
Diam-diam ubi berisi, pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick,27, kini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu, projek itu menelan kos kira-kira RM6 juta dan dia memilih lokasi tersebut kerana di situlah tempatnya membesar.
“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim.
“Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
“Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.
“Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000meter persegi dan tambak tanah.
“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tambah Janna, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun sebaik sahaja sasaran kutipan dapat dicapai.
“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan.
“Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” katanya.
Alhamdulillah, memang murni sungguh hasrat Janna ini. Moga niat sucinya ini dipermudahkan Yang Maha Esa dan dapat mengumpul dana yang diperlukan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
sumber: Harian Metro
Amalan Doa ‘Menarik’ Rezeki, Berdoalah Bersungguh-sungguh Di Saat Berseorangan Menghadap Allah

Manusia di dalam hidup mereka akan ada kerisauan tertentu. Dan kerisauan yang paling menghantui mereka adalah berkaitan rezeki.
Pernahkah anda berasa usaha sudah kuat, berdoa juga sudah, tetapi rezeki seolah-olah enggan menghampiri? Sedarilah bahawa masih ada yang belum lengkap lagi usaha anda itu.
Berikut 12 Amalan Doa 'Meluaskan' Dan Murah Rezeki
1.Doa memohon petunjuk dan kekayaan
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَ
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan dari hal-hal yang tidak halal/tidak baik) dan kecukupan (kekayaan).”
2.Doa dapat membayar hutang, dijauhi sifat lemah, malas dan kesedihan doa dari malas
Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
3.Doa mohon diberkati rezeki
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيْ، وَوَسِّعْ لِيْ فِي دَارِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْ رِزْقِيْ
Ertinya : “Ya Allah, perbaikilah agamaku, dan luaskanlah kepadaku rumahku dan berkatilah kepadaku rezekiku.”

4.Doa mohon pertolongan dan tawakal kepada Allah
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
Ertinya :“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).”
5.Doa Nabi Sulaiman supaya dianugerahkan rasa bersyukur di atas segala nikmat yang diperoleh
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah An-Naml, ayat 19)
6.Doa kebaikan di dunia dan di akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : “Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.” (Surah Al-Baqarah, ayat 201)
7.Doa minta diperbaiki segala urusan dunia dan akhirat
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِيْنِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيْهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيْهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Ertinya : “Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan pelindung bagi urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang di dalamnya ada penghidupanku, dan perbaikilah bagiku akhiratku yang kepadanya aku kembali (di dalamnya ada tempat kembaliku), dan jadikanlah kehidupan (di dunia ini) tempat aku menambah semua kebaikan, dan jadikanlah kematian bagiku sebagai tempat istirehat (akhir) dari setiap keburukan.”

8.Doa dijauhkan dari bala dan kebinasaan
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ اْلأَعْدَاءِ
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari besarnya malapetaka, terjerumus dalam kebinasaan, buruknya takdir dan gembiranya para musuh di atas musibahku.”
9.Bacaan Penghulu Istighfar
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ertinya : “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan (apa) yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu (yang diberikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.”
10.Bacaan kalimah zikir Nabi Yunus di dalam perut ikan
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
Ertinya : “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’, ayat 87)
11.Doa memohon rahmat dan petunjuk dalam segala urusan
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Ertinya : “Ya Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)

12.Mengamalkan bacaan Asma’-ul-Husna
Terdapat 99 nama Allah yang boleh diamalkan membacanya setiap hari. Contohnya, amalkan membaca ‘Ya Allah’, ‘Ya Rahman’, ‘Ya Fattah’, ‘Ya Razzaq’ dan ‘Ya Hayyul Qayyum’ setiap kali selepas solat dengan sebanyak bilangan yang anda mahukan.
Berdoalah meminta hajat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan. Lafazkan apa-apa doa dan hajat yang anda inginkan dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu. Allah Maha Mengetahui hajat hamba-Nya dan Allah ingin mendengar hamba-Nya sendiri yang meminta kepada-Nya.
Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, di saat anda berseorangan diri menghadap Allah, mengangkat tangan ke langit, menangis dan merayu meminta hanya kepada Allah, menyerahkan segala ketentuan takdir dan rezeki kepada Allah, mengaku segala dosa yang pernah anda lakukan dan memohon keampunan Allah, mengaku kekerdilan dan kelemahan diri sebagai hamba Allah, dan segala kekuasaan adalah milik Allah, memuji Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan, meminta diberikan kesabaran di atas ujian, memohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, meminta cahaya hidayah, petunjuk dan taufiq menuju jalan ketakwaan, meminta kemudahan dalam setiap urusan dan meminta bantuan Allah dan pertolongan-Nya dengan penuh keyakinan, dan mintalah segala hajat yang anda inginkan.
Berdoalah sehingga air mata anda jatuh bercucuran ke bumi, sehingga hati anda berputus asa daripada makhluk dan sandarkan segalanya kepada Allah. Kemudian, mintalah segala hajat dan impian anda kepada Allah. Yakinlah, pada saat itu, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya. Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana anda sedang menghantar permohonan terus kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Di saat diri kita telah sedia untuk rebahkan diri sujud dan berdoa kepada Allah, di saat itulah Allah telah bersedia untuk memakbulkan doa dan permohonan kita kepada-Nya.
Aamiin
Dimulakan dengan BISMILLAH, disudahi dengan alhamdulillah. Mudah-mudahan dipermudahkan.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS

Seorang wanita, Ruwa Romman 29, menggemparkan dunia apabila berjaya mencipta sejarah sebagai wanita berketurunan Palestin-Amerika pertama yang berjaya memenangi jawatan pada pilihanraya Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan akhbar Arab News, Ruwa yang mewakili parti Demokratik itu telah dipertanggungjawabkan untuk memikul jawatan awam di negeri Georgia.
Setelah menerima undian majoriti pada Pilihanraya separa penggal pada minggu ini mewakili District 97 di Dewan Perwakilan Negeri Georgia.
Ruwa menang dengan bergaya apabila berjaya meraih undi hampir separuh, iaitu sebanyak 58 peratus.
Berjaya Kalahkan Parti Republikan! Dapat 58 Peratus Sokongan Penduduk
Pada piliharaya berkenaan, Ruwa telah berjaya menumpaskan pesaing sengit dari Parti Republikan yang menuduh dirinya menggunakan taktik kotor iaitu perkauman anti-Islam bertujuan menakut-nakutkan pengundi. Ini sekaligus telah mencemarkan imej Ruwa.
Bagaimanapun, ramai penduduk yang tidak terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh parti Republikan itu.
Malah, majoriti penduduk daerah itu memberi sokongan penuh kepada Ruwa, semasa beliau berkempen. Selain itu, mereka juga melindungi Ruwa ketika diancam oleh pihak lawan.
Artikel berkaitan: Miliki Porshe Biru, Masya Masyitah Inspirasi Hijabi ‘Muda dan Kaya’
“Saya berjaya membina hubungan yang dipercayai dengan masyarakat di daerah itu, terutamanya dalam kumpulan konservatif yang keluar untuk menyokong dan mempertahankan saya daripada ‘serangan’ parti lawan,” kata Ruwa.
Untuk rekod, pentadbir Georgio yang baharu, Ruwa Romman dilahirkan di Amman, Jordan, kedua ibu bapanya berketurunan Palestin sebelum mereka berpindah ke Atlanta 22 tahun lalu pada usia Ruwa 7 tahun.
Sekadar info, District 97 merupakan sempadan negara yang dilakar semula pada tahun 2021, terletak di daerah Gwinnett, utara Atlanta. Antara bandar yang berada dalam daerah ini adalah Berkeley Lake, Duluth, Norcross dan Peachtree Corners.
Sumber: Arab News & Instagram Ruwa Romman
Artikel berkaitan: Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
‘Menitis Air Mata Saya…’- Adam Corrie Terharu Bila Dapat Berita Mengenai Michael Ang

Hari ini tular mengenai kisah Michael pengarah dan penerbit popular iaitu Michael Ang yang telah bergelar mualaf lebih setahun yang lalu.
Semua menyambut baik khabar gembira itu dan tidak terkecuali ialah rakan industri yang juga seorang mualaf iaitu Adam Corrie Lee.
Terharu dengan tindakan sahabatnya itu, beliau memuat naik sebuah posting di laman instagramnya yang menunjukkan rasa gembiranya itu khas buat Michael.
Menitis air mata khabar gembira…
Alhamdulillah .. alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur Tak terkata . Menitis air Mata Saya dpt khabar berita ini.
.
Selamat Kembali wahai Saudara ku.
.
Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia & akhirat ??
.
Aamin allahumma aamin .
View this post on InstagramA post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
View this post on InstagramA post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
View this post on InstagramA post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Alhamdulillah. Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan jalan untuk mereka dan juga kita mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan dan mendapat redha daripadaNya.
kredit: instagram @adamcorrielee