Pernahkah anda tersedar, sebenarnya bukan penjagaan produk kecantikan yang membuatkan tubuh anda rosak, tetapi tabiat anda sendiri yang merosakkanya?Malah, tabiat anda juga yang menyebabkan penyakit dalam badan terjadi!

Sumber gambar: Shiny DIamond

Nak tahu tabiat apa? Jom kita baca senarai tabiat buruk yang patut dielakkan dan cara untuk merawatnya!

1. GIGIT KUKU

Sumber gambar: Iluminasi

Ini pasti terjadi pada semua orang terutamanya apabila berasa stres sama ada kerana terlalu teruja, takut, kebosanan atau sedang berfikir. Ia boleh menyebabkan tisu kulit di sekeliling kuku berdarah dan mengakibatkan jangkitan di jari dan mulut.

CARA MERAWAT: Gunakan pengilat kuku yang mempunyai rasa pahit agar anda tersedar ketika mula menggigit. Atau jika terlalu kronik, alihkan perhatian dengan melakukan perkara lain seperti melukis atau menggenggam bola stres.

2. PICIT JERAWAT

IKLAN

Bagi mereka yang terlalu obses dengan kecantikan sendiri, pastinya akan berasa tidak selamat apabila jerawat timbul di wajah. Lalu, tabiat memicit jerawat pun akan dilakukan! Ingat ya, walau sebesar mana pun cela pada wajah seperti jerawat merah, pigmentasi atau bintik putih, jangan sesekali menyentuh mahupun memicitnya! Bukan menyebabkan ia hilang dari wajah, bahkan meninggalkan parut. Ia juga mengubah tekstur kulit dan menyebabkan luka serta jangkitan kuman.

CARA MERAWAT: Gunakan produk atau krim berkaitan dengan rawatan jerawat. Beri masa agar ia surut sendiri, kekal menjaga pemakanan dan cara hidup yang sihat dengan minum banyak air kosong serta amalkan makan buah-buahan.

Baca juga: Geramnya Bila Banyak ‘Blackheads’ Di Wajah! Menggelikan! Lenyapkannya Dengan 5 Bahan Semula Jadi Ini!

3. MENARIK RAMBUT

Sumber gambar: Haibunda

Pernahkah anda mengalami tabiat ini? Tabiat menarik rambut atau ada sesetengah kes yang lebih serius, mereka memakan rambut mereka! Kebanyakan kes sukar dirawat dan mereka menarik rambut ketika dalam keadaan stres dan sedih. Perlakuan ini secara berterusan boleh menyebabkan botak di kawasan-kawasan tertentu pada kulit kepala dan rambut tidak tumbuh semula.

IKLAN

CARA RAWATAN: Tiada cara mudah untuk merawat tabiat nan satu ini kerana ia melibatkan masalah psikologi. Tutup kepala dengan topi atau apa sahaja yang menyukarkan anda daripada mencapai rambut dan mencabutnya.

4. GIGIT BIBIR

Sumber gambar: Gue Sehat

Gemuruh menyebabkan anda tanpa sedar menggigit bibir. Kulit di sekitar bibir sangat lembut dan ini menyebabkan anda suka untuk menggigitnya. Hal ini mengakibatkan kulit terkopek, justeru pendarahan dan luka berlaku.

CARA RAWATAN: Selalu menggunakan pelembap bibir daripada klinik mahupun yang terdapat di farmasi bagi mengekalkan kesihatannya. Elakkan memegang atau menjilat bibir kerana ia mendorong anda untuk menggigitnya. Buat regangan otot muka ketika anda mula untuk menggigit bibir.

IKLAN

5. TIDUR TANPA TANGGALKAN SOLEKAN

Sumber gambar: Gabb

Kesibukan kerja dan masa yang terhad menyebabkan anda kerap tidur tanpa menanggalkan solekan. Ketahuilah kulit wajah perlu bernafas dan jika anda sekat, ia akan tersumbat dan mula timbul jerawat. Tidak membersihkan solekan mata pula boleh menyebabkan iritasi, kegatalan dan bengkak.

CARA RAWATAN: Cuba sedaya mungkin untuk mengingatkan diri sendiri akan akibatnya. Pastikan anda ada tisu basah yang dilengkapi dengan krim pembersih untuk mencuci solekan secara mudah. Atau gunakan pencuci solekan dari jenis minyak bagi memudahkan proses membersih tanpa perlu dua hingga tiga kali mengelap.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI