Berkongsi di laman instagram, penyanyi, Heliza Helmi memaklumkan bahawa dia dan adiknya, Hazwani disahkan positif covid-19 pada bulan November tahun lalu.

Mengakui kesakitan yang dialami, Heliza atau lebih mesra disapa Kak Ja walau bagaimanapun tidak pernah putus asa untuk sembuh malah dia dan adiknya sering memberi semangat buat satu sama lain.

Qadar Allah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik.

Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni banyak sangat nak share , jika ada manfaat alhamdulillah

Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga November 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga…

Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan exam online. Moga Allah merahmati beliau, aamiin.

IKLAN

Selain itu, Kak Ja juga terharu dan sebak apabila melihat pengorbanan para petugas barisan hadapan yang benar-benar berusaha melawan pandemik ini.

Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat..

Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil.

IKLAN

Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH…

Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian…

Dan benar, Covid 19 is real. Almost semua simptom ALLAH bagi rasa.. alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH

IKLAN

Perlu ke kakja dan Ika buat video di Youtube Channel The Helmis dan share apa kami lalui?

Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya 🙁 . Nak sujud pun rasa macam melayang dah..

 

Alhamdulillah, kini dua beradik ini telah sembuh sepenuhnya daripada wabak tersebut. Oleh itu sis, ambillah pengajaran daripada kisah Kak Ja ini dan sentiasalah amalkan langkah penjagaan yang betul agar kita sama-sama dapat menghapuskan wabak Covid-19.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI