Nama Neelofa sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Hari demi hari, pelbagai kejayaan berjaya dikecapi oleh Neelofa dan tentunya ia menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.

Semalam, Hijabista berpeluang bertemu secara dua mata bersama Neelofa di Majlis Pelancaran Koleksi Terbaru Naelofar Hijab. Tidak dapat dinafikan, Neelofa punya aura yang cukup positif dan memukau setiap mata yang memandang dengan senyuman manisnya itu.

Neelofa di Majlis Pelancaran Koleksi Helena semalam.

Koleksi Helena, Sweet Like Cupcake

Seperti yang kita sedia maklum, drama Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar kini sedang dimainkan di kaca televisyen. Sempena drama tersebut, Neelofa dengan bangganya memperkenalkan satu lagi koleksi hijab yang dikenali sebagai Helena.

Hadir dengan enam rekaan berbeza iaitu Sweet Helena, Sweet Helena – Swarovski, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena, rekaan kali ini merangkumi instant shawl, selendang dan skaf.

Antara shawl daripada koleksi Helena.

Menariknya, koleksi Helena menawarkan lebih daripada 40 warna-warna pastel dengan penggunaan material gabungan fabrik bawal serta chiffon Korea. Koleksi ini boleh didapati di butik Naelofar Hijab serta laman web pada harga bermula RM60 hingga RM101.

Tutorial memakai koleksi Helena.

Mencabar Pada Awalnya

Ditanya mengenai wataknya di dalam drama Red Velvet, Neelofa akui yang pada awalnya memang agak mencabar untuk membawa watak ini kerana ia memang jauh berbeza dengan personaliti Neelofa.

IKLAN

Namun, dengan bantuan orang sekeliling, Neelofa akhirnya berjaya mendapatkan feel untuk membawa watak bernama Helena ini.

“Ia memang susah pada awalnya kerana saya perlu bertukar-tukar karakter, gerak badan, percakapan dan banyak lagi. Tetapi saya cuba berikan yang terbaik untuk watak Helena ini. Apa yang saya harapkan, watak Helena mampu menjadi inspirasi kepada orang di luar sana kerana Helena seorang yang tegas dengan keputusannya.

Selain itu, Helena juga boleh berubah daripada seorang yang manja kepada seorang yang lebih bertanggungjawab dan berdikari. Cabaran membawa watak ini pasti ada. Apatah lagi saya juga agak sibuk travel ke beberapa buah negara dan agak jetlag juga sebenarnya. Nasib baik pihak produksi memahami kondisi saya,” ujar Neelofa sambil tersenyum manis.

IKLAN
Neelofa bersama ibu dan kakaknya, Noor Nabila.

Ambil Langkah Berdiam Diri

Sudah empat hari drama Red Velvet ditayangkan di televisyen, rata-rata pelbagai reaksi daripada netizen mengenai watak yang dibawa Neelofa kali ini. Ada yang suka dengan lakonannya, tidak kurang ada juga yang menghentam beliau.

Thank you guys untuk semalam !! ✨ #redvelvetdrama

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Bagi Neelofa, dia sudah cuba lakukan yang terbaik untuk membawa watak Helena yang ternyata jauh berbeza daripada perwatakan sebenar beliau. Jika ada yang mengkritik, Neelofa lebih senang untuk berdiam diri daripada membalas kritikan mereka.

“Biarlah apa orang nak kata. Orang hanya tahu mengkritik. Lagipun baru empat episod dimainkan, ada lagi 16 episod. Anda semua perlu tonton sampai habis dahulu sebelum mengkritik,” tambah Neelofa lagi.

IKLAN

Mahu Berehat Seketika

Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Neelofa akui yang dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Red Velvet  sehingga pertengahan November 2017.

Selepas tamat penggambaran, Neelofa mahu berehat seketika kerana fizikal dan mentalnya sudah terlalu letih akibat terlalu banyak travel dan dalam masa yang sama perlu menjalani penggambaran.

InsyaAllah beliau akan kembali aktif pada tahun 2018. Tak sabar nak tunggu projek terbaru Neelofa pada tahun hadapan!

Apa pun, kami dari team Hijabista mendoakan semoga Neelofa berjaya dalam apa sahaja yang dilakukannya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI