Bangun pagi bagi sesetengah orang adalah satu nikmat untuk memulakan hari yang baru demi kehidupan yang produktif. Tidak bagi mereka yang terpaksa set alarm dengan begitu banyak kerana susah untuk bangun pagi.
Sudah tentu sis semua juga set alarm bukan sekadar untuk satu masa sahaja malah kalau boleh setiap 15 minit kita nak tetapkan supaya dapat bangun pagi. Walaupun dapat bangun pagi, mood pasti dah swing disebabkan oleh deringan yang begitu kuat dan bertubi-tubi.
Tolong…tak mahu lagi terpaksa bangun setiap 5 minit
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, jadi terlebih dahulu sis kena fahami mengenai Ritma Sirkadian. Apa itu? Sebenarnya badan manusia mempunyai sistem kitaran masa yang dipanggil Ritma Sirkadian, di mana perjalanan masa yang sesuai bagi fungsi badan.
15. Badan manusia berfungsi mengikut waktu malam dan siang yang dipanggil RITMA SIRKADIAN pic.twitter.com/DGNp1ZFrb7
Melalui perkongsian Kompas.com, Ritma Sirkadian ini juga berkerjasama dengan otak kerana ia berfungsi untuk menghantar isyarat di persekitaran, terutama sekali cahaya. Faktor pengcahayaan sangat penting kerana tindak balas yang ditangkap melalui mata akan di hantar mengikut sel-sel badan sebagai isyarat tiba waktunya untuk bangun.
Mengikut rajah di atas, sis boleh lihat bahawa badan kita akan mula aktif sekitar jam 6 pagi sehingga jam 5 petang. Jika kitaran ini terganggu, masalah kesihatan akan muncul samada dalam jangka masa pendek dan panjang.
IKLAN
Ada cara untuk bangun mengikut cara yang betul?
Bagi memastikan Ritma Sirkadian atau lebih mudah kita kenali sebagai kitaran masa badan yang betul, kita perlu pastikan penjagaan tubuh yang betul. Sis jangan khuatir kerana kami ada juga kaedah untuk memastikan kitaran masa badan terjaga dengan betul.
1. Tenangkan diri di kala malam
Sis perlu pastikan badan sis dalam keadaan yang tenang dari sebarang gangguan. Setibanya jam 7 malam, sis dah boleh cuba untuk kurangkan penggunaan gajet eletronik , seperti telefon bimbit, dan mula rehatkan diri sehingga pukul 8 malam dan bersiap sedia untuk tidur.
2. Teknik ‘Sleep Compression’
IKLAN
Bagi mereka yang mempunyai masalah masa tidur yang tidak mencukupi atau kitaran masa tidur yang agak ‘huru-hara’, teknik sleep compression boleh membantu. Kaedahnya sangat mudah di mana perlu ubah waktu tidur secara beransur-ansuran sehingga mencapai target waktu tidur yang normal.
Sis boleh cuba untuk tidur lebih awal selama satu minggu dan cuba untuk kurangkan hingga 30 minit pada setiap hari. Sebagai contoh, sis mahu tidur jam 10 malam dan bukan 11 malam, maka cuba kurangkan 15 minit setiap hari untuk capai waktu yang di ingini.
3. Bagi ruang cahaya masuk!
Cahaya pagi di katakan lebih kuat daripada cahaya petang. Jadi untuk bangun tanpa alarm, cahaya pagi boleh menjadi alarm semula jadi. Maka, sis boleh buka langsir untuk memberi cahaya masuk ke dalam bilik demi memenuhi ruang dengan cahaya pagi.
IKLAN
4. Jangan termenung lagi segera bangkit
Bila kita bangun tidur, kita sering menyesuaikan diri untuk termenung buat seketika waktu dan itu sangat membuang masa! Setiap kali bangun dari tidur, jangan tunggu lama-lama atau duduk, segera bangun dan keluar dari bilik untuk memulakan hari.
Pada peringkat permulaan, ia tidak dinafikan bahawa susah untuk kita kawal cara kitaran masa tidur yang sudah sesuai dengan diri kita. Tapi sis, untuk menjadi insan yang lebih baik dan produktif, kita perlu ada azam yang kuat dan percayakan diri untuk berubah.
Trend pemerah pipi berubah lebih cepat dan mempunyai 1001 cara penggodam kecantikan. Pada tahun 80-an, trend pemerah pipi persis merah epal di pipi anda, mnakala tahun 90-an, hijabi hanya menggunakan sejumlah kecil pemerah pipi jika ada.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan pemerah pipi banyak digunakan pada muka, secara literal sehingga ke dahi dan adakalanya ke seluruh pipi seperti terbakar matahari. Kini, trend pemerah pipi terbaharu di TikTok melibatkan meletakkan produk terus ke dalam concealer anda. Menarik bukan?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Apabila anda meleret melalui TikTok, rasanya semua orang mencampurkan pemerah pipi cair dan concealer mereka bersama-sama untuk mendapatkan hasil yang sangat cantik. Ia mencerahkan bahagian bawah mata dan warna secara automatic membetulkan sebarang lingkaran hitam. TikToker Amelia Olivia menggunakan Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush in Happy dan NYX Professional Makeup Bare With Me Hydrating Face & Body Concealer Serum. Hasilnya pembetulan warna tetapi mendapati campuran rona tidak seterang seperti biasanya di bawah matanya.
TikToker Noor Maatouk menggunakan Nars Liquid Blush in Orgasm dicampur dengan Too Faced Born This Way Super Coverage Multi-Guna Sculpting Concealer untuk mencuba trend ini. “Wah, saya taksub dengan rupanya,” katanya.
Pembetulan warna wajah yang tepat
SEBELUM
SELEPAS
Masuk akal mengapa ini berfungsi dan kelihatan sangat bagus pada semua orang. Merah jambu adalah gabungan warna merah, oren dan kuning. Warna-warna ini bertentangan dengan biru, hijau dan ungu pada roda warna, jadi merah jambu adalah yang terbaik untuk menyembunyikan lingkaran mata gelap pada ton kulit yang lebih cerah. Mereka yang mempunyai ton kulit yang lebih gelap harus mencari lebih banyak pembetulan warna oren dan merah. Anda benar-benar boleh menggunakan pemerah pipi merah atau oren untuk ini atau anda boleh melangkau adunan dan menggunakan penyembunyi pembetulan warna.
Contohnya, Merah-Oren mengimbangi bintik-bintik gelap pada ton kulit yang gelap, manakala Merah Jambu meneutralkan bintik-bintik gelap pada ton kulit yang terang hingga sangat terang. Terdapat juga dua warna untuk mengimbangi kemerahan. Dengan cara ini, anda tidak akan menggunakan terlalu banyak pemerah pipi dan anda tidak perlu membazir produk untuk mencari warna yang sempurna.
Nak jaga pakaian yang berwarna putih memang agak sukarkan, tambah lagi tudung putih. Selain mudah kotor, pakaian berwarna putih juga ini akan susah untuk dibersihkan dengan kesan minyak dan solekan yang melekat di tudung.
Justeru, sebab itulah kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih pakaian yang berwarna gelap. Tapi, kini, sis semua tak perlu gusar lagi!
Di sini Hijabista kongsikan tips menjaga tudung atau pakaian putih yang dikongsikan oleh tiga selebriti ini! Boleh lah hijabi ootd dengan baju dan tudung putih dengan gembira selepas ini.
Pakai Warna Putih Perlu ‘Extra Care and Careful’ – Hawa
Namanya kini sedang mencanak naik setelah menggantikan Neelofa mengemudi rancangan MeleTOP sebagai pengacara. Justeru, sebagai selebriti Hawa Rizwana Redzuan juga acapkali dilihat menggayakan busana lengkap dengan tudung serba putih terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis dengan dresscode tertentu.
Hijabista sempat menemubual Hawa dan bertanyakan apakah tip yang diamalkan ketika dia perlu menggayakan busana atau stail dalam rona warna putih.
“For me biasalah, bila kita pakai tudung putih, baju putih, masa tu lah kita akan makan macam-macam benda atau melakukan pelbagai perkara yang mungkin merisikokan pakaian kita.
“Jadi kena extra care and careful, bila pakai baju putih ni. Tapi kalau tak boleh jaga, jangan pakai tudung putih,” seloroh Hawa.
Bawa Tisu Banyak-Banyak Especially Bagi Yang Makan Comot! – Sharifah Rose
Namun, lain pula perspektif yang diutarakan oleh pelakon yang namanya sering meningkat naik dan menjadi sorotan netizen iaitu Sharifah Rose.
Menurut Rose sebagai selebriti dan pempengaruh media sosial, dia juga tidak dapat lari dari menggayakan rona putih. Kerana rona ini begitu menarik jika mahu menonjolkan imej yang suci dan polos.
Tetapi bagi seorang yang ‘makan comot’ seperti Rose, dirinya akui agak struggle untuk dia mengekalkan kejelitaan di kahalayak umum ketika mengayakkan busana putih. Jadi ini yang Rose selalu lakukan untuk kekalkan buasana putih bersih dan bebas comot!
“Kalau macam Rose, memang makan comot tau. Susah gila nak jaga bila baju putih. Memang nervous!
“Selalunya, Rose akan bawa tisu banyak-banyak dalam bag tangan. Memang banyak gila tisu. Ataupun kadang-kadang akan ada bib yang plastik tu untuk makan, supaya tak comot. Sebab memang Rose makan comot,” ujarnya.
Lepas Pakai Pastikan Terus Cuci – Nurida Suraya
Bagi suri hati kepada pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini warna putih merupakan antara warna kegemaran beliau dan sering digayakan untuk menghadiri pelbagai majlis.
Sehubungan itu, dek kerana begitu sinonim dengan pemakaian warna putih. Nurida boleh dikatakan sudah ‘masak’ dengan kerenah warna suci itu. Justeru, Ida berkata tip yang sering diamalkan jika memakai warna putih adalah seperti berikut.
“Kalau pakai tudung putih ni memang kena berhati-hati lah sebab tudung putih memang senang kotor.
“Tapi kalau kata lepas pakai memang terus kena cuci. Sebab kotoran mudah melekat. Kadang-kadang make-up atau apa,dikena terus balik cuci tudung,” kongsinya lagi.
Haa.. Sekarang dah tau tip dan hacks jika menggayakan warna putih kan? Lepas ni boleh la hijabi amalkan dan gayakan warna putih dengan lebih yakin tanpa perlu risau akan comot! Selamat mencuba.
Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Dua golongan yang menjadi ahli neraka:
Sabda Nabi SAW, “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman).”
“Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.” – [HR Muslim 5098].
Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.
Memakai tudung namun masih menampakkan telinga kerana hiasan anting-anting adalah cara pemakaian yang salah sebaliknya seseorang wanita itu perlu menutup penuh bahagian kepala sehingga menampakkan wajah sahaja.
Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan kita. Ada dalam kalangan mereka terlalu obses mengikuti trend pakaian semasa sehingga melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Mereka tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelas-jelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting.
Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dlm masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah.
Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu sahaja.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam persoalan ini kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita.
Pertama: menutup aurat dengan sempurna.
Kedua: menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga: langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Gambar sekadar hiasan.
Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
*Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
*Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
*Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
*Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
*Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
*Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
*Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
HIJABISTA: Semoga kita menutup aurat dengan sempurna.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.