Kebiasaannya amalan mandi bunga sering dilakukan untuk membuang bala, menaikkan semangat serta mempercepatkan jodoh. Mungkin atas alasan ini maka ada yang mempraktikkan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapat jodoh.
Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Namun begitu dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Sebenarnya mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah. Seperti yang kita ketahui bahawa bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik. Secara tidak langsung kebaikannya akan 'ditempiaskan' kepada pengamal mandi bunga.
Ads
Boleh sahaja mandi bunga tetapi janganlah kita berjumpa dengan orang yang mengamalkan ritual lalu meminta dia memandikan kita. Sebaliknya kita boleh sahaja mandi sendiri dengan niat untuk mendapat manfaat kesihatan daripada unsur-unsur kebaikan yang ada pada bunga-bungaan tersebut.
Ads
Jangan sesekali mandi bunga dengan niat untuk cepat jodoh kerana dikhuatiri boleh terpesong niat tersebut sehingga menjadi syirik. Percaya kepada kuasa seseorang sehingga meminta orang itu memandikan kita dengan air bunga boleh menjadi khurafat.
Ads
Islam telah menganjurkan kita untuk berusaha memudahkan jodoh dengan cara berdoa, solat istikharah dan solat hajat. Itulah yang sebaiknya.
Love Lock atau turut disebut Love Padlock adalah mangga yang ditulis nama pasangan, kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti jambatan, pagar, monumen atau tempat yang dikatakan menjadi simbol cinta. Kebiasaanya ditulis nama pasangan sebagai harapan cinta mereka akan kekal.
Dalam menjawab persoalan ini, marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita bacakan di dalam solat lima waktu setiap hari. Selain membacanya, marilah kita memahami inti patinya:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah: 5)
Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa lafaz “iyyaka” diletakkan di permulaan ayat dan diulang penggunaanya untuk menekankan bahawa hanya kepada Allah SWT kami menyembah, hanya kepada Allah kami bertawakkal menyerahkan segala urusan, dan tidak akan sesekali kami bertawakkal melainkan kepada Allah SWT.
Maka, jelaslah dalam kehidupan kita seharian, kita diajar untuk sentiasa memohon segalanya kepada Allah SWT dan bertawakkal dalam setiap urusan. Selain itu, terdapat begitu banyak dalil daripada al-Quran yang menunjukkan rahmat Allah SWT kepada hambanya yang memohon doa daripadanya, antaranya:
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Jelaslah berdasarkan ayat-ayat di atas, bahawa Allah SWT Maha kaya, lagi Maha luas rahmatnya. Tidak ada yang lebih layak untuk diminta pertolongan, rezeki atau memohon untuk diselamatkan melainkan daripada Allah SWT. Hal ini sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Apabila kamu meminta, maka minta kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripada Allah. Riwayat al-Tarmizi (2516)
Selain itu, dalam membahaskan persoalan ini, perlu untuk kita berhati-hati agar tidak menjadi orang yang melakukan perbuatan khurafat.
JAUHI AMALAN KURAFAT
Umat Islam juga hendaklah menjauhi semua amalan khurafat, yang menyatakan apabila meletakkan kunci di pagar atau tempat-tempat tertentu akan mengekalkan perhubungan dan cinta. Ini jelas seperti mana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A,
Maksudnya: “Al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.” Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)
Istilah tatayyur atau tiyarah berasal daripada perkataan al-tayr (الطير) iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagai sa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiri barih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (Lihat Miftah Dar al-Sa’adah, m. 584-585)
Begitulah juga, apabila seseorang meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas sesuatu yang sebenarnya tidak mampu memberi apa-apa jaminan untuk kebahagiaan.
KESIMPULANNYA
Ini kerana kami berpendapat konsepnya hampir sama dengan al-Tiyarah yang mengharap dan meletakkan kepercayaan ke atas sesuatu perkara yang hakikatnya tidak dapat memberi manfaat. Selain itu, sudah jelas daripada dalil-dalil di atas bahawa untuk meminta sesuatu hanyalah kepada Allah SWT.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid akui kerjaya yang sibuk membuatkan dia sentiasa merindui anaknya yang tersayang, Raden Rafael.
Namun, dia percaya biarpun pengorbanannya terpaksa berjauhan dengan anak itu pasti akan membuahkan hasil nanti. Tambahan pula, Mawar,25, mempunyai misi dan hasrat untuk membayar zakat sebanyak RM 1 juta dan membina masjid yang diimpikan.
KADANG RASA NAK GIVE UP EVERYTHING SEBAB RINDU ANAK @radenrafaelraf 🥺
Kadang-kadang rasa nak mengalah sebab rindu anak. Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk siapkan video shoot, live dan lain-lain (terima kasih kepada pengurus yang banyak memudahkan kerja saya). Perlukan banyak masa untuk mesyuarat @mawarosehq, kena perah otak untuk @mawarosehq lagi. Untuk keluarga saya mawarose squad lagi. Masa dengan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani. Tapi.. Rafael ni.. rinduuu.. kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa 🥺 ni nak masuk anak kedua dah @mawarafjunior.. kadang-kadang terlampau busy sampai rasa nak give up🥺
TAPI… I CANNOT GIVE UP!!!
Mawar tak boleh STOP! Mawar WAJIB TERUSKAN demi BIG Y MAWAR. DEMI FAMILY MAWAR. DEMI MAWAROSE SQUAD. DEMI CUSTOMER TERSAYANG MAWAR. DEMI NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA! DEMI NAK BINA MASJID BERSAMA-SAMA kalian semua!
Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa ‘RINDU’ dekat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu org di luar sana, sama macam Mawar.. tapi YAKINLAH..
PENGORBANAN YANG PALING MENYAKITKAN INILAH YANG AKAN MENDATANGKAN HASIL & BEKALAN UNTUK KE AKHIRAT NANTI.. I’m with you.. BE HAPPY, KEEP ON GOING, YOU ARE A GREAT MOM, A GREAT DAD, your kids are PROUD OF YOU! THEY LEARN A LOT FROM YOU! PROVE TO THEM! YOU ARE AMAZING!
Wanita wajib menjaga auratnya tidak kira di mana pun mereka berada. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kaki juga merupakan aurat dan sebab itu kita digalakkan memakai stoking untuk menutup kaki kita. Ada juga yang bertanya, adakah sah solat wanita yang tidak memakai stoking tetapi memakai kain yang labuh sehingga menutup kakinya?
Sabda Rasulullah SAW:
لا يَقبَلُ اللهُ صلاةَ حائضٍ إلا بخِمارٍ
“Allah tidak menerima solat perempuan yang sudah haid (baligh) kecuali jika dia memakai khimar.”– Riwayat Abu Daud (641)
Imam al-Nawawi berkata:
“Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika terdedah suatu pun daripada aurat orang yang bersolat tidak sahlah solatnya sama ada banyak terdedahnya atau sedikit, lelaki dan perempuan sama sahaja (wajib menutup aurat).” Rujuk al-Majmu’ (3/166).
Mengikut pendapat mazhab al-Syafie, tapak kaki wanita dikira sebagai aurat yang wajib ditutup ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim dan juga di dalam solat. Jika tidak ditutup, maka tidak sah solatnya.
Kesimpulannya, sah solat bagi wanita yang tidak memakai stoking tetapi melabuhkan pakaian hingga menutup kaki. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di