Selain itu, video yang dimuat naik oleh Ameera di laman instagramnya juga mencuri tumpuan ramai apabila suaminya, Hasnor Rozaini sempat merakam video reaksi anak sulung mereka, Mateen sewaktu pertama kali melihat adiknya itu.
Ramai yang turut tersentuh dan berasa sebak apabila melihat reaksi Mateen ini. Moga Mateen dapat menjaga adiknya dengan baik dan sama-sama membesar menjadi anak yang soleh. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Baru-baru ini, pelakon Oktovia Manrose telah berkongsi berita baik di laman Instagram miliknya bahawa dia dan suami, bekas pemain bolasepak Melaka United; Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33 telah selamat menimang cahaya perempuan.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman memaklumkan bahawa puteri tercinta telah selamat dilahirkan pada 6 Disember yang lalu, jam 8.40 malam. Dia memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberikan seorang lagi zuriat setelah 11 tahun.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon Bila Cupid Jatuh Cinta ini turut menzahirkan rasa syukur dan berjanji untuk membesarkan cahaya matanya dengan didikan agama Islam yang sempurna.
“Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.
“Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.” tambahnya.
Selain itu, aktres tersebut tidak lupa juga untuk memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa serta menjadi kekuatan sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
“To my love, Thank you for being my partner, And a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength. (Terima kasih sayang kerana telah menjadi pasangan dan ayah yang baik untuk anak kita. Awak sangat istimewa dan merupakan sumber kekuatan saya).
“May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!” ujarnya.
Sekadar info, Oktovia telah diijabkabulkan dengan Khairul Efsan pada 21 Disember 2021. Terdahulu, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya.
Rekaan corak kertas dinding memang boleh menambah seri pada hiasan kediaman rumah seseorang. Kalau boleh, semua bahagian dalam rumah itu rasanya hendak ditampal dengan kertas dinding.
Namun, menampalnya di dalam tandas adalah sangat tidak digalakkan kerana ia mampu memberi kesan negatif pada kesihatan anda.
Menurut Public Health Malaysia, Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi. Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
Tak sangka sampai begitu sekalikan kesannya pada tubuh badan! Oleh itu sis, berhati-hatilah sewaktu memilih material yang sesuai bagi menghias rumah. Jangan hanya kerana nak cantik, tubuh badan kita pula yang menjadi mangsa.
Syarikat berasaskan kecantikan & kesihatan Wawa Cosmetics buat kali pertamanya telah berjinak-jinak untuk menjadi penaja program hiburan selepas lima tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk yang dipasarkan.
Penajaan itu sekali gus akan membawa debaran program realiti ini yang mengangkat bakat komposisi generasi baru ke industri seni tanah air. 12 peserta program realiti Big Stage musim keeempat sudah diperkenalkan dan mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama yang berlangsung semalam. Ternyata semuanya hebat dan makin teruja untuk jadi tontonan wajib setiap hujung minggu.
Apa yang lagi menarik, selain peserta, hos dan juri, seperkara yang turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utama Big Stage iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pelakon terkenal Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Pentas yang dikatakan peluang untuk pengasas mempromosikan produk mahupun menonjolkan diri ini, menariknya, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage musim kelima ini malah menzahirkan rasa mereka lebih dari rasa teruja.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
Pasangan yang yang sama cantik dan padan ini, menempah nama dalam industri hiburan sebelum bergelar usahawan, malah setiap lakonan mereka menjadi ikutan peminat drama melayu tempatan. Isu untuk menumpang popular setelah menjadi penaja tidak perlu dipersoalkan kerana mereka memang sedia dikenali.
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di