Mereka yang dijemput menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah pasti mendambakan untuk dikurniakan rezeki untuk mencium Hajarul Aswad.

Hajarul Aswad merupakan antara mukjizat Allah yang istimewa apabila, batu dari syurga itu diletakkan di sudut timur pada bahagian luar Ka’bah. Walaupun ketika melaksanakan ibadah tawaf atau sewaktu mengelilingi Ka’bah, rata-rata jemaah haji atau umrah pastinya berkesempatan untuk melihat Hajarul Aswad meski dari jarak jauh sahaja.

Namun, tak semua tetamu Allah dikurniakan rezeki untuk mendekati apatah lagi menyentuh dan mencium Hajarul Aswad. Selalunya, jemaah yang mempunyai keinginan mencium Hajarul Aswad perlu berusaha dan bergelut dengan jemaah lain yang juga mempunyai tujuan sama, kerana ibadah tawaf dilaksanakan secara berjemaah.

Hanya Berbekalkan Senyuman, Nazim Puas Hati, Meski Hanya Kucup Penjuru Yamani

@nazothSalam Aildilfitri dari kota Mekah… maaf zahir dan batin 💫♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Tetapi lain pula dengan apa yang dialami oleh aktor kacak, Nazim Othman apabila baru-baru ini tular di laman Tik Tok video detik-detik indah memaparkan Nazim yang berada di tengah-tengah kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah yang sedang berusaha mendekati Hajar Aswad.

Namun Nazim puas, dengan hanya berbekalkan senyuman dan begitu bersahaja dia direzekikan mengucup penjuru Yamani, iaitu tempat terletaknya batu asal yang tidak pernah diubah menghala ke arah negeri Yaman.

Penjuru Yamani atau lebih dikenali sebagai Rukun Yamani ini, terletak di posisi sejajar dengan Hajar Aswad. Ketika melakukan tawaf sunat, adalah sunnah untuk menyentuh rukun Yamani. Kawasan ini juga dikatakan sebagai kawasan mustajab untuk berdoa.

IKLAN

Menerusi video berkenaan dapat dilihat riak wajah bahagia terpapar diwajah Nazim. Dirinya kelihatan begitu berpuas hati dan tersenyum usai mengucup batu itu biarpun sedang berada dalam asakkan orang ramai.

Apa Agaknya Amalan Yang Sering Dilakukan Nazim?

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat kegigihan pelakon itu untuk mengecapi momen yang diimpikanya itu. Meski tak dapat mengucup batu Syurga Hajarul Aswad.

Malah, ada yang menyatakan bahawa disebalik riak wajah puas yang dipaparkan Nazim. Namun, seperti ada sesuatu perkara terpendam yang tak terluahkan yang sedang ditanggung dirinya.

IKLAN

Ada juga yang ingin mengetahui apakah amalan atau kebaikkan yang sering dilakukan Nazim sehingga Allah permudahkan segala urusan di Tanah Suci Mekah.

Artikel berkaitan: Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!

Sekadar info, adalah sangat istimewa jika jemaah yang menunaikan ibadah Haji dan Umrah berkesempatan menyentuh dan mencium Hajarul Aswad.

IKLAN

Hajarul Aswad terdiri dari lapan keping batu yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Menurut, sumber batu hitam itu kini sudah licin kerana sering di kucup, dicium dan diusap oleh ribuan manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi.

Sumber: TikTok Nazim Othman

Artikel berkaitan: Daiyan Trisha Menangis Terharu, Hujan ‘Rahmat’ Sambut Ketibaannya Di Mekah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI