Ramai yang terkejut apabila penyanyi Elyana peserta Gegar Vaganza musim ke 4 menyatakan dia adalah penghidap kanser tahap 4. Sejak itu semua media dalam cetak atau digital menyiarkan kekuatan dirinya yang bertahan melawan sakit itu sejak tujuh tahun lalu. Dia yang disahkan menghidap sebaik melahirkan anak sulungnya, Cinta dan sejak itu cerita Elyana memang sunyi dari paparan di media.

Dalam satu tembual video eksklusif bersama penyampai Sinar FM, Abby Fana atau Kak Bed, Elyana menceritakan satu kisah yang cukup meruntun jiwa dan perasaan kita, lebih-lebih bagi yang bergelar ibu.

Menurut Elyana dia di kesan menghidap kanser hampir 7 lalu, tetapi sebenarnya mengetahuinya sekitar lima enam tahun lalu. Ketika tahu dia sebenarnya sudah sampai ke tahap 2.

Malah Ramadan lalu dia sempat ke hospital menjalani sekali lagi ‘scan’ dan ketika itu barulah dia tahu kanser itu sudah sampai ke tahap 4.

Sebelum menyertai program Gegar Vaganza sekali lagi Elyana sempat menjalani rawatan kimoterapi. Namun dia tidak berniat untuk menyambung rawatan itu kerana kesan kimoterapi itu menyebabkan dia hanya terperuk sahaja di rumah. Malah akan menjadikan dirinya lemah dan sakit.

Jadi atas nasihat ramai Elyana berhasrat untuk menjalani rawatan alternatif seperti tradisional dan jika ia boleh menguat dan membahagiakan dirinya, Elyana tidak kisah untuk mencuba.

JANGKA HAYAT TIDAK LAMA

Ketika ditanya Abby Fana adakah doktor memberitahu tempoh jangka hayat selepas mengetahui dirinya pengidap kanser tahap 2. Elyana menjawab sebelum itu ketika dia menjalani rawatan kimoterapi (sehingga 6 kali rawatan) di sebuah hospital, doktor tidak memberitahu apa-apa. Ketika itu dia berhenti membuat kimoterapi dan hanya menjalani rawatan itu semula tahun lalu.

Dia hanya diberitahu jangka hayatnya tidak lama apabila menjalani sekali lagi rawatan kimoterapi di sebuah hospital lain. Ketika diberitahu keadaan itu dia jadi marah kerana baginya doktor itu bukan Tuhan yang boleh tetapkan umur dia sampai berapa.

Oleh kerana marah, dia terus berhenti menjalan rawatan kimoterapi itu dan Elyana mahu buktikan bahawa bukan rawatan itu menyembuhkan dirinya tetapi Allah yang berkuasa atas segalanya.

Sejak itu dia berusaha berubat di mana-mana ceruk yang dikatakan boleh merawat penyakitnya itu. Sepanjang berubat, Elyana akan berdoa pada Tuhan biarlah ini adalah rawatan yang terakhir dan boleh memulihkannya.

Walaupun ia belum pulih sepenuhnya dan Elyana tidak putus asa dan akan terus bersabar berhadapan dengan penyakit kritikal ini.

Ketika ditanya apa perasaan sebenar yang dirasai olehnya sepanjang proses mencari penawar dan setiap kali berdepan dengan orang akan berkata ‘sabar’.

IKLAN

Dalam hal ini Elyana mengakui dia adalah manusia biasa dan sebenarnya memang benci apabila orang menyebut perkataan ‘sabar’ itu. Sepanjang tempoh itu kesabaran apa lagi yang perlu dilalui tetapi dia tersedar dalam hal sekarang ini memang dua perkataan ini yang perlu dia pegang iaitu sabar dan ikhlas.

Sebenarnya dalam situasi sekarang Elyana terus terang memberitahu dia tidak suka berada dalam keadaan ‘stress’, tidak suka melihat orang bergaduh dan kalau boleh biarlah hanya situasi ‘happy’ sahaja berada di sekelilingnya. Dan dia cukup bahagia kalau bercakap mengenai ‘Cinta’.

Elyana sedikit sebak tatkala Abby Fana mengalih pada persoalan mengenai Cinta. Cinta Sumayyah merupakan anak tunggalnya dan dia faham apa yang dialami oleh bondanya itu.

AJAR CINTA BERDIKARI

Elyana turut memberitahu pada Cinta proses dia menjalani rawatan kimoterapi agar dia faham. Dia turut setiap hari menerangkan pada Cinta bahawa dirinya sedang sakit yang bukan biasa dan ianya teruk dan susah untuk baik.

Bukan itu sahaja sebagai persediaan, dia kini turut mengajar anak tunggalnya itu hidup berdikari, berpesan belajar rajin-rajin dan jangan nakal. Malah ibu muda ini juga sering meninggalkannya di rumah seorang diri. Elyana akui Cinta memang manja dengan dirinya dan mereka biasanya akan tidur bersama.

Namun Elyana sering mengingatkan Cinta untuk terus berdikari dan sebab sayang menyebabkan dia perlu belajar jaga diri sendiri pada anak tunggal kesayangannya itu. Cinta sering diingatkan jika dia tiada siapa yang akan menjaganya nanti dan Cinta perlu jaga diri sendiri.

Menurut Elyana juga ada sesuatu yang ditakutkan oleh Cinta. Cinta tidak boleh melihat dia tidur di depan matanya. Cinta takut bondanya akan mati dan jika sebelum ini Elyana yang takut untuk tidur. Jika meihat Elyana tutup, anaknya itu akan marah dan memukul tangannya dan berkata ‘bonda please don’t die’.

IKLAN

Malah penyanyi Kalis Rindu ini juga pernah menguji situasi di mana dia sengaja buat tidur dan mahumelihat reaksi Cinta bagaimana jika keadaan berlaku bila mereka berdua sahaja di rumah.

Ketika itu anaknya itu menangis tanpa henti sambil berlari ke pintu dan mahu keluar. Situasi ini menyebabkan Elyana rasa kasihan. Sejak itu dia berazam untuk kuat semangat dan mahu melihat anaknya itu besar dan sempat berkahwin. Malah itu memang menjadi impian setiap yang bergelar ibu.

Dia juga turut mengakui sepanjang tujuh tahun terpaksa menyembunyikan penyakityang dideritaya itu dan memang membebankan. Orang hanya tahu dia adalah pesakit kanser tahap 4 tetapi ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pengetahuan umum hingga menganggu dia sehingga ke hari ini.

LEGA BUAT PENDEDAHAN

Namun Elyana dalam video berkenaan berkata dia belum berani untuk memberitahu perkara itu kepada orang. Cuma Elyana memberitahu dia cukup lega apabila sudah membuat pendedahan tentang penyakitnya itu.

Selepas pengumuman minggu lepas dia tidak berniat untuk menagih simpati sebaliknya untuk memberitahu dan mengharapkan orang lain juga akan buat seperti biasa.

Namun dia harus terima kenyataan bahawa begitu ramai yang memberi respon positif pada pendedahannya itu. Sehingga ke hari ini tidak henti orang mendoakan kesejahteraan dirinya bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga Brunei juga di Singapura. Saat itu Elyana merasakan itu adalah rahmat terbesar pada dirinya. Dan keputusan membuat pengumuman itu adalah betul.

Paling mengharukan sehingga ada netizen yang membuat tanda pagar #prayforelyana dan ini memang tidak dijangka oleh penyanyi yang sering berkaki ayam ini.

Bukan itu sahaja, dia turut tidak menyangka penerimaan rakyat Malaysia yang memang ambil berat pada dirinya di mana ketika sedang mengisi minyak, ada orang menegur dan terus memeluknya dari belakang.

IKLAN

Ini secara tidak langsung menghapuskan tanggapan dia selama ini menyangka orang akan menjauhkan diri daripadanya.

Dia turut mengucap syukur pada Tuhan kerana Allah memberi dia hikmah yang cukup besar dalam menghadapi dugan ini. Elyana juga turut memberitahu dirinya kini lebih dekat dengan Allah.

JANGAN RASA ‘DOWN’

Selain itu, sambutan yang diterima dari kelab penyokongnya juga tidak berbelah bagi walaupun setelah dia terkeluar dari Gegar Vaganza. Mereka sanggup buat solat hajat akan datang di masjid dan kumpul ‘charity’ untuk dirinya dan pesakit kanser lain. Inilah moral ‘support’ yang dia harapkan untuk sentiasa kekal positif.

Sebelum mengakhiri perbualan itu, Elyana menitipkan pesanan cukup bemakna buat pesakait kanser yang baru tahu atau sudah lama agar tidak merasa ‘down’.

Artikel Berkaitan: Syura Antara Rakan Artis Yang Tahu Sakit Elyana

Jangan menangis selalu kerana akan merosakkan badan dan kalau boleh jalani kehidupan seperti biasa.Kena enjoy kehidupan dan sangat rugi jika hanya terperuk di rumah dan hanya meratapi sakit berkenaan.

Juga dia berpesan agar jaga kesihatan, jaga pemakanan, elakkan makanan bergula dan pengambilan daging merah dan ia sangat tidak bagus. Untuk keluarga pula, kena bagi support’ dan elakkan tanya soalan sedih dan perlu ‘chill’ seperti pergi bercuti ataupun borak perkara yang kelakar dan ia sangat membantu. Kalau boleh cuba gembirakan hatinya untk terus kekal positif menghadapi dugaan dariTuhan ini.

DENGAR DI SINI VIDEO PENUH:

SUMBER: SINAR FM

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI