Memasuki tahun baharu, ramai yang mengimbas kembali atau throwback gambar-gambar lama mereka dan membandingkannya dengan keadaan sekarang. Ada yang tetap sama seperti dulu dan ada juga yang mempunyai penampilan berbeza dulu dan kini.
Kejayaan hijabi ini pada 4 tahun lepas pasti menjadiinspirasi hijabi yang ingin merubah penampilan diri. Seperti Azfa Fasihah, dia berjaya mendapatkan transformasi yang hebat dari permulaan tahun 2019 hinggalah ke akhir tahun. Ramai yang terkejut dan kagum dengan perubahannya itu dan meminta tip daripadanya. Jom kita lihat tip yang dikongsi!
Sesibuk mana pun anda jangan lupa luangkan masa untuk memanjakan diri. Selalunya muka adalah bahagian penting yang diberi sepenuh perhatian, namun jangan lupa badan juga sama penting.
Lelah mencari produk yang sesuai, salah satu faktor bahagian ini diabaikan. Nah jika itu menjadi kegusaran anda, cuba intai-intai ruang dapur mungkin terdapat bahan yang berguna dan bermanfaat untuk mencantikkan kulit mulus dan glowing.
Resipi dari hijabi ini pasti membuka mata anda kenapa dari dahulu tidak memulakannya! Guna 4 bahan di dapur je! Serius, dalam seminggu kulit jadi lembap dan mulus sikit, ini resipi skrub badan mudah dan ‘low cost’:
Campurkan bahan semua sekali dan gaul. Jadikan adunan ini seperti pes dan tidak perlu pewangi tambahan. Bau lemon dan campuran minyak zaitun, cukup menenangkan baunya. Campuran ini akan menjadi pekat dan bertekstur kasar dan jika boleh elakkan tambah air. Ia akan membuat gula terlarut.
GULA – Skrub dari gula akan membantu mengangkat sel kulit mati secara alami. Proses eksfoliasi ini akan menghilangkan noda di kulit tanpa menyumbat pori-pori, sekaligus mengembalikan keseimbangan minyak di kulit.
LEMON – Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia membaiki sel-sel kulit yang rosak dan menghalang kulit daripada penuaan. Kolagen bertanggungjawab terhadap keanjalan serta mencerahkan kulit.
MINYAK ZAITUN – Khasiat minyak ini baik untuk kulit yang kering, dengan mengamalkan sapuan minyak badan, kulit akan sentiasa lembut dan lembap. Minyak zaitun memang memiliki beberapa manfaat untuk kulit. Minyak zaitun memiliki banyak kandungan vitamin, termasuk A, D, dan K, serta vitamin E.
MADU – Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih. Madu mengandungi kandungan air semula jadi yang boleh membantu melembapkan kulit dan seterusnya melambatkan proses penuaan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak tiga. Pakaian dengan corak minimum, polos dalam kombinasi monokrom, hitam putih atau kelabu adalah sebahagian daripada trademark gaya wanita jelita ini.
Gaya maksima turut menjadi tunjang utama bagi wanita yang dikenali dengan nama mesranya, Mira.
“Maksud berfesyen bagi saya ialah seperti identiti, dapat menunjukkan keperibadian kita kepada orang lain tanpa kita perlu memberitahu mereka.
“Personaliti biasanya boleh dilihat daripada cara kita berpakaian,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Wolipop baru-baru ini.
Fesyen menjadi kegemaran Mira sejak kecil. Malah, dia menjadikan fesyen sebagai panduan dalam penampilannya setiap hari.
Mira mempelajari fesyen di sebuah sekolah fesyen terkenal di Jakarta.
Di tengah kesibukannya menjaga tiga cahaya mata perempuan, Mira sempat memulakan perniagaan fesyennya. Satu jenama tudung telah dicipta oleh Mira.
Bagi Mira, keselesaan adalah kunci utama untuk kelihatan bergaya. Mengikuti trend bukanlah keutamaannya.
“Jika merasa selesa, hati akan menjadi lebih tenteram.
“Hasilnya anda menjadi lebih yakin, gembira dan bersemangat melakukan aktiviti sepanjang hari,” kata Mira yang mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram.
Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.
Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.
Allah berfirman:
Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.
Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.
Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian
– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi
Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.
Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang. Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.
Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?
Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat, asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah. Justeru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram. Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.
Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas. Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri. Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.
Aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.
Firman Allah SWT dalam surah an-nur:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka
– An Nur 24:31
Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:
Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)
Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.
Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.
Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.