Bukan mudah untuk memilih busana pernikahan. Hari tersebut merupakan penanda kehidupan seorang wanita akan berubah selama-lamanya. Pilihan busana menjadi satu perkara yang kadangkala memeningkan kepala.
Rona putih bersih menjadi pilihan menandakan permulaan hari yang baik serta terbinanya sebuah mahligai yang diharapkan berkekalan sehingga ke syurga. Empat selebriti popular tanah air ini, memilih untuk mendapatkan khidmat pereka fesyen tempatan tanah air dalam merealisasikan impian busana pernikahan mereka yang akan tersemat rapi sebagai lipatan memori manis sepanjang hidup.
MIRA FILZAH x RIZMAN RUZAINI Siapa boleh lupa dengan baju kurung Pahang mewah rekaan Rizman Ruzaini untuk si cantik manis, Mira Filzah ketika majlis pernikahnnya. Memilih rona putih bersih, rekaan baju kurung ini ringkas namun tatahan batuan perincian di bahagian hujung lengan dan labuh baju memberikan satu ‘statement’ gaya yang cukup memukau. Dilengkapi pula dengan layah panjang meleret sesuai dengan gaya bagai ratu sehari.
Ads
INTAN LADYANA x HATTA DOLMAT Perkahwinan Intan dan suaminya, Haris mendapat perhatian ramai bukan sahaja dek jarak usia mereka namun keutuhan cinta di antara mereka cukup mengagumkan. Memilih busana rekaan Hatta Dolmat, siluet baju kurung moden diilhamkan untuk hari pernikahannya. Hatta mereka busana tersebut dengan ringkas namun apa yang menariknya ia disuntik dengan elemen dramatik kain meleret. Selain itu tambahan sulaman corak bunga timbul memberikan nuansa rasa nan romantis.
Ads
ERNIE ZAKRI x AMAZÉ Penyanyi bervokal hebat ini memilih busana rekaan pereka fesyen kesayangannya Zeed Jamil & Amar Madfie yang bernaung dibawah jenama Amazé. Mengambil siluet kurung Pahang, busana mewah ini dihiasi dengan kombinasi sulam tebuk yang diinspirasikan oleh Sulam Tekat tiga dimensi sebagai perincian utama. Biarpun siluet busana ini nampak tradisional namun potongannya yang sofistikated menjadikannya kelihatan moden dan lain daripada yang lain.
Ads
NEELOFA x ALIA BASTAMAM Boleh dikatakan perkahwinan Neelofa antara yang dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Ramai berteka-teki siapakah pereka fesyen yang akan menjadi pilihannya sementelah penampilannya telah berubah 360 darjah berbanding dahulu. Akhirnya Alia Bastamam dipilih dan ternyata pilihannya tepat. Masih kekal dengan DNA yang sopan sebagai seorang Muslimah yang berniqab, Alia bijak mengadunkan gaya sopan dan mewah. Rekaan gaun potongan duyung yang longgar dimewahkan dengan pilihan fabrik perincian dan juga tamabahan bulu pelepah menyerlahkan gaya romantis. Kehadiran ‘cape’ yang labuh meleret seolah-olah menggantikan penggayaan veil yang tidak digayakan Neelofa.
Ha, yang mana satu busana pernikahan yang anda suka? Mungkin empat gay aini boleh menjadi inspirasi untuk anda hijabi yang bakal melangsungkan pernikahan kelak.
Baru-baru ini tular di media sosial air ‘Sprite Teh Lemon’ hasil inovasi kreatif idea dari pempengaruh muda, Hisham Raus yang boleh dikira sebagai satu pencapaian amat membanggakan buat dirinya.
Ia berikutan video kandungan (Content Video) yang dihasilkannya memaparkan tutorial membuat air yang menyegarkan hasil daripada campuran air berkarbonat Sprite dan dicampur bersama teh uncang meledak dan menjadi sorotan ramai hingga ke Eropah, sebaik sahaja video berkenaan dimuatnaik di laman sosial miliknya.
Hijabista difahamkan bahawa, sejak dimuatnaik kandungan video berkenan telah menerima sebanyak 32 juta tontonan. Dimana, 20 juta tontonan di peroleh di menerusi laman sosial Instagram. Manakala, lebih 12 juta tontonan diterima menerusi aplikasi TikTok.
Menurut Hisham, pada asalnya dia hanya mahu melaksanakan atau mencipta sebuah kandungan atas dasar konsistensi sahaja. Tanpa menyangka bahawa kandungan berkenaan akan menjadi tular hingga keluar negara.
“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh.
“Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuatnaik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.
“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.
Apapun, jom kita cuba resipi air ‘Sprite Teh Lipton’ yang sangat refreshing seperti yang disyorkan Hisham ni!
1. Sebotok Kecil Air Sprite
2. Dua Uncang Teh (Terpulang Pada Hijabi Untuk Gunakan Jenama Apa)
3. Ketulan Ais Batu
4. Hirisan Lemon
5. Gelas
1. Buka penutup botol Sprite dan masukkan dua uncang teh pilihan anda ke dalamnya.
2. Setelah itu, simpan botol Sprite berkenaan selama 3 jam di dalam peti sejuk sehingga warna air bertukar menjadi warna teh iaitu kuning keemasan.
3. Selepas tiga jam, keluarkan botol dari peti sejuk. Masukkan hirisan lemon ke dalam gelas, diikuti dengan beberapa ketulan ais.
4. Kemudian tuangkan air Sprite teh ke dalam gelas. Kacau-kacau sebati dan sedia untuk dinikmati! Memang refreshing guys, selamat mencuba!
Sekadar info, gara-gara kandungan video yang tular berkenaan, pengikut Hisham di laman sosial miliknya kini naik mencanak-canak. Dalam tempoh seminggu, pengikut di laman Instagramnya kini meraih 250,000 pengikut. Di dua platform iaitu 100,000 di Instagram dan 150,000 menerusi TikTok.
Untuk rekod, Hisham telah memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di Youtube.
Untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kemas dan ‘on point’ anda perlu rajin menggosoknya. Lebih-lebih lagi jika menggayakan hijab satin yang mudah kedut. Namun sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok.
Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut. Kenal pasti jenis fabrik terlebih dahulu supaya kerja menggosok jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
Antara tudung yang terbaru dan paling mudah untuk digunakan. Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis Muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga. Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak?
Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning. Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut. Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.
Rata-rata hijabi memang gemar melancong. Malahan ia menjadi satu aktiviti tahunan yang tak mudah untuk dilepaskan. Ibarat seperti penghargaan untuk diri sendiri hijabi sanggup berhabis duit dan menabung demi mencapai percutian impian yang indah.
Tempat pelancongan bagaimana menjadi pilihan hijabi? Tentunya tempat yang menarik untuk OOTD dan pastinya mempunyai pelbagai makanan halal. Tempat pelancongan yang kini menjadi tumpuan dan Hijabista bawa anda bersama untuk merasai keunikan negara Taiwan. Tidak pernah terfikir negara yang mempunyai empat musim ini banyak menghidangankan makanan halal, malahan turut dianggap sebagai Muslim Friendly.
Ikuti Pengalaman Hijabista Melancong Di Taiwan:
1. PENGANGKUTAN : Pertama haruslah memilih tiket penerbangan yang berpatutan. Hijabista berpeluang menaiki China Airlines dengan penerbangan memakan masa selama 4 jam setengah dan yang menariknya penerbangan ini dihidangkan dengan makanan Muslim Friendly. Bukan itu sahaja, penumpang juga boleh menonton movie hinggakan tidak sedar kapal terbang sudah mendarat di Lapangan Terbang Touyun International Airport.
2. INTERNET AKSES: Disarankan membeli simcard untuk talian internet terus menerus yang berharga 300 TWD hanya RN40++ ( tempoh 6 hari unlimited internet access).
3. MyEasyCard ATAU iPASS: Prepaid perjalanan untuk memudahkan anda menaiki kemudahan awam. Uniknya prepaid ini boleh digunakan di lebih 10 ribu kedai serbaneka termasuk 7-eleven, Hi-life, Family Mart dan OK. Tarikh luput setahun selepas pembelian.
4. TANDA HALAL: Menjamu selera di hotel berdekatan. Makan tanpa was-was ya kerana tertera di pinggan dan mangkuk perkataan halal.
5. SEJADAH DAN AL QURAN: Tidak perlu risau sekiranya tidak membawa sejadah. Anda hanya perlu maklumkan yang anda Muslim dan mereka akan sediakan sejadah beserta Al Quran.
Penginapan hotel yang pertama Hijabista kunjungi iaitu Amba Hotel. Review sedikit keunikan hotel ini di mana ruang hiasan dalaman di bahagian penyambut tetamu memukau pandangan dengan hiasan lampu berhiaskan bakul rotan.
Manakala hiasan dalaman bilik begitu luas dan minimalis dengan hiasan. Apa yang dimaklumkan oleh pegawai bertugas Jeanie Mak sekiranya ingin merakamkan gambar matahari terbit di hiasan pandangan Bandar Taipei, inilah pilihan hotel yang tepat.
Antara dua lagi hotel iaitu Stay Hotel yang terletak di pertengahan bandar Taichung juga antara senarai tempat penginapan disarankan. Malam terakhir pula menginap di Regent Hotel yang berminat untuk memiliki barangan berjenama, lokasi hotel ini paling tepat kerana di kelilingi butik-butik jenama mewah.
Hari pertama Hijabista diberi kesempatan mengunjungi Taipei Grand Mosque. Sejenak kami di bawa meninjau sekitar masjid, tiada apa perbezaan dengan masjid di Malaysia. Kebetulan kunjungan kami pada hari Jumaat, Hijabista berpeluang meninjau ruang khas jualan untuk Muslim menjamu selera sebelum atau selepas solat jumaat.
Sesi temubual yang ringkas bersama En Salahuding selaku wakil Muslim Association di Taipei dan beliau menekankan yang negara Taiwan ini adalah Muslim Friendly.
Antara topik yang menarik dibincangkan:
TEMPAT SOLAT: Pengunjung boleh sembahyang di mana sahaja kerana surau tetap disediakan walaupun di stesen keretapi.
STREET FOOD: En Salahuding tidak menggalakkan Muslim untuk membeli makanan di street food, bimbang dengan penggunaan minyak yang sedia ada bercampur dengan bahan masakan yang bukan halal.
RESTORAN HALAL: Kebanyakkan kedai makanan mereka walaupun pemiliknya bukan Islam tetapi mereka menjaga bahan-bahan masakan yang digunakan, malahan setiap kedai mempunyai sijil halal yang ditetapkan. Paling penting terdapat juga tempat untuk mengerjakan solat.
JARANG BERLAKU KECURIAN: Menurut beliau jarang sekali pemandu pelancong dan penduduk tempatan memberi amaran tentang penyeluk saku. Hijabista mempunyai pengalaman yang tak dapat dilupakan di mana salah seorang daripada kami tertinggal barangan berharga. Alhamdulilah pekerja kedai menyimpannya walaupun sudah seharian. Bayangkan kalau sesetengah negara, pasti barangan berkenaan sudah lesap.
Pintu gerbang yang tersergam indah adalah signature bagi Negara China. Reka bentuknya yang mengekalkan destinasi kerajaan lama. Hijabista suka dengan aktiviti yang mereka lakukan di sini di mana semua golongan usia menbuat aktiviti riadah sambil menikmati angin bayu.
Setelah berkunjung di Menara Taipei 101 ni barulah Hijabista faham kenapa ramai pelancong mengunjungi Menara KL. Mempunyai ketinggian 508 meter dengan kelajuan elevator 30 saat sekali naik, jadi jangan risau kalau kena beratur panjang. Yuran pembayaran sebanyak RM80 untuk sampai di atas dan boleh menikmati pemandangan Bandar Taipei sepuas-puasnya.
Jangan Lupa Pose ala Mira Filzah
Perjalanan selama 1 jam dari Bandar Taipei dengan menaiki bas dan singgah di kawasan pengunungan Jiufen. Ada yang berpendapat ia persis Cameron Highland. Lorong yang berbukit ini di penuhi gerai makanan dan souvenier. Bagi mereka yang tidak tahan berjalan jauh dinasihatkan berhenti sebentar sambil menikmati bubble tea yang popular dan fresh dari atas dapur. Jangan teruskan perjalanan takut akan ketar lutut.
Rupanya Taiwan ini mempunyai pelbagai street market yang paling besar ala-ala Street Market Myeondong Korea pun ada. Ini antara street market yang sempat Hijabista kunjungi:
XIMANDEN MARKET: Apabila berkunjung ke sini diharapkan jangan tersesat kerana market ini sangat luas dengan beratus kedai dan bersimpang-simpang. Bagi mereka yang mencari penjagaan kecantikan persis hijabi Korea, inilah tempatnya. Apa yang menakjubkan tentang market ini, sekiranya anda tidak mahu membeli belah tetapi nak berehat menonton wayang, boleh singgah di lorong entertainment untuk lari dari kesesakan orang ramai.
SHILIN MARKET: Beroperasi dari tahun 1909, fungsinya sama dengan market yang lain tetapi di market ini kebanyakkan menjual souvenier untuk dibawa pulang. Makanan tidak disarankan beli tetapi air buble tea harus rasa.
NINGXIA NIGHT MARKET: Pakar dalam makanan ringan Taiwan. Ia adalah pasar malam pertama di negara ini untuk memisahkan lalu lintas dan trafik kereta pejalan kaki dan dapat ditemui dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari stesen keretapi MRT Zhongshan yang berdekatan.
DATONG DISTRICH: Market yang sekali pandang Hijabista rasa seperti berada di Jonker Street di Melaka. Terdapat juga jualan barangan antik, cenderahati dan pelbagai makanan kering. Di sini juga terdapat restoran halal yang bernama Halalan Toiban.
Terdapat juga dua lagi dalam senarai 5 street market yang terkenal di Taiwan tetapi Hijabista tidak galakkan untuk dikunjungi kerana banyak menghidangkan makanan tidak halal. Dua market itu ialah Huaxi Night Market dan Raohe Street Night Market.
Mencari sedikit ketenangan dan lari dari kesibukan kota, datanglah ke Nantou yang mengambil masa 3 jam perjalanan dari kota Taipei.
RAINBOW VILLAGE TAICHUNG: Kaki OOTD pasti sukakan tempat ini. Mural yang berwarna-warni terdiri daripada motif kucing di lukis oleh seorang lelaki tua berusia 97 tahun yang gemar melukis sebagai aktiviti harian.
SUN MOON LAKE: Tasik yang terbentuk bulan dan matahari ini mempunyai pemandangan yang sangat indah. Sekiranya mahu merasai angin petang bolehlah menaiki bot mengelilingi dengan tenang laut biru ini dan juga menikmati pemandangan hijau bukit bukau dengan menaiki cable car.
FLYING COW RANCH: Tidak pernah memerah susu lembu, jadi anda boleh cuba di sini malah anda boleh memberi makan kambing sekali. Dengan menaiki tramp, anda boleh melihat bagaimana proses pembesaran dari kepompong menjadi kupu-kupu. Pengunjung diberi tiket percuma untuk merasai susu segar. Malah restoran makanan halal turut disediakan dalam taman rekreasi ini.
Chiang Kai-shek’s Shilin Residence Park: Nikmati keindahan kebun bunga dan kehijauan pokok-pokok disarankan dating ke taman ini.
ICE MONSTER: Basahkan tekak dengan ICE MONSTER kalau di Malaysia lebih di kenali sebagai ABC. Pelbagai warna dan perisa yang paling jadi keutamaan dan popular adalah ICE Pinapple.
Selain daripada pengalaman Hijabista mengunjungi Taiwan, kami bawa bersama pengalaman Mira Filzah sebagai duta Salam Taiwan untuk menjadi rujukan anda sekiranya bercadang untuk melancong ke sini. Hijabista rasa kena ulangtayang melawat Taiwan Jom sis!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.