Sesibuk mana pun anda jangan lupa luangkan masa untuk memanjakan diri. Selalunya muka adalah bahagian penting yang diberi sepenuh perhatian, namun jangan lupa badan juga sama penting.

Lelah mencari produk yang sesuai, salah satu faktor bahagian ini diabaikan. Nah jika itu menjadi kegusaran anda, cuba intai-intai ruang dapur mungkin terdapat bahan yang berguna dan bermanfaat untuk mencantikkan kulit mulus dan glowing.

Resipi dari hijabi ini pasti membuka mata anda kenapa dari dahulu tidak memulakannya! Guna 4 bahan di dapur je! Serius, dalam seminggu kulit jadi lembap dan mulus sikit, ini resipi skrub badan mudah dan ‘low cost’:

ARTIKEL BERKAITAN: Haluskan Kulit Wajah Dan Badan Dengan Kiub Skrub Gula. Buat Sendiri Lebih Jimat!

Bahan-bahan:

  • Madu
  • Gula perang
  • Minyak zaitun
  • Lemon

Cara Bancuhan:

IKLAN

Campurkan bahan semua sekali dan gaul. Jadikan adunan ini seperti pes dan tidak perlu pewangi tambahan. Bau lemon dan campuran minyak zaitun, cukup menenangkan baunya. Campuran ini akan menjadi pekat dan bertekstur kasar dan jika boleh elakkan tambah air. Ia akan membuat gula terlarut.

Cara Menggunakan:

IKLAN
  1. Sapu di bahagian kulit badan. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit bagi meresap semua ramuan skrub.
  2. Selepas itu, sental kulit dengan skrub gula, jangan terlalu kuat.
  3. Dah siap, bilas badan dengan air.

Kekerapan: 2-3 kali seminggu

ARTIKEL BERKAITAN: Hampas Kelapa Jangan Dibuang, Boleh Buat Skrub, Hasilnya Kulit Badan Jadi Licin & Lembut

Fungsi bahan-bahan

GULA – Skrub dari gula akan membantu mengangkat sel kulit mati secara alami. Proses eksfoliasi ini akan menghilangkan noda di kulit tanpa menyumbat pori-pori, sekaligus mengembalikan keseimbangan minyak di kulit.

IKLAN


LEMON – Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia membaiki sel-sel kulit yang rosak dan menghalang kulit daripada penuaan. Kolagen bertanggungjawab terhadap keanjalan serta mencerahkan kulit.


MINYAK ZAITUN – Khasiat minyak ini baik untuk kulit yang kering, dengan mengamalkan sapuan minyak badan, kulit akan sentiasa lembut dan lembap. Minyak zaitun memang memiliki beberapa manfaat untuk kulit. Minyak zaitun memiliki banyak kandungan vitamin, termasuk A, D, dan K, serta vitamin E.

MADU – Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih. Madu mengandungi kandungan air semula jadi yang boleh membantu melembapkan kulit dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/WHsPX5rF7ao

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI