Berhijab semestinya bukan halangan untuk kita meneruskan cita-cita dan minat kita. Tak kiralah jika kita meminati sukan lasak sekalipun, hijab tidak menjadi satu masalah buat kita untuk melakukannya.
Seperti video yang tular di laman sosial ini, semangat setia kawan di antara dua pasukan bola sepak luar negara yang sedang bertanding mendapat pujian ramai apabila mereka membantu salah seorang pemain lawan membetulkan tudungnya yang tertanggal sewaktu perlawanan dengan membuat ‘benteng’ untuknya.
Ramai yang rasa sungguh terharu dengan insiden itu kerana mereka sanggup mengenepikan perlawanan seketika demi melindungi aurat wanita tersebut. Jom saksikan klip video ini di @zayan.my.
Keindahan dalam bolasepak tuan2. Pihak lawan membuat benteng semata-mata untuk menutupi aurat rambut muslimah daripada terdedah ketika hijabnya tertarik oleh pihak lawan semasa perlawanan berlangsung. RESPECT ❤ #IndahDihati#ZayanShare
Jangan sesekali memberi alasan yang hijabi tak mampu menghafal Al Quran dalam kehidupan harian. Ambil kesempatan selama tempoh berkurung selama 14 hari ini untuk hijabi istiqomah menghafaz Al Quran. Yang cantik dan yang manis bukan dari luaran tetapi juga dari ilmu dalaman.
Al-Quran perlu menjadi pusat kepada sistem pelajaran kita dan rutin harian kita. Apabila kita menjadikan al-Quran sebagai pusat kehidupan kita, kita akan mampu mencapai zaman kegemilangan yang dahulu, sekali lagi.
Sekarang adalah masanya untuk mengubah kembali fokus kepada al-Quran. Marilah kita membaca, mengingati, serta mempelajari al-Quran setiap hari dan jatuh cinta kepada Kitab Agung ini.
Lakukan janji temu ini setiap hari pada waktu tertentu. Hormati temu janji ini seperti kita akan hormati temu janji dengan seorang yang terkenal.
Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk al-Quran setiap hari. Bukan lima muka surat, atau satu halaman atau 20 minit, tetapi 30 minit penuh. Terdapat disiplin dan keindahan di situ apabila kita duduk dan memaksa diri untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih. Jika 30 minit adalah terlalu senang bagi kita, maka buatlah selama sejam. Jika sejam pun masih mudah, maka buat dua jam.
Uthman bin Affan RA berkata: “Jika hati-hati kita suci, maka kita tidak akan pernah bosan membaca al-Quran”
Jika seseorang memahami Bahasa Arab, maka mudah baginya untuk fokus dan memahami apa yang dibaca. Namun, jika kita tidak memahami Bahasa Arab, maka kita sangat digalakkan untuk membaca al-Quran bersama terjemahannya. Hari ini, banyak aplikasi dan kelas online yang membolehkan kita mempelajari Bahasa Arab al-Quran.
• Belajar tentang maksud ayat-ayat dan konteks ia diturunkan, serta bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam hidup kita adalah sesuatu yang berbeza.
• Cuba luangkan masa 10 minit setiap hari untuk membaca beberapa muka surat kitab tafsir yang terkenal.
• Jadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab dengan berjanji untuk mengajar ahli keluarga atau kawan kita apa yang sudah kita pelajari.
• Atau halaqah di rumah atau di surau berdekatan, di mana kita yang bertanggungjawab untuk menyampaikan tafsir al-Quran tersebut. Lebih-lebih lagi, mempelajari tafsir dengan ulama atau guru adalah cara terbaik untuk memahami syarahan al-Quran dan memahami aplikasinya dalam dunia moden ini.
• Hafal al-Quran
Menghafal al-Quran adalah suatu penghormatan dan ia tanda kemuliaan dalam kalangan muslim. Jadikan menghafal al-Quran misi peribadi kita, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil. Ramai daripada kita, tidak mungkin fikir “sudah terlalu lambat” untuk menghafal. Namun, walaupun proses menghafal ia amat mencabar untuk orang dewasa berbanding untuk kanak-kanak.
Allah telah memberi jaminan kepada kita semua dalam al-Quran:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
– Surah al-Qamar ayat 17
Jangan cuba untuk menghafal al-Quran sendirian. Ia akan menjadi tersangat sukar buat kita dan kita mungkin akan menghafalnya secara salah jika tiada panduan yang betul. Bahkan tanpa seorang guru, kita akan lebih sukar untuk berdisiplin.
Salah satu ketakutan orang ramai ialah mereka cepat terlupa apa yang telah mereka hafal. Nasihat saya adalah berikan komitmen selama satu sehingga dua tahun untuk menghafal al-Quran sahaja, tanpa perlu risau tentang ulang kaji (revision). Kemudian, luangkan lagi msa tiga tahun untuk membuat ulang kaji hafalan. Kaedah ini telah diuji di sebuah pusat penghafalan al-Quran di Jeddah, Arab Saudi dan hasilnya sangat menakjubkan. Ramai orang dewasa lebih kekal ingatan mereka bila melakukan teknik ulang kaji ini selama tiga tahun tersebut.
Adakan slot 30-45 minit pada waktu pagi selepas solat subuh untuk menghafal. Apabila kita telah menghafal, luangkan masa pada hari itu mengulang kembali ayat-ayat yang dihafal ketika kita sedang memandu atau ketika sedang solat. Kemudian, duduklah bersama guru atau pasangan kita, atau rakan, dan bacakan depan mereka ayat-ayat yang telah dihafal tadi.
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan. Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid. Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
Jika tidak sempat berguru, kita boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza. Ini dapat membantu memudahkan kita mengenalpasti sesuatu hukum bacaan dengan mudah.
sumber: inchenaim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dari tanah seberang, Nikita Willy yang popular di Malaysia menerusi sinetron berjudul Nikita serta Safa dan Marwah satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian video dari akaun Tik Tok Armanmdo_extrada24 yang tular baru-baru ini, memaparkan Nikita mengundang pendakwah Habib Muhammad Syahab untuk mengadakan kuliah agama dirumahnya.
Namun, kecomelan anak lelaki sulung Nikita yang memakai kopiah pada sidang kuliah berkenaan telah berjaya meraih perhatian netizen.
Rata-rata netizen tidak keruan melihat gelagat dan kecomelan yang dipaparkan anak Nikita pada video tular berkenaan, sehingga masing-masing membanjiri ruangan komen pada hantaran tersebut dengan pujian dan doa agar Baby Izz menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.
Malah, terdapat juga beberapa netizen yang memuji ketampanan anak Nikita yang dikatakan diwarisi daripada ketampanan suaminya. Ini antara komen pujian yang ditinggalkan warga maya.
“Definisi menikah memperbaiki diri yang sebenar, suka tengok keluarga ini, nikita walaupun artis tapi tiada kontroversi, agama pun kuat.
“Semoga Baby Izz jadi anak soleh yang mampu membahagiakan kedua ibu bapa hingga ke syurga Allah SWT.. Amin..
Selain, netizen juga begitu teruja apabila melihat perkembangan bayi comel itu yang semakin sihat dan tembam. Lebih menarik lagi apabila Baby Izz kini sudah boleh duduk dengan sendiri tanpa sebarang sokongan.
Kehadiran Baby Izz dalam kehidupan Nikita dan suami ternyata menambah seri dan keharmonian rumah tangga bagi pasangan ibu bapa muda itu. Sehingga ada netizen yang menyifatkan rumah tangga pasangan itu kini lebih sempurna dengan kehadiran cahaya mata yang begitu comel.
Untuk rekod, pelakon berusia 28 tahun itu, kini sudahpun bergelar seorang ibu, setelah melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya Indra Priawan pada tahun 2020, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Issa Xander Djokosoetono.
Ramai yang menantikan perkembangan terbaru mengenai kedua pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan juga suami, Raja Syahiran, sejak mereka mula diijabkabulkan sehingga hanya berbaki beberapa hari sahaja sebelum melahirkan bayi sulung mereka.
Sudah tentu pelakon dan pengacara, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Arshad, 30, dan suami tidak sabar menantikan tibanya hari bersalin dan bersiap sedia dengan kelengkapan bayi.
Uyaina Suka Makan ais ketika hamil?
Pelakon dan pengacara itu turut berkongsi aktiviti/perkara yang sering dilakukannya ketika sedang hamil. Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun TikTok dan Instagram Hijabistamag telah mendapat sambutan ramai warganet.
Apa yang menjadi perhatian warganet adalah tabiat Uyaina yang suka makan ais, berhias dan suka tidur. Ramai yang memberi pendapat di ruang komen bahawa pasangan ini bakal menerima seorang bayi lelaki.
Tetapi ada juga yang berpendapat mereka akan mendapat cahaya mata perempuan kerana Uyaina juga rajin untuk membersihkan rumah.
Kini kedua pasangan ini bakal mendedahkan jantina bayi sulungnya di majlis “Baby Shower” mereka yang diadakan di Villa Nadiah, Janda Baik, Bentong, Pahang.
“Tolong doakan urusan Uyaina untuk melahirkan dipermudahkan.” katanya.
Seperti yang semua nantikan, Uyaina dan Raja mendedahkan jantina bayi sulung mereka adalah lelaki! Tahniah buat kedua pasangan bahagia ini. Nampaknya tekaan orang ramai memang tepat mengenai jantina bayi kedua pasangan ini.
Setelah mendedahkan jantina bayi sulung mereka, Uyaina dan Raja ada niat untuk namakan anak mereka bermula huruf “U”.
Jadi mungkin mereka sudah ada pilihan nama bayi mereka yang pasti sedap bunyinya!
Hijabista: Semoga dipermudahkan urusan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran bagi menimang anak sulung tak lama lagi! Kami semua doakan yang terbaik buat anda berdua!
Artikel berkaitan:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di