Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Ads
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Ads
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Apabila sudah menginjak dewasa ini pasti banyak pelaburan yang perlu dilakukan. Kadang-kadang susah juga untuk membuat simpanan sendiri kerana kos perbelanjaan sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar. Bagaimana mahu membuat simpanan jika begini?
Melalui thread yang dikongsikan di twitter oleh @worknco, mereka telah berkongsikan cara untuk mengumpul sebanyak RM496 dalam masa sebulan. Jom kita lihat caranya!
Mudah rupanya cara ini. Taklah kita berasa keseorangan kerana kita boleh ajak pasangan atau sesiapa yang kita mahu untuk mengumpul simpanan bersama. Pasti suatu hari nanti kita akan tersenyum melihat hasilnya. Semoga terus istiqamah semua!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benar, rezeki, jodoh, ajal maut itu semuanya urusan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak qadar dan qadar Tuhan. Kadang-kadang kita sebagai hamba-Nya berpeluang haya sementara mengecapi kebahagiaan. Dan semua yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu hanya sempat 3 bulan bergelar bapa mertua sebelum menantu kesayangan, Farah Najwa Zakaria dijemput Illahi.
Menulis perkongsian di laman facebooknya, Shastri Rathi nyata coretan bagaimana menceritakan perkenalan anaknya itu dengan menantu begitu menyentuh hati.
Biarpun kasih dan sayang sekalipun pada menantunya itu, tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya. Dijemput Illahi akibat demam panas setelah hanya sempat mengecap gelaran isteri untuk beberapa bulan sahaja.
Biasanya suami yang akan menulis coretan sedih begini, tetapi lelaki ini yang juga bapa mertuanya meluahkan apa yang dirasakan dalam dirinya.
Jodoh, Rezeki, Ajal….ketetapan yg ditulis Allah swt.Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’ Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul Licap dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding.
Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.
Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami.Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga..semoga Allah jua yg membalas budi kalian.
Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini. Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.
Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…demam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doctor bertugas. Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas…Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’ Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.
Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”
Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…kini bergelar Arwah
Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kuburnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin.
Aku masih bersedih….sedih kerana Arwah pergi…
…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan.
…5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25.
… 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.
…3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.
Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan Arwah, solatkan Arwah, mengusung Arwah, menurunkan Arwah ke Liang Lahat dan sama2 bertahlil keatas Rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solat jenazah…semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.
Selamat Bersemadi Arwah Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu. Al Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Khabar baik di kongsi oleh Datin Rebecca tentang dia yang sedang hamil anak ke-6. Berita baik ini turut di kongsi olehnya melalui ruangan Instagram miliknya untuk ahli keluarganya serta orang ramai.
Gemar di sapa sebagai Becca, telah memuat naik beberapa keping gambar di sosial media. Ramai yang puji dia kelihatan anggun dan ayu di samping memegang ‘baby bump‘.
Datin Rebecca Nur Al-Islam binti Ahmad atau Becca membuat satu perkongsian baru-baru ini menyatakan dia sedang hamil anak ke-6 dan hampir dua bulan kandungannya itu. Posting Becca di Instagram yang ayu sambil memegan ‘baby bump‘ itu telah menjadi perhatian orang ramai.
Namun, kegembiraannya terhenti apabila suatu berita yang tidak menyenangkan diterima olehnya berkenaan kandungan yang dia miliki. Sukar untuk dia gambarkan keadaan itu tambahan pula kandungan itu hanya 2 bulan.
Temubual Datin Rebecca bersama Harian Metro menyatakan cabaran yang dia perlu tempuhi sewaktu hamil anak keenam. Becca, 36, turut berkata bahawa kelima-lima anaknya sebelum ini di lahirkan melalui proses pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.
“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean. Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Situasi yang di hadapinya sekarang membuatkan Becca bergelumang dalam dilema. Tidak juga Becca, namun, ramai juga yang boleh rasakan kegusaran sebagai seorang ibu yang sedang hamil terpaksa tempuhi perkara ini.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.
“Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” ujarnya lagi.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Norazam Sulaiman. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, mereka di kurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana. Kami dari Hijabista ingin mendoakan supaya Datin Rebecca dan keluarga di permudahkan segala urusan.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.