cita,”jelas Azra.
Gadis ini juga menanam harapan untuk memecah rekod sebagi hijabi pertama memenangi Dewi Remaja dan mengubah stigma masyarakat tentang Dewi Remaja.
“Saya selalu baca komen-komen negatif netizen yang mengatakan Dewi Remaja ini hanyalah untuk mencari mereka yang mempunyai rupa, seksi, tiada latar belakang pendidikan yang tinggi dan sebagainya. Saya memang bercita-cita tinggi untuk melakukan perubahan terhadap pandangan mereka melalui diri saya.
“Selain itu, harapan saya ialah melalui Dewi Remaja, saya dapat menempa nama dalam industri hiburan dan meluaskan lagi langkah dan pengalaman dan membina bisnes yang akan mendapat nama dan perhatian di mata dunia di samping menaikkan nama negara di persada antarabangsa, In Sha Allah. And also my aim is to be a powerful woman one day,”jelas gadis yang bercita-cita untuk menjadi peguam selain menjadi seorang entrepreneur yang berjaya.
Tatkala ditanya jika dia terpilih sebagai juara Dewi Remaja 2019, ini jawapannya.
“Sekiranya ada rezeki saya terpilih dan menjuarai Dewi Remaja 2019, saya akan buktikan yang angan-angan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Orang yang berjaya adalah orang yang bermula dengan angan-angan. And at the same time sudah tentu saya dikira sebagai seorang influencer.
“Oleh itu, saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang influencer dengan betul dan menggalakkan orang ramai dengan perkara-perkara yang berfaedah. Saya juga berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tentang hadiah kemenangan pula, saya berazam untuk membawa ibu bapa saya berjalan-jalan dengan wang kemenangan yang dimenangi,” akhiri Azra.
SHAHIRAH SAZALI
Berusia 21 tahun, gadis ini merupakan Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga bekas atlet lompat tinggi Sukan Malaysia (SUKMA). Istimewanya tentang gadis ini ialah dia merupakan pemandu Grab sepenuh masa.
“Saya mula menjadi pemandu Grab pada April tahun ini. Saya mendapat sokongan penuh daripada ayah saya untuk menjadi pemandu Grab. Tujuan utama saya menjadi pemandu Grab sepenuh masa ialah demi untuk mencari pendapatan dan pengalaman. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana jadi saya perlu berusaha untuk membantu meringankan beban keluarga sayam”ujar Shahirah yang merupakan anak tunggal.
Menurut Shahirah kecederaan yang dialaminya ketika menyertai SUKMA 2018 di Perak telah membantut keinginannya untuk menyambung pengajian. Ketika itu Shahirah menyertai acara lompat tinggi.
KUMPUL DANA SAMBUNG PENGAJIAN
Tambah Shahirah lagi memang dia masih menanam azam untuk menyambung pengajian tetapi dia ada sasaran yang tertentu. Lagi pun untuk menyambung pengajian memerlukan perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai kos pengajian.
“Ayah tidak mahu saya membuat sebarang pinjaman kerana tidak mahu saya berhutang. Oleh itu saya memerlukan masa untuk mengumpul wang bagi mencukupkan dana pengajian saya nanti,”ungkap Shahirah yang sudah tujuh bulan bergelar seorang pemandu grab.
Tatkala ditanya tidakkah dia malu bergelar seorang pemandu Grab, ini jawapan padu Shahirah.
“Saya tak pernah rasa malu bawa Grab. Buat apa nak malu. Saya cari rezeki yang halal dan saya sendiri selesa bawa Grab. Namun dalam masa yang sama juga saya turut menjengah peluang-peluang lain. Namun saya percaya Allah sudah sediakan rezeki bagi setiap orang.
“Dari segi keselamatan pula, saya yakin Allah sentiasa ada dengan saya. Apa-apa kerja pun semuanya ada risiko yang tersendiri. Saya beranikan diri untuk menjadi pemandu Grab sepenuh masa pun sebab nak cari rezeki dan nak mudahkann urusan ibu bapa saya,”ungkap Shahirah.
BERTUAH DAPAT PELANGGAN YANG BAIK
Ujar Shahirah lagi sepanjang tujuh bulan bergelar seorang pemandu Grab dia sangat bersyukur kerana semua pelanggannya baik-baik belaka. Ada yang bagi duit lebih kerana berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Ada juga pelanggan yang mahukan saya jadi pemandu peribadi Grab mereka. Paling penting apabila kita jadi pemandu Grab, kita anggap mereka sebagai ahli keluarga. Dengan cara itu urusan kita jadi lebih mudah,” jelas Shahirah.
Antara sebab mengapa Shahirah menyertai pencarian Dewi Remaja 2019 kerana gadis ini begitu kagum dengan personaliti bekas Dewi Remaja, Scha Al-Yahya.
“Saya mahu buktikan yang gadis pemandu Grab seperti saya juga mampu untuk ke depan. Sesiapa sahaja memasuki apa-apa pertandingan pasti ingin menang begitu juga dengan saya.
“Setakat ini saya lihat belum ada lagi juara Dewi Remaja yang berhijab. Jika saya menang Dewi Remaja 2019 ini, saya ingin gunakan wang hasil kemenangan untuk membawa ibu bapa saya menunaikan umrah,” akhiri Shahirah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.