Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan. Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.

Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain. Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.

Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.

Allah berfirman:

Wahai Nabi, suruhlah isterimu,  anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al Ahzab ayat 59

Apakah Aurat Lelaki?

Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.

Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.

Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian

– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi

Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja. 

IKLAN

Apakah Aurat Perempuan?

Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang. Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.

Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?

Aurat Ketika Solat

Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat, asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.

Aurat Dengan Mahram

Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah. Justeru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram. Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.

Aurat dengan Suami

Kredit foto : IG selebriti Sheila Rusly

Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas. Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri. Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.

Aurat Wanita dengan Lelaki

Aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.

IKLAN
Kredit foto : IG selebriti Sheila Rusly

Firman Allah SWT dalam surah an-nur:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka

– An Nur 24:31

Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).

Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:

Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)

IKLAN

–  Riwayat Abu Dawud

Adakah Suara Wanita Itu Aurat?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.

Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.

Garis Panduan Berpakaian Bagi Wanita

Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.

Islam menggariskan panduan berpakaian menurut syarak seperti berikut:

  • Longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
  • Diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
  • Diperbuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat pada tubuh hingga boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.
  • Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Senarai Golongan Mahram Dengan Wanita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Antara golongan yang menjadi mahram kepada seseorang perempuan adalah:

  • Suami
  • Bapa sendiri (bapa kandung)
  • Bapa suami (bapa mertua)
  • Anak lelaki
  • Anak lelaki suaminya (anak tiri) atau anak isteri bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal. Tetapi bukan anak daripada bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
  • Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja)
  • Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
  • Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
  • Wanita Islam yang berakhlak.
  • Hamba lelaki yang mereka miliki.
  • Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
  • kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumaiyiz)
  • Anak lelaki susuan.
  • Bapa susuan.
  • Saudara susuan.
  • Bapa saudara susuan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
  • Menantu.

Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.

SUMBER: Aku Islam

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI