Menjadi ibu bapa bermakna perlu bersedia melakukan apa sahaja untuk kehidupan anak anda pada masa hadapan. Sebenarnya, perjalanan pengorbanan dan harapan anda bermula sebaik sahaja janin berada dalam kandungan anda.
Dalam Islam terdapat begitu banyak cadangan yang baik untuk dibuat semasa kehamilan. Salah satunya membaca Surah Yusuf untuk ibu hamil. Kerana menurut sebagian orang, membaca Surah Yusuf ini adalah salah satu bentuk doa seorang ibu agar anaknya memiliki wajah yang cantik seperti Nabi Yusuf.Sebenarnya, apakah fadhilat membaca Surah Yusuf untuk ibu hamil?
Seperti namanya, Surah Yusuf mengisahkan tentang kehidupan salah seorang Nabi Allah iaitu Nabi Yusuf as.Dalam kisah tersebut, ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf mampu membuatkan semua wanita berlutut di hadapannya. Namun, Nabi Yusuf yang mempunyai sifat merendah diri dan iman yang kuat menolak dengan tegas segala tawaran wanita yang menyukainya.
Selain itu, Nabi Yusuf juga mendapat dalil-dalil yang datang dari saudara-saudaranya sendiri.Abangnya sengaja melemparkannya ke dalam perigi dan dikatakan Yusuf telah meninggal dunia.
Suatu ketika, Allah SWT menakdirkan Nabi Yusuf bertemu kembali dengan saudaranya. Bukannya marah, Nabi Yusuf justru menunjukkan kebaikan hati dan kesabarannya demi menolong saudara-saudaranya yang sedang kesulitan.
Ads
Oleh karena itulah, surah Yusuf dinilai memiliki banyak kandungan berisi doa, di antaranya:
Selalu berpegang teguh pada perintah Allah SWT
Berusaha menguatkan dan melapangkan hati
Tidak memiliki sifat pendendam
Tidak tinggi hati atas kelebihan yang dimiliki
Merahasiakan sesuatu agar terhindar dari fitnah.
Manfaat Membaca Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil
Pada asasnya, bayi perlu diberi bacaan Al-Quran untuk membiasakan mereka dengan Pencipta. Selain itu, ayat al-Quran yang dibaca dengan baik juga boleh menjadi perangsang otak dan organ bayi.
Semasa solat, membaca surah bermaksud rahim yang baik bermakna harapan ibu agar bayi dalam kandungannya dapat membesar dengan sihat dan dilahirkan sebagai anak yang soleh dan solehah.
Ads
Dipercayai juga bahawa membaca Surah Yusuf adalah cara ibu hamil berusaha agar anak-anak mereka memiliki sikap dan kecantikan yang boleh dicontohi seperti Nabi Yusuf.
3.Waktu Terbaik Membaca Surah Yusuf Untuk Ibu Hamil
Sebagai kitab suci, Al-Quran boleh dan harus dibaca pada bila-bila masa. Anda juga boleh mula membaca Al-Quran sebaik sahaja anda mengetahui ada janin dalam rahim anda.
Ads
Kemudian, apabila kanak-kanak memasuki trimester kedua, organ pendengaran mula berfungsi. Pada ketika itu, mereka mula bertindak balas terhadap apa yang mereka dengar.
Dari bunyi degupan jantung ibu, bunyi udara dalam perut, bunyi ibu bercakap, dan bunyi lain yang datang dari luar. Oleh itu, ibu hamil amat digalakkan membaca Surah Yusuf atau Surah Al-Quran secepat mungkin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keberangkalian sambutan Hari Raya tahun ini berbeza denga tahun-tahu yang lepas. Kengkangan merentasi perjalanan untuk pulang ke kampung halaman faktor utama. Tapi harus diingatkan jada beberapa kesalahan yang sering anda lakukan ketika menjelang Hari Raya.
Jom semak 3 kesalahan ini.
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidupkan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat khusus seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Adapun hadis yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya secara khusus ini adalah dhaif ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadis tersebut ialah:
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”
Hadis ini TIDAK SAHIH. [Ibnu Majah (1782) Kata Al-Busiri dalam al-Misbah (644): “Isnadnya Dhaif”].
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga. Hanya disunatkan untuk bertakbir secara bersendirian disemua tempat.
2. Menziarahi Kubur pada dua hari raya
Perbuatan sebahagian muslim yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang tidak tepat dengan maksud dan syiar hari raya; yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Sedangkan perbuatan menziarahi kubur sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw adalah untuk mengingati mati dan memberi keinsafan. Menjadikan ziarah tanah perkuburan sebagai agenda khas pada setiap hari raya, adalah salah dari segi konsepnya.
Seperti hanya mengingati ibu bapa atau keluarga yang telah mati pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu sahaja, sedangkan sepanjang tahun itu sebelumnya, doa pun lupa untuk dihadiahkan kepada mereka!
3. Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya.
Ramai dikalangan kita telah mengambil mudah dengan hari raya. Bila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah ‘hari free’ iaitu hari yang terlepas dari ikatan agama (agama asing, kita asing).
Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. Wallahu a’lam.
Semoga AidilFitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang orang apabila nama tercatat di dalam lembaran memoir seorang Perdana Menteri. Pastinya individu tersebut mestilah orang yang mencipta sejarah dan membawa angin perubahan kepada masyarakat.
Nurul Shamsul atau nama penuhnya Nurul Zuriantie Shamsul tersenyum bangga apabila namanya diabadikan di dalam buku memoir Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden.
Ujar Nurul dalam satu hantaran di laman Instagram, “Saya memang ingin membaca buku tentang Jacinda Ardern ini tetapi tidak pernah menjangkakan yang nama saya akan tercatat di dalam buku ini. Saya terinspirasi dari Jacinda Ardern sejak dia membuat ucapan di Morrinsville College ketika saya berusia 18 tahun.
“Satu perkara yang pasti, anda pasti boleh melakukan perkara yang luar biasa tidak kiralah dari mana anda berasal (walaupun anda seorang murid permpuan dari sekolah kerajaan luar bandar). Ini merupakan satu penghargaan buat saya.”
Terdahulu, gadis berusia 22 tahun ini merupakan anak kelahiran Ampang, Malaysia dan kemudiannya dibesarkan dan menetap di New Zealand. Pada tahun 2018, namanya menjadi bualan hangat apabila menjadi peserta berhijab dalam pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 sekaligus mara sehingga menjadi kelompok top 5.
Bagi sesetengah orang, mereka menganggap kehadiran kanak-kanak ke masjid mengganggu fokus mereka untuk beribadat dengan khusyuk hingga ada yang terpaksa dihalau keluar kerana membuat bising dan berlari-lari di dalam masjid.
Namun, berlainan pula dengan situasi di negara Turki seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Azwir Nazar ini apabila mereka sangat meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid dan menyediakan tempat bermain yang khusus buat mereka di sana.
Bukan itu saja, bahkan imamnya juga akan turut menyertai mereka bermain setelah selesai solat tarawih. Menariknya!
Kongsi pemuda tersebut, di sana masjid di anggap ‘happy place’ buat semua tanpa mengira usia.
Di Turki, setelah tarawih kanak-kanak diajak main bersama Imamnya supaya mereka senang ke masjid. Malahan beberapa masjid baru di Turki seperti masjid Hamdi Cami di Ankara disiapkan tempat bermain dalam masjid di sudut kanan di bawah tangga.
Bila masjid tak ada tempat bermain di dalam, disiapkan di luar masjid seperti taman taman. Masjid menjadi pusat orang berbahagia.
Mereka nampaknya meyakini apa yang ditititahkan oleh pendahulu mereka, Sultan AlFatih bahawa, “Khuatirlah kamu bila masjid-masjidmu sudah tak lagi terdengar suara anak kecil”.
İni masjid Hamdi Cami di Ankara. Masjid ini dibangun oleh Kementrian Agama Turki (Diyanet) Turki. Bersebelahan dengan pejabat agamanya. Disudutnya ada tempat bermain untuk anak anak.
Orang Turki juga suka memberi hadiah untuk anak anak yang ke masjid, seperti gula-gula, bunga atau yang manisan.
Maka jadilah suasana masjid yang menyenangkan. Tugas kita sebagai pengurus masjid memikirkan masjid-masjid yang mesra kanak-kanak. InsyaAllah generasi İslam seperti yang diajarkan Sang Nabi sentiasa mencintai masjid dan menjadikan masjid sebagai pusat peradaban.
“Khuatirlah kamu bila masjid-masjidmu sudah tak lagi terdengar suara anak kecil”
Para khalifah Uthmaniyah yang hebat di masa lalu pun menjadikan masjid sebagai pusat pembinaan generasi İslami yang kukuh. Madrese (Madrasah) selalu berdekatan dan satu kompleks dengan masjid. Dari sanalah generasi masjid berhasil membuatkan Islam agama yang cinta damai, berperikemanusiaan dan berperadaban tinggi!
Indah sungguh nilai-nilai islam yang diterapkan di sana. Janganlah kita menganggap kanak-kanak sebagai pengganggu konsentrasi hingga membuatkan mereka berasa takut ke masjid sebaliknya raikanlah kehadiran agar rasa cinta mereka kepada islam dapat dipupuk sejak dari kecil.
Mahalini, penyanyi muda berbakat besar menarik perhatian ramai berkat penampilannya yang manis berhijab ketika menunaikan ibadah umrah. Terserlah aura Islamik. Perjalanan kerohanian pertama ini...