Sesetengah individu mengalami masalah di mana berat badan tidak naik-naik walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini tentu akan membuatkan anda stress dan asyik memikirkan cara yang sesuai untuk menaikkan berat badan.
Pasti ada sebab mengapa berat badan anda tidak naik-naik walaupun anda sudah makan dengan banyak. Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik pakar pemakanan bernama Alhafizah A. Ramos, dia turut berkongsi sebab berat badan susah naik meskipun sudah makan dengan banyak.
Kebanyakan individu yang kurang berat badan akan fikir bahawa metabolisme badan mereka tinggi. Mungkin ya. Tetapi sebenarnya ada beberapa faktor dan sebab lain yang menjadi punca berat badan anda statik.
Jom kita baca punca-punca yang dikongsi oleh Alhafizah A. Ramos. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Kenapa Makan Banyak Tapi Susah Naik Berat Badan?
Golongan kurang berat badan selalu tersisih bila dietitian bercerita pasal makanan. Asyik cerita macam mana nak kurus, nasib mereka yang kurus pula tak terbela. Marilah cerita sikit pasal topik ni.
Biasanya orang yang kurang berat badan, akan fikir yang metabolisma badan mereka tinggi. Sebab tu susah naik berat badan walaupun dah makan macam gajah! Betulkah? Anda pasti anda makan macam gajah? Memang betul ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma yang tinggi. Makan sikit, tapi kalori terbakar banyak.
Tapi ada banyak faktor lain mengapa anda susah sangat nak naik berat. Metabolisma tinggi tak boleh dijadikan alasan semata. Mesti ada tabiat makan yang anda amalkan, menjadi punca berat badan tak naik-naik.
Saya akan senaraikan antara sebab-sebab umum.
SEBAB 1: SUKA SKIP MAKAN
Ini memang antara punca utama. Believe it or not, food is the last thing in their mind. Pelik kan. Tapi itulah mereka. Dorang malas fikir nak makan apa, nak makan mana. Mengunyah pun kalau boleh malas! Bukan macam kita. Tengah mengunyah sarapan dah fikir apa nak makan tengahari.
IKLAN
Bila malas makan, mula lah skip makan. Terutamanya sarapan. Sebab tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila sibuk kerja, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan.
Kalau makan kurang, kalori sehari kurang, memang susah naik berat! Tabiat ini berbahaya kerana akan mengundang sakit gastrik. Bila sekali kena, lagi merana hidup. Serius.
Jadi, cuba jangan skip makan. Sesibuk mana pun, standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Cuba tanamkan rasa cinta pada makanan yang sedap-sedap. Tanam azam, untuk makan sarapan, tengahari dan malam setiap hari. Kalau sahur, jangan sahur air kosong ja. Tiada kalori! Paling kurang cuba minum susu atau overnight oat campur susu.
SEBAB 2: MAKAN SEDIKIT
Bila makan, tak banyak pun. Dia kata, dia dah ambil sarapan. Tapi sarapan dia kopi 3-in-1 sahaja. Berapa kalori lah sangat. 20-50 kalori, semua gula. Sekejap dah terbakar. Banyak makan pun, kebanyakannya makanan ringan macam kerepek, aiskrim, roti krim… Susah nak tengok makan nasi lauk. Memang tak cukup kalori lah untuk naik berat .
Ada pula yang suka tunggu sampai perut betul-betul lapar sampai hypo baru nak makan. Bila makan berialah ambil nasi lauk banyak2. Orang tengok pun macam tak percaya! Kurus tapi makan banyak gila! Tapi kawan-kawan tak tahu dah berapa hari dah dorang tak makan sepinggan. Haha.
Ada yang suka order makanan banyak2. Tapi bila makan susah nak habis sebab cepat rasa kenyang! Yang jadi mangsa kawan DBKL yang paksa rela perabih semua makanan dia. Kenapa dorang ni cepat kenyang?
Perut ni kenyal seperti getah. Bila puasa, perut hanya sebesar 50-200 ml sahaja. Tapi bila makan, ia boleh mengembang sehingga 2 – 4 liter untuk muatkan makanan! Bagi perut yang sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tak penuh, tak kenyanglah! Tapi bagi orang yang kurus, biasanya perut susah mengembang sebab perut mereka jarang-jarang penuh dengan makanan. Baru makan sikit dah rasa sebu.
IKLAN
Apa yang boleh dilakukan oleh orang perut ‘kecik’:
– Cuba makan sikit-sikit tapi kerap. Daripada makan berat 3 kali sehari, cuba pecahkan jadi 6 kali sehari. Buat alarm reminder untuk makan pada waktunya! Jangan cuba-cuba skip! Nak naik berat ka tak nak?
– Makan sayur yang sudah dimasak. Bukan ulam atau salad kerana sayur mentah besar saiznya. Nanti perut cepat penuh dan cepat kenyang.
– Jangan makan masin atau pedas sangat. Nanti banyak minum, cepat kenyang. Macam mana nasi nak habis?
– Kurangkan makan sup-sup seperti bakso, laksa, mihun sup. Minum sup ni buat cepat rasa kenyang air semata. Kalori pula tak banyak.
– Makan makanan yang tinggi kalori tapi jumlah sedikit. Contohnya; kekacang (segenggam 150 kalori) atau chia seed (sesudu makan 130 kalori – tabur2 atas air, nasi, sayur), buah kering (contoh: kismis satu genggam 120 kalori)
– Tambah ekstra kalori dalam masakan. Contohnya, tambah cheese dalam telur dadar, makan buah sapu peanut butter, gaul minyak zaitun di nasi kosong, minum oat dengan susu.
IKLAN
– Sediakan snek di tempat kerja. Lapar ja, kunyah terus! Tapi jangan pula snek tak sihat. Biskut kering sapu peanut butter (pilih yang 0 gram Trans Fat/Lemak Trans spt jenama Jacob dan tidak bergula), kekacang, kismis, kurma adalah antara snek sihat.
SEBAB 3: MAKAN TERLALU PERLAHAN
Makan perlahan juga sebenarnya menyebabkan kita kenyang cepat. Terlalu fokus pada makanan yang hendak di makan akan menyebabkan kita mudah habis selera. Kau tengok nasi, nasi tengok kau, kuis-kuis sampai hilang selera! Macam mana nak dapatkan kalori?
Bukanlah nak suruh makan laju sampai tersedak. Tapi cuba jangan makan terlalu perlahan . Makan macam biasa. Jangan tengok sangat makanan tu. Makan ja. InsyaAllah anda akan berjaya habiskan makanan!
Atau makan bersama kawan-kawan. Sambil berborak, anda takkan sedar yang makanan tiba-tiba dah habis sebab sebok sangat membawang. Makan sambil tengok cerita korea dekat laptop pun boleh membantu anda habiskan makanan tanpa sedar.
SEBAB 4: TERLALU BANYAK MINUM AIR KOSONG
Memang air penting untuk kesihatan. Tapi air kosong tiada kalori. Terlalu banyak minum air kosong juga akan menyebabkan kekenyangan sepanjang hari. Elakkan makan berulam air. Minum hanya selepas habis makan. Cuba minum air yang berkalori. Sebagai contoh:
Jus buah, disaring (tiada gula)
Skimmed milk
Air kosong tabur chia seed
SEBAB 5: KURANG ZAT DALAM BADAN
Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Oleh sebab itu ada orang kata, bila makan suplemen vitamin B complex, jadi kuat makan. Sebenarnya bukan jadi kuat makan, tapi dia yang kurang zat (bila kurang makan, kita akan kekurangan zat). Jadi bila makan suplemen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar. Itu adalah normal.
Jika anda ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplemen vitamin B complex. Kapsul minyak ikan juga didapati boleh menaikkan selera. Lain orang mungkin lain hasilnya. Tapi apa salahnya mencuba!
Jadi mana satu tabiat anda? Kalau anda dah buat semua tips di atas ni tapi masih tak naik-naik berat, sila PM kerana saya tak percaya. Dan, jangan PM saya pula kalau anda cuba makan banyak tapi usaha tu on off. Untuk naikkan berat badan, kita perlukan masa 3-4 minggu makan banyak untuk nampak hasil. Ganbatte!
Bukan sahaja wanita yang pernah berdepan dengan masalah berat badan berlebihan, tetapi juga kaum lelaki. Walaupun kebimbangan mereka tidak seperti orang perempuan, tetapi jika membabitkan maruah pastinya akan mengundang marah. Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial twitter menggunakan akaun @Khairil Azib. Dia yang pernah berbadan besar suatu ketika dulu dan disebabkan perbuatan dan kata-kata orang menyebabkan dia berubah dan berusaha untuk turunkan berat badan. Dia akhirnya berjaya menurunkan berat 30 kg daripada 96 kg dan turut berkongsi tip dia berjaya dalam misinya ini.
Dari kecik memang sudah berbadan besar. Arwah nenek jaga dan bagi makanan yang sedap-sedap.
Oleh kerana asyik makan menyebabkan badan jadi cepat naik.
Cerita pertama buat tekad untuk kurus. Pertama dulu suka main buaian dan pernah main hingga putus dan jatuh macam nangka busuk.
Kedua, pernah juga pergi theme park dan tak boleh naik sebab tali belt keselamatan tak muat hingga dikatakan ‘adik gemuk sangat’.
Cerita ketiga masa buat ujian segak yang membuatkan saya tekad untuk berubah. Lagi-lagi masa ambil ukuran untuk tinggi dan timbang berat.
Masih ingat waktu PJK itulah cikgu umum akulah budak palung berat di hadapan murid kelas lain.
Masa itu semua orang gelak besar dan ada yang bertepuk pada ‘sea lion’ padanya. Memang malu dan rasa mahu menangis.
Bermula dari hari itu tekad untuk kurus. start tak makan dan kalau makan pun akan muntahkan balik bila teringat ejekan kawan-kawan. Memang berat turun sampailah perut jadi sakit dan tak boleh jalan sebeb susu bengkak.
Dari situlah baru dia mulakan diet secara betul sebab takut sakit datang balik. Dengan diet itu dia berjaya turun 10 kg setahun.
Tapi selepas itu berat kembali stuck 80 kg. walaupun ketika itu sudah hilang 16 kg tetapi masih tak puas hati dan mula buat research mengenai teh.
Ini juga salah satu sebab boleh turun berat.
Bayangkan sebelum itu berat 96 kg hinggalah turun ke 66 kg. Selain jaga pemakanan, dia juga turut membuat exercise lompat bintang.
Tak pergi gim sebab jauh. cuma buat exercise lompatan sahaja dan ia memang berkesan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehadiran cahaya mata sememangnya dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Cuma cepat atau lambat sahaja, bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika kita dikurniakan zuriat, bersyukurlah kerana masih ada orang di luar sana yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya.
Tetapi lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini. Naime dan Alper Tamga telah dikurniakan seorang bayi yang sungguh comel dan menjadi rakyat pertama Austria dilahirkan pada tahun 2018. Tetapi, kegembiraan mereka itu tidak berpanjangan kerana mereka telah dikecam dan dihina pengguna media sosial dengan komen perkauman yang agak serius.
Bayi bernama Asel Tamga itu telah dilahirkan pada 1 Januari 2018 dan kelahirannya itu telah disiarkan melalui media tempatan dan Facebook. Di dalam gambar tersebut, dilihat Naime dan Alper Tamga tersenyum gembira sambil mengendong bayinya itu dan ibunya memakai tudung.
Menurut Daily Mail, selain ribuan ucapan tahniah, terdapat segelintir individu yang melemparkan komen berbaur perkauman yang mengecam ibu bapa ini.
Seorang pengguna telah menulis: “Seorang lagi bakal pengganas lahir.”
Pengguna lain turut menulis: “Ibunya ada barah? Kenapa dia pakai tudung tutup kepalanya?”
Disebabkan hal ini menjadi semakin serius, Presiden Austria, Alexander Van der Bellen, 73 tahun, terpaksa masuk campur dalam hal ini. Beliau turut berkongsi berita kelahiran bayi ini di laman Facebook beliau dan mengutuk pengguna yang memberi komen negatif.
Ujarnya: “Semua manusia dilahirkan bebas, mempunyai hak yang sama serta maruah.”
“Keyakinan dan perpaduan lebih hebat berbanding kebencian dan kecaman.”
Malahan menurut media tempatan, kecaman yang diterima terlalu banyak hingga menyebabkan Facebook memadamkan berita tersebut.
Hijabista berasa sungguh simpati dengan berita ini di mana bayi yang tidak bersalah dikecam sebegitu rupa.
Manakala di laman Facebook Harian Metro Online pula, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan tindakan Presiden tersebut dan bersimpati dengan ibu, bapa dan bayi tersebut. Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat tiada beza Malaysia dengan Austria kerana kebanyakan rakyat Malaysia juga bersikap racist. Anda setuju ke?
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Hari kanak-kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping memberi kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.
Bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak ini, kebanyakan sekolah di Malaysia akan melakukan pelbagai acara termasuklah memberi fokus terhadap tema kerjaya. Pada hari tersebut, pelajar akan berpakaian bersesuaian mengikut kerjaya dan cita-cita masing-masing seperti polis, doktor, cikgu, peguam, chef dan lain-lain. Namun, berbeza kisahnya buat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun ini.
Bangga dengan pekerjaan ayah
Auni, meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Walaupun disuruh oleh bapanya untuk memilih pakaian seragam atau uniform lain, anaknya itu tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan. Kisahnya mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.
Memetik laporan dari Harian Metro, ibu Auni, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih pakaian itu kerana menghargai pekerjaan suaminya walaupun cita-cita si cilik itu mahu menjadi seorang chef.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.
“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan pernah mengikut bapanya, Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam sebelum ini. Pada awalnya menurut Nor Fadilah, dia serta suaminya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.
Dalam pada itu, wanita berusia 39 tahun mengatakan anaknya sangat teruja untuk bersiap ke sekolah dan gembira walaupun cuma mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan berkenaan.
“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.
Sementara itu, Anuar meluahkan rasa terharu dengan reaksi anaknya serta sangat bersyukur apabila Auni dan dua lagi anaknya memahami kehidupan sederhana mereka.
“Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.
“Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.
“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.” ujarnya.
“Semoga kaya berjaya dunia akhirat adik!”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat kanak-kanak tersebut serta memuji didikan orang tuanya. Video tersebut kini meraih lebih 601.6K tontonan serta 72.2K kesukaan.
“Ya allah. Apa nikmat telah aku dustakan dalam hidup sebelum dan sekarang ini. Terima kasih abg. Untuk video ini. Abg terbaik dalam mendidik anak”
“Terus rasa sebak tgk video ni..semoga satu masa menjadi kebanggaan mak ngn ayah ye dik..”
“Semoga awak membesar dengan penuh rasa bangga terhadap kedua org tua awak ye dik. semoga menjadi anak solehah baik akhlak dan berbakti pd org tua.”
“Alhamdulillah…terbaik…seorg ank yg mnghrgai pkerjaan ayahnye.. InshaAllah moga terus membesar mnjadi ank yg solehah yg bnyk berjasa pada org tuanye”
MasyaAllah, walaupun si cilik ini masih kecil, tapi dia mempunyai hati yang sangat besar. Hijabista turut mendoakan semoga terus menjadi anak solehah, serta menjadi penyejuk mata penawar hati buat kedua orang tua.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding